♟️YD II 50

49 4 2
                                    

Diam. Sepasang mata Yussuf tetap setia mengalirkan air mata.

Meleleh air matanya saat itu. Jatuh menitik di atas lantai.

"Pandang saya"Wana bersuara lagi. Jemarinya diusap pada pipi Yussuf.

"Saya minta maaf. Awak dah banyak menderita Yussuf. Dari kecil. Saya taknak tambah beban awak"

"Kau diam boleh tak? Kau merepek apa ni Safwanah?"Yussuf menepis kasar tangan Wana di wajahnya. Dia rasa teramat marah tika itu.

"Aku takkan lepaskan kau. Never!"Yussuf terus berlalu ke ruang tamu.

Wana menghela nafas. Air matanya yang bertakung tadi juga turun ke pipi.

"Yussuf.."Wana terdiam melihat anak-anaknya yang tidak berkelip memandangnya.

Ah sudah.

Adina sudah naik semula ke biliknya,meninggalkan Adlina di bawah.

"Ibu? Kenapa gaduh dengan daddy?"

Gaduh ke? Taklah,tu gurau gurau manja namanya.

Wana melempar senyum. Dia merapati Adlina sebelum tubuh itu dipeluk erat.

"Ibu tak gaduh,cuma berbincang sikit je"

"Adlin macam tak boleh percaya"

Wana ketawa kecil. Haih la budak ni.

"Ibu nak bincang dengan daddy kejap. Adlin naik tau?"

Adlina cuma mengangguk.

"Yussuf.."

"Diam Safwanah. Kau jangan dekat dengan aku"

Namun Safwanah buat degil. Setapak-setapak dia melangkah merapati Yussuf.

"Jangan menidakkan lagi kata hati awak Yussuf. Ceraikan saya"ucap Wana lagi.

"Diamlah!"bentak Yussuf kuat sebelum matanya memandang Wana tajam.

"Hei,kau dengar sini. Aku,takkan sesekali lepaskan kau. Mimpi lah kau kalau aku lepaskan kau. Mark my words!"

Tangan Wana naik melekap di dada Yussuf.

"Tak sakit ke tahan kemahuan sendiri?"soalnya perlahan. Matanya membalas pandangan Yussuf.

Yussuf sudah menggigil menahan amarah. Wana memprovoknya sehingga sebegitu sekali. Tak sayang ke Wana dengan dia?

Kau yang tinggalkan dia Yussuf. Jangan nak berharap lebih sangat la dia nak setia dengan kau.

Yussuf memegang erat tangan Wana di dadanya.

"Kau..ada orang lain?"

Terkedu seketika Wana apabila disoal Yussuf sebegitu. Rasa lawak pula.

"Kalau saya cakap ada?"lain yang bermain di fikiran lain pula yang keluar di bibir.

Yussuf memandang lama genggaman tangannya sebelum mengangguk.

"Okay"dia melepaskan genggaman tangan Wana. Tangannya naik memegang bahu isterinya itu.

"Aku faham"

Bibirnya mencium dahi Wana,lama. Sehingga air matanya keluar lagi.

Wana menelan air liur. Dia takut,rasa tak berdaya untuk berdiri. Bagai sudah tahu apa yang akan jadi selepas ini.

Eleh,bukan kau yang nak ke Wana? Sekarang takut pulak?

"Nur Safwanah,aku cer.."

Bam!

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now