Aku mengemas buku sesudah sahaja kelas Prof Daniel. Sebelum keluar, dia memanggil aku untuk berjumpa dengannya sebentar,
"Tahniah sebab sekali lagi dapat markah top dalam kelas ni. Should I reward u?" Aku teruja apabila mendengar perkataan reward.
"Apa dia prof, reward? Wah, jarang prof baik macam ni. Ada apa-apa ker prof?" Aku mengusik Prof Daniel.
"Saya sentiasa baik. lagi-lagi dengan awak. Macam mana kalau saya belanja lunch special hari ni. Dekat hotel maybe? Nanti awak mintak la apa awak nak makan, saya belanja." Aku gembira mendengar kata-kata Prof. Bukan selalu aku dapat makan di hotel. Aku mengangguk laju dan kami keluar beriringan.
Di luar pintu, Khasif sedang menunggu aku. Dia diam apabila melihat aku dan prof keluar bersama. Aku menyuruh prof pergi dulu dan aku akan menyusul nanti.
"Kau nak keluar dengan dia ke?" Khasif bertanya sombong.
"Yelah, nak pergi lunch...dekat hotel tau. Yea!! Yang kau ni apasal? Ada masalh ke?"Tiba-tiba tangannya memegang kedua-dua belah tanganku membuatkan aku tidak boleh bergerak. Kenapa dengan Khasif hari ni.
"Kau nak pergi hotel? Nak buat apa? Bahaya, salah ke dia buat benda-benda buruk kat kau, iapa nak tolong? Jangan la pergi, kau lunch dengan aku je la." Aku merentap tanganku yang dipegangnya.
"Hoi, kau ni otak kotor betullah. aku dengan prof nak pergi makan je la. Yang kau melalut tak tentu pasal ni kenapa? Mesti ada masalah ni." Khasif biasanya berkelakuan seperti itu jika dia mempunyai masalah.
"Beb, kau kena tolong aku bagi nasihat. Farah tak tahu kenapa layan-tak layan je aku hari ni. Dia macam malas je tengok aku hari ni. Entah-entah dia ada lelaki lain tak?" Bengang pulak aku melihat Khasif yang separuh sewel ni. Ni baru layan tak layan, kalau putus macam mana la.
"Aku rasa last date, kau ada buat something yang sakitkan hati Farah tak? Macam masa date dengan dia, kau ada fikirkan benda lain hingga rosakkan date?" Tekaan kau tepat, muka Khasif agak merah mendengar pandangan aku.
"Nasihat aku, kau stay jer la dengan dia buat masa ni. Farah nampak je macam tu, tapi dia sebenarnya nak perhatian kau tu. Dia nak kau pujuk dia. Mnjakan dia. Be a gentleman. K bye, aku dah lmbat untuk date aku ni. Oh, satu lagi, bila je kau dengan dia, jangan sebut nama perempuan lain, kalau tak habislah kau."
Aku segera beredar menuju ke kereta prof Daniel. Aku sempat mendengar Khasif menyuruh aku pulang lebih awal. Haih, untungnya Farah... Khasif risaukan dia walaupun dia masam muka dengan Khasif.
"So, ada apa dengan Khasif tadi?" Prof Daniel bertanya aku ebaik saja aku memasuki kereta.
"Wow, prof ingat nama dia? Amazing, ingatkan prof ingat nama saya sorang je dalam kelass tu." Dia ternyata ketawa mendengar kata-kataku. Hai, comel betul dia ni.
"Mestilah saya ingat, dia pun sebenarnya excellent jugak. No 2 selepas awak. Kenapa jealous ke sebab saya ingat nama dia jugak?" Aku laju mengerling melihat Prof Daniel yang masih lagi ketawa.
"Prof!!! Apalah prof ni, tak ada apalah, masalah remaja." Aku tidak ingin memberitahu hal yang sebenarnya.
"Saya pun remaja jugak tau. Saya belum tua lagi. Masih lagi hensem." Aku senyum mendengar kata-kata Prof Daniel.
"Yelah tu Prof. Prof masih lagi hensem sebab tu la ada mahasiswi yang mengejar profkan? Prof mengajar kat depan bukan nak focus, tapi ralit tengok muka Prof." Dia tersenyum saja.
Aku makandengan berselera sekali. Prof menyuruh aku memesan apa sahaja yang ingin aku makan. Prof yang asyik merenung aku membuatkan aku malu untuk menyambung makan.
"Kenapa tak makan? Semua makanan ni tak menepati cita rasa prof ke?" Aku bertanya prihatin.
"Tengok awak makan pun saya dah boleh kenyang. Makan je la, berselera sangat." Aku menyambung kembali makan selepas mendengar katanya. Aku akui, bersama Prof aku merasa tenang dan gembira. Prof sentiasa ada idea untuk membuat aku ketawa.
Fikiranku melayang tiba-tiba apabila menghidupkan telefon. 5 miss call dari Khasif dan 3 miss call dari Dayyan, oh 2 miss call dari Farah. Apasal ni? Lantaklah, yang penting makan dulu.
![](https://img.wattpad.com/cover/39116479-288-k854531.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Doktor Cinta (Complete)
RomanceApa nak buat kalau lelaki yang aku minat merangkap kawan sejak kecik aku minta nasihat untuk bercinta dengan orang lain? Aku tak suka perkara ni... Aku takut dia akan menjauh daripada aku kalau aku tak beri tips cinta untuk dia. Patut ke aku conf...