Yussuf angkat kening memandang Wana.
"Kau asal menangis ni? Aku bukannya dah mati pun. Bos kau ni hidup lagi,larat lagi nak denda kau"ujar Yussuf selamba.
Makin laju air mata Wana turun.
Patutlah Iman suruh dia get ready. Sebab ini rupanya.
"Eh Man,suh dia diam la. Bising"Yussuf tekup telinga guna bantal. Melalak pulak dia dekat sini. Ajak kahwin kang baru tahu.
Tiba-tiba Yussuf memandang lama muka Safwanah.
"Kau takut aku mati ke Wana? Aku accident je"Yussuf mengusik lagi.
Makin lebat pula Wana menangis.
"Dahla,aku nak diam je. Kalau bercakap lagi banjir pula wad aku ni"Yussuf tekup muka dengan bantal.
Iman memandang simpati ke arah Wana. Jahat mana pun dia,tumpah juga rasa kesian pada wanita itu.
Rasa nak lempang Yussuf sekarang,tapi dia suka tengok Yussuf macamtu.
Yussuf mengangkat tangannya,entah kenapa mahu saja dia mengusap air mata yang mengalir di pipi Wana. Namun siapalah dia,entah-entah Wana dah ada pakwe.
Macamana dia tahu? Dekat jari manis Wana ada cincin. Cantik pulak tu.
Siapla,kalau dia dah sihat nanti dia cari pakwe Wana sampai lubang cacing. Sukati orang tu je nak amik PA dia.
"Wana,mana boyfriend kau?"
Wana terkebil. Dia dahla baru lepas nangis. Tiber mamat ni tanya macamtu.
"Aw..encik merepek apa ni? Bila masa saya ada boyfriend?"
Yussuf menunjuk ke arah jari manis Wana.
Wana turut memandang. Lah mamat ni,sendiri bagi sendiri tak ingat ke.
Laki kau dah cacat tu Wana. Kau kena faham.
"Ouh,cincin ni ada orang bagi,tapi bukan pakwe"Wana mengelap air mata.
Halah-halah,time time macamni la air mata nak keluar juga. Sibuk je.
"Habistu siapa bagi?"Yussuf menyoal lagi sebelum dia disiku Iman.
"Yang kau tanya banyak-banyak pahal? Jeles?"
Yussuf buat-buat gelak. Jelas palsu gelaknya.
"Aku? Jeles? Please la,ni Yussuf Danial kot"penuh bangga sebut nama sendiri. Dah jeles tu cakap jela.
Iman mengguling mata. Yelah,Yussuf Danial la sangat.
"Dahla,aku nak pergi cari bini aku. Kuaser nak layan kau"Iman berkata selepas memberi isyarat mata pada Wana.
Namun dia lupa,Wana tak faham. Berkerut-kerut wanita itu dibuatnya.
"Lantak kau la. Boleh aku dating dengan PA aku. Kan?"Yussuf sudah sengih nakal.
Wana memandang ke arah lain. Rindu-rindu pun,risau juga dia dengan si Yussuf ni.
"Kau tak payah nak menggatal,dia tu dah ada yang punya"Iman mengingatkan.
"Diam ah"jelas sekali dia tidak suka dengan apa yang Iman kata tadi.
Iman gelak sebelum keluar dari wad Yussuf.
Yussuf bangun dari pembaringan. Kedua-dua kakinya dijuntaikan ke bawah.
Dia tunduk memandang kaki sebelum kepalanya diangkat.
"Boleh tolong papahkan aku tak? Tadi waktu Iman ada tak rasa pulak nak buang air"soalnya kepada Wana.
Wana pandang Yussuf atas bawah. Boleh percaya ke tidak dia ni ha.
YOU ARE READING
YUSSUF DANIAL 2
Diversos"Yussuf.." "He's back. But not him" "Apa kau merepek ni?" "Kau buat taktahu je Yussuf?! Anak kau kot!" "Kau diamlah Iman! Kau taktahu apa-apa. Jangan masuk campur!" "Apa yang aku taktahu?!" Yussuf hanya diam. "Macamni ke pengakhiran Ayden? Kau nak b...