BAB 3

4.5K 231 4
                                    

"Lia, kau gaduh dengan Khasif ke?" Tanya Farah tiba-tiba ketika aku merenung ke luar tingkap. Aku melepaskan nafas berat dan tidak menghiraukan soalannya.

Masuk hari ini, sudah tiga hari kami tidak bercakap. Khasif sentiasa mencari peluang untuk bercakap denganku, tapi aku mengelak daripada berhadapan dengannya. Mesej dan panggilannya juga tidak aku hiraukan. Ini kejam buat Khasif tapi lebih kejam buat aku.

"Adellia, aku minta maaf pasal hari tu. Semuanya salah faham." Kali ini aku merasakan aku perlu mendengar penjelasannya.

"Aku cakap macam tu hari tu sebab kau milik aku. Kita dah berkawan sejak kecikkan? Jadi, sapa-sapa nak ngorat adik aku kena mintak kebenaran dari aku dulukan?" Dia menepuk kepalaku perlahan dan terus meninggalkan aku sendirian di situ.

Adik? Jadi selama ni dia anggap aku macam adik je? Badanku terasa letih dan tidak bermaya. Ingin sahaja aku duduk di tengah-tengah orang ramai itu. Selama ni aku dah cuba buat segalanya untuk halang perempuan lain suka dia.

Masa aku dan Khasif berada di sekolah menengah, Khasif mendapat banyak surat cinta dari perempuan. Aku tak boleh tahan perasaan cemburu aku tu sehinggalah suatu hari, Khasif datang jumpa aku.

"Lia, kenapa kau buat macam tu?" Aku tidak berani memandang mukanya yang serius ketika itu.

"Buat apa?" Aku berpura-pura tidak mengetahui apa yang terjadi.

"Kau cakap dengan perempuan yang pernah date dengan aku yang aku mintak putuskan? Lebih lagi tanpa alasan yang munasabah."

"Mana ada aku buat macam tu." Aku mencuba untuk menafikannya. Memang betul aku yang buat macam tu, Bila aku tahu Khasif ada girlfriend baru aku akan mengambil henfonnya dan menghantar mesej putus cinta kepada kekasihnya itu.

Jadi, tiada hubungan yang kekal lama sewaktu di zaman sekolah menengah Khasif. Paling lama pun setakat dua bulan macam tu.

"Kenapa kau buat macam tu Lia? Aku tak layak nak ada kekasih ker?" Aku menggigit bibir mendengar soalan Khasif.

"Kitakan belajar lagi. Aku tengok setiap kali kau ada hubungan baru je mesti markah exam kau drop. So, lepas kita habis sekolah nanti, kau bebas nak bercinta seramai mana pun. Lagipun aku tak suka tengok perempuan lain dekat-dekat dengan kau macam tu. Aku sayangkan kau."

Aku menutup mulutku deras. OMG!! Apa benda aku cakap ni? Kalau Khasif dapat tau perasaan aku macam mana?

"Wow, Lia kau memang best friend aku. Terharu aku dengar kau cakap macam tu. Sebenarnya aku ingat ke kau jealous tadi rupa-rupanya kau takut aku gagal dalam exam. Tapi, tak mungkinlah kau suka akukan? Haha..Lepas ni aku takkan ada kekasih lagi selagi kita tak habis sekolah."

Aku tidak menyangka aku akan terselamat dengan menberi jawapan seperti itu. Aku tak tahulah Khasif ni lembap ke atau dia memang tak suka aku. Siapa-siapa pun dah boleh agak yang aku suka kau kalau aku cakap macam tu tadi.

Aku tersedar daripada lamunan apabila tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej masuk. Ianya dari Khasif.

'Lia, aku ada banyak benda nak tanya kau pasal Farah. Boleh kau tolong rapatkan lagi aku dengan dia? Lagi bagus kalau kau jadi doktor cinta kitorang.' Aku mencebikkan mulutku apabila membaca mesej itu. Minta maaf banyak-banyak la aku nak jadi doktor cinta korang. Benda tu la satu-satunya perkara yang ingin aku elak dalam semua hal.

"Awak Adellia Sophea ke? Pelajar Pengurusan Maklumat?" Aku mengangguk bingung melihat seorang lelaki berpakaian uniform kedai bunga menghampiriku.

"Wah, nasib baik jumpa. Susah betullah nak cari orang dalam tempat sebesar ni. Tolong sain kat sini cik." Aku diam dan terus mengikut apa sahaja katanya. Apa pasal pulak kedai bunga cari aku?

Tidak semena-mena dia menyerahkan kepadaku sejambak bunga carnation berwarna merah. Di celah-celah bunga terselit sekping kad yang bertulis

'Red Carnation = I want you to be mine. Love, Mr.D'.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan melihat lelaki penghantar bunga tadi.

"Bunga ni untuk saya? Awak yakin tak tersalah hantar? Siapa yang hantar?" Banyak pula soalan yang keluar dari mulutku ini. Lelaki tadi hanya mengangguk sebentar.

"Betullah ni. To Miss Adellia Sophea. Pasal pengirimnya tu, dia nak rahsia. Kalau macam tu, saya pergi dulu." Dia pergi setelah kerjanya selesai. Aku masih lagi terasa bingung dan tertanya-tanya siapakah pengirimnya.

Aku berhenti berangan apabila menyedari ramai mata-mata yang melihatku menerima bunga carnation yang besar dan cantik itu. Hampir-hampir dalam tiga puluh kuntum dan...sangat wangi. Aku termalu sendiri dan cepat-cepat menuju ke dorm untuk menyimpannya.

Mr.D? Hatiku sarat dengan pertanyaan tetapi, ku sabarkan hati ini. Tak lama lagi pasti akan terbongkar juga.


Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now