Bab 3 : Ganti Rugi

5 0 0
                                    


"You nak pesan apa-apa tak?"

Mirza menggeleng tatkala diaju soalan pertama oleh Aara ketika mereka bertemu di sebuah restoran tengah hari itu. Minum? Heh! Tak kuasa dia. Dia datang sini pun sebab nak selesaikan hal semalam. Lagi pun, kalau keluar dengan perempuan... sudah semestinya si lelaki yang kena keluarkan duit. Tak mahulah dia pesan apa-apa. Karang duit melayang, sayang oi!

"Betul ni tak nak pesan apa-apa?" aju Aara lagi dengan suara yang sedikit lembut. Senyuman manis Aara membuatkan halkum Mirza bergerak-gerak. Semalam bukan main garang minah ni. Hari ni boleh senyum-senyum macam ni. Pelik!

"Saya nak selesaikan hal semalam dengan awak. Kita terus kepada isu kita ajelah ya Cik Ammara. Sekarang, awak nak saya bayar ganti rugi ke macam mana? Berapa saya kena bayar?"

"Nah."

"Apa ni?"

Berkerut-kerut dahi Mirza apabila melihat sekeping not berwarna merah ditolak kepadanya. Aara pula hanya tersenyum. Dan senyumannya itu mempunyai makna yang tersirat.

"You fikir harga kaki I ni semurah sepuluh ringgit ke Encik Luth Mirza? Heh! Kos ganti rugi yang you patut bayar bukannya RM10 tapi..." satu keping kertas berupa bil perubatan milik Aara dikeluarkan.

Mirza merenung jumlah bil di atas kertas yang diberikan Aara. Terbuntang matanya melihat bil itu.

"RM36,000? Awak biar betul?"

Mirza mengintai kaki Aara yang berbalut. Takkan semahal itu kos perubatan Aara? Rasa-rasanya keadaan kaki wanita itu tak adalah teruk sangat sehingga terpaksa membayar kos perubatan sebanyak itu di klinik. Bengkaknya pun sikit saja. Ah! Ini benar-benar melampau!

"Kos rawatan kaki I di klinik RM250. Kos kasut tumit tinggi I RM6,500. Kos beg tangan I RM11,000. Kos pakaian I yang kotor RM3,250. Kos masa I yang terbazir begitu saja RM5,000. Kos kerana memalukan I di tempat umum RM10,000. Jumlah keseluruhannya adalah RM36,000. Semuanya tertera kat atas kertas tu." Aara tersenyum lagi.

Apa semudah itu Mirza fikir mahu melepaskan tanggungjawabnya? Heh! Lelaki itu salah orang. Kalau perempuan lain, mungkin tak kesah diberi sekeping not merah. Tapi, dia bukan orangnya.

"Awak ingat saya cap duit? Nah, ambil aje duit ni." Giliran Mirza pula menolak sesuatu buat Aara. Sekeping not berjumlah seratus ringgit diberi membuatkan kening Aara terjongket.

"RM100?"

"Ya. Saya hanya bertanggungjawab membayar ganti rugi untuk kos perubatan kaki awak. Bukannya untuk perkara-perkara yang tak masuk akal tu!"

"Wow! Wujud rupanya lelaki macam you ni, kan? Dah buat salah, nak cuba lari pula."

"Cik Ammara, saya cuba bersikap rasional. Saya minta maaf atas kesalahan saya semalam. Tapi, permintaan awak ni dah melampau! Ada ke orang minta beribu-ribu sampai macam ni? Merepek!"

"I don't care. I nak you bayar ikut jumlah bil yang tertera." Aara bertegas. Mirza fikir semudah itu Aara hendak bagi muka dan terus mengalah?

Mirza tiba-tiba ketawa. Ceh! Dasar kaki kikis punya perempuan. Gila betul! Ada ke patut minta ganti rugi sampai RM36,000? Manusia tak waras saja buat macam ni. Entah-entah... perempuan di depannya ini pisau cukur kut?

Mirza bangkit tanpa menghiraukan Aara. Dia mahu meninggalkan restoran. Urusannya dengan Aara sudah selesai. Tiada apa lagi yang boleh mereka bincangkan. Jika menurut kehendak Aara sama saja seperti menggantung diri.

RM36,000? Banyak tu. Macam-macam yang dia boleh buat dengan jumlah sebanyak itu. Daripada dia masuk ke perangkap Aara, lebih baik dia gunakan saja duit itu untuk beli kereta baru. Ada juga faedahnya.

Di Situ Ada CintaWhere stories live. Discover now