Petang itu, aku balik semula ke kolej selepas keluar lunch dengan Dayyan. Buka sahaja pintu bilik, aku melihat muka Farah yang masam ketika menonton cerita kegemarannya, Boy Before Flower.
"Farah, part ni part hepi tau. Part Gu Jun Pyo date dengan Gum Jan Di. Sepatutnya senyum jer, yang kau ni masam sangat ni kenapa? Biasanya kau la orang yang akan senyum sampai ke telinga kalau tengok cerita ni hari ni. Apa pasal hari ni? Gaduh dengan Khasif ke apa?"
Sebut Khasif, aku mengenang kembali peristiwa tengahari tadi. Sakit gila hati aku dengan Khasif. apa masalah dia tanya macam-macam dekat aku.
"Well aku tak tau apa masalah dia hari ni. Tapi dia langsung tak ada mood ok hari ni. Aku cakap sepuluh patah, dia jawab sepatah je. Aku cakap sepatah, dia senyap terus. fikiran dia terbang ke lain la hari ni. Entah apa la yang dia fikirkan tadi sampai muka serius macam tu.
Aku diam mendengar celoteh Farah. Kalau la Farah tahu semua tu berpunca daripada aku. Farah masih lagi membebel bercerita tentang Khasif tanpa aku mempedulikannya. Selesai menyalin baju, aku berbaring sebentar di atas katil.
"Beb, boleh tolong aku tak?" Aku menutup mata malas melayan Farah.
"Beb, boleh tak ni.... Please, tolong aku. Lia, kau tidur ke? Kau dengar tak ni?" Aku membuka kembali mata dan melihat Farah. Aku mengangkat kening. Farah tersenyum gembira memandangkan aku mula memberi perhatian tentang masalahnya. Dia mengeluarkan satu bungkusan kinder bueno dan menyerahkan kepadaku.
"Nah, sebab kau sudi tolong aku. Aku nak mintak tolong kau pujuk Khasif untuk aku." Mendengar nama Khasif aku menutup mata dan mengiring membelakangi Farah. Selepas itu dia mengeluarkan pula satu lagi Kinder bueno dan meletakkan di sisiku memaksa aku berpaling kembali.
"Hemm...macam tu la kawan. Aku nak kau call dia malam ni jugak....pakai telefon aku. Aku nak kau tanya Khasif apa masalah dia hari ni." Hati aku mula memberat tapi melihat wajah Farah yang separuh merayu aku menagmbil telefonnya dan mendail nombor Khasif. Belum pun sempat tiga deringan, aku menutup terus panggilan tadi.
"Dia tak angkat la. tidur kut. Lain kali la tu kut." Aku berputus asa tambah lagi nervous ingin bercakap dengan Khasif. sekali lagi Farah menghulurkan aku kinder bueno. aku mengeluh perlahan dan mendail nombor Khasif kali kedua.
"Yer sayang, sori lambat masuk bilk air kejap tadi." Aku terkaku mendengar suara Khasif. So, dia panggil Farah sayang rupanya. Romantik.
"Sayang, sayang. Farah, r u still there?" Aku kembali ke dunia sebenar mendengar suaranya memanggil nama Farah.
"Sif, ni aku Adellia. Farah suruh aku call kau kejap. Nak cakap dengan Farah? Ha, kejap. Nah Farah, kau layan la sendiri boyfriend kau ni." Sejurus memberi telefon kepada Farah, aku menarik elimut dan menyelimut tubuh ehingga kepala. Dapat aku dengari Farah keluar dari bilik untuk bercakap dengan Khasif. Dah baik la tu kut.
Beberapa minit kemudian, Farah masuk semula ke bilikdengan muka gembira. dia menghampiri aku yang tidur dan menyentuh bahuku perlahan. Farah mengambil satu lagi kinder bueno dan menyelitkan di celah bantalku.
"Thanks beb. Khaif cakap tadi dia pening kepala sebab tu la moody semacam jer. one more thing, Khasif suruh kau buka henfon kau sebab ada benda dia nak bincang pasal kelas tadi. sekarang tau"
Aku mengeluh lagi. Kemarahan kepada Khasif yang hilang tadi kembali ada dan seolah-olah beralih kepada Farah pula. Kenapa la kau jugak yang mesti berkenan dekat dia? ambik la gadis kolej lain ke negara lain ke... Tak pasal-pasal ada masalah je consult dengan aku. Dah la aku ni makan hati berulam jantung tiap-tiap hari kau cerita pasal dia. Nak couple, couple je la. Tak payah la jadikan aku sebagai orang tengah. Semak la macam ni.
Aku mengambil henfon yang berada di penjuru katildan membukanya. Wah!!! 20 missed call dan 5 mesej dari Khasif dan 2 missed call dari Dayyan. Belum sempat aku menelefon kembali Dayyan, Khasif menelefon aku buat kali ke 21. Lambat-lambat aku mengangkatnya.
"Kenapa lambat angkat?" Aku perasan nada suara Khasif masih berbaur marah. Kalau dia marah, aku pun boleh marah jugak.
"Sori ye, En. Khasif Imran. Saya tak ada masa nak layan orang yang bengang tak tentu pasal. Bye.." Hampir sahaja aku menekan butang matikan panggilan jika tidak dia menghalangnya.
"Wait, sori Lia. Jangan tutup lagi. Selagi kita tak berbaik, aku rasa aku tak boleh nak teruskan hidup macam ni. Kau...baru balik ke? Baru balik dari lunch dengan laki tu ke?" Suaranya berbaur cemburu. kenapa tu?
"Laki yang kau sebut tu kawan aku tau. so.."
"Sejak bila kau suka berkawan dengan lelaki? Seingat aku. hanya aku je lelaki yang jadi kawan kau. sebelum ni kau tak pernah terima sebarang pelawaan lunch dari mana-mana lelaki pun. Nmpaknya, dia betul-betul dah ubah kau." Mulut aku ternganga sedikit mendengar kata-kata Khasif. Nampak seperti aku hanya bergantung hidup kepada dia sahaja sebelum ini. wah, bengang betul.
"Buat pengetahuan kau, bukan aku sahaja yang berubah, kau pun berubah jugak. Oh aku lupa tadi Farah cakap kau nak bincang sesuatu pasal kelas kan? So, benda ni tak ada lansung kaitnya dengan kelas. Sori la kalau aku terlalu ikut kau dulu. well, sampai buat kau ingat hanya kau sorang je lelaki yang ada dalam hati aku."
Sejutus slepas itu, aku terus mematikan telefon tanpa menanti kata-kata seterusnya keluar dari mulutnya. Farah yang memakai earphone mencabut seketika apabila mendengar suara aku yang sedikit menjerit. Aku tidak mempedulikan pandangannya dan berbaring kembali.
Wah, macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan orang perasan macam kau, Khasif Imran? Aku benci...benci..benci......cinta kau. Aku mengelap air mata yang jatuh ke pipi. Aku rasa ini kali pertama aku dan Khasif bergaduh selama ini. Biasanya hanya beberapa jam tapi ini telah lebih separuh hari.
Kelas esoknya, sudah beberpa kali Khasif cuba duduk dan cuba berbincangdengan aku tapi aku mencuba mengelakkan diri. Waktu mkan pula, aku lebih rela pergi ke library atau keluar bersama Dayyan darpada bersemuka dengan mereka berdua.
aku akui agak sunyi tapi aku masih lagi belum bersedia menghadapi Khasif. Aku perlukan masa lebih....

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Doktor Cinta (Complete)
RomanceApa nak buat kalau lelaki yang aku minat merangkap kawan sejak kecik aku minta nasihat untuk bercinta dengan orang lain? Aku tak suka perkara ni... Aku takut dia akan menjauh daripada aku kalau aku tak beri tips cinta untuk dia. Patut ke aku conf...