Bab 5 : Gaduh

6 0 0
                                    

Kamera dan tripod diletak ke atas meja setelah Mirza siap duduk di sebuah meja dalam sebuah restoran. Dhani dan dua orang lelaki yang lain turut ke hulu ke hilir menyiapkan tugasan masing-masing.

Beberapa hidangan turut diletak di hadapan Mirza. Sebagai seorang content creator merangkap Youtuber separuh masa, kerja Mirza adalah untuk makan dan membuat review makanan sebelum video tersebut di muat naik ke saluran tersebut. Hari ini, dia dan pasukan LM Productions perlu merakam dan merekod satu episod untuk segmen makanan yang kebiasaannya akan dimuat naik ke saluran LM Productions setiap minggu.

Selesai melakukan penggambaran video, Mirza mencapai kamera kecil yang diletakkan di hadapannya sejak tadi. Melihat semula rakaman yang dibuat melalui kamera Canon itu. Video berdurasi hampir tiga puluh minit itu dimainkan. Mata Mirza tiba-tiba membulat sebaik satu kelibat muncul di dalam kamera. Butang pause ditekan. Kemudian, video itu diulang kembali. Spontan Mirza berpaling, mencari kelibat seseorang yang berjaya menghuru-harakan hatinya sebentar tadi.

Mirza bangkit. Dan majukan langkah ke sebuah meja yang terletak tidak jauh dari mejanya tanpa menghiraukan Dhani. Dia berdiri di sisi meja tersebut sambil bercekak pinggang. Aara yang sejak tadi duduk di situ menyaksikan penggambaran sedang dijalankan oleh krew LM Productions hanya menayang wajah bersahaja. Straw yang sedang dimain-mainkan di dalam gelas disumbat ke mulut tanpa mempedulikan pandangan pelik bercampur marah milik Mirza.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Minum." Jawab Aara sepatah.

"Minum? Kat tempat ni?" Mirza melingaskan mata ke sekelilingnya.

Dalam banyak-banyak tempat, kenapa harus Aara berada di sini kalau bukan kerana hendak menuntut hutang ganti rugi daripadanya? Ah! Tak sedarkah perempuan ini yang mereka berdua sudah tidak punya apa-apa urusan?

Tanpa dipelawa, Mirza tarik kerusi lantas duduk di hadapan Aara. Geramnya mula sampai ke puncak kepala. Apabila mengingati semula tentang kata-kata ibunya Puan Saadah sebelum wanita itu pulang tiga hari lepas membuatkan dada Mirza terasa hendak meletup.

"Apa yang awak dah buat ni, Cik Ammara?"

"I buat apa?" soal Aara kembali dengan dahi berkerut. Takkanlah Mirza buta kut? Tak nampak ke dia tengah minum? Takkan tengah goreng nasi pula?

"Awak cakap apa dekat ibu saya?"

Aara pasang senyuman lawa. Oh, pasal itu ke? Jadi, disebabkan itulah Mirza nampak macam marah sangat?

"Apa yang ibu you dah cakap pada you, sayang?"

"Hei! Jangan berani panggil saya sayang. Awak tahu tak perbuatan awak ni dah menyusahkan saya?!" naik setakuk suara Mirza. Kalau bukan kerana mereka berada di tempat umum, mahu dia tempeleng saja muka cantik Aara. Biar dia tahu diam. Biar dia tahu kawal mulut agar tidak berbicara yang bukan-bukan.

Sejak Puan Saadah pulang ke kampung, setiap hari ibunya itu akan menelefonnya bertanyakan tentang Aara. Penat Mirza hendak menerangkan tetapi satu pun Puan Saadah tak mahu dengar. Ibunya itu lebih percayakan cakap Aara. Puan Saadah lagi suka hendak mendengar apa yang Aara kata berbanding dengan dirinya. Itu yang buat Mirza panas hati sangat.

Aara ketawa. Melihatkan air muka Mirza, hatinya begitu puas. Padan muka! Siapa suruh mencari pasal dengannya? Kalau Mirza memilih untuk melangsaikan hutangnya, sudah tentu dia tak akan bertindak sejauh ini. Untuk itu, dia mulai bersorak di dalam hati memuji diri sendiri.

"Tak payah ketawa macam tu, Cik Ammara. Saya bagi amaran dekat awak. Berhenti kacau ibu saya dan berhenti kacau saya." Mirza bangkit. Wajahnya memerah disimbahi rasa geram buat Aara. Namun, lengannya sempat dilelar oleh Aara sebelum dia beredar dari situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Situ Ada CintaWhere stories live. Discover now