Yussuf terus duduk dari baringannya. Tangannya naik memegang kepala yang pening.
Sekelilingnya dipandang. Dia berada di rumahnya.
Jam di dinding dapur dikerling. Pukul 230 pagi.
Menoneng rasa kepalanya. Macamana dia boleh tertidur pula ni.
"Wana?"
Matanya memandang pinggan yang berisi maggi di hadapannya. Kepalanya yang pening itu dipegang sebelum dia bangun perlahan-lahan.
"Wana?"
Dia memijak satu persatu anak tangga,menuju ke bilik utama yang sedikit terbuka itu.
"Wana? Nape tinggal saya sorang-sorang dekat bawah?"
Terkejut Wana yang sedang termenung di atas katil itu. Cepat-cepat dia mengesat matanya.
Basah.
Yussuf mengerut kening.
"Why are you crying?"cepat-cepat dia menuju ke arah Wana.
"Nothing,kenapa awak tak tidur lagi ni?"
Raut wajah Yussuf berubah. Dari wajah yang penuh kerisauan menjadi wajah yang mencebik lagak budak kecil.
"Kenapa Wana tinggal saya dekat bawah hah?"
"Dah awak yang nak tido,awak kata taknak makan. Saya suruh awak naik,awak kata penat sangat"
Cebikan Yussuf masih sama,dia menjeling Wana.
"Apa jeling-jeling?"
"Sukati je tinggal kita dekat bawah,dahla sejuk pulak tu"
"Padan la muka ko. Biar beku"selamba saja Wana berbicara.
Yussuf terus merapati Wana. Tangannya mencengkam lengan Wana perlahan.
"Mak ko terkejut. Eh dia ni,nak apa?"
Bibir Yussuf bergerak gerak,dia mahu menyoal,namun matanya jatuh pada hidung dan pipi Wana yang memerah itu.
Bekas air mata turut jelas terlihat.
Terkebil matanya. Spontan tangannya naik mengusap bekas air mata itu.
Berkaca lagi mata Safwanah. Rindunya dengan suami dia.
"Saya buat?"
Wana mengangguk.
"Alo siannya"
Gugur air mata Wana. Kuangasam.
"Saya kena mintak maaf la ni?"soal Yussuf lagi.
"Saya ea? Bukan aku ke?"dia menyoal lagi.
Macam bercakap seorang diri.
"Kepala,sakit"Yussuf menunjuk kepalanya.
"Sakit macamana?"Wana menyoal. Bahu Yussuf ditekan sedikit,ingin menyamai ketinggiannya dengan Yussuf.
Kakinya dijengket,kepala Yussuf nampak ada luka luka.
Tiba-tiba Wana rasa ada benda yang merayap di lehernya.
"Yussuf!"
"Wangi"Yussuf pejam mata.
Ni dah lain dah ni.
"Kau sapu losen ke? Wangi"
"Yussuf.."bergetar suara Wana. Dia geli.
"Wangi,suka suka"Yussuf cium kedua belah pipi Wana.
Macam nak pecah jantung Wana gara gara berdegup hebat. Apa yang dah rasuk Yussuf ni,tadi macam malu malu biawak la apa la.
YOU ARE READING
YUSSUF DANIAL 2
Sonstiges"Yussuf.." "He's back. But not him" "Apa kau merepek ni?" "Kau buat taktahu je Yussuf?! Anak kau kot!" "Kau diamlah Iman! Kau taktahu apa-apa. Jangan masuk campur!" "Apa yang aku taktahu?!" Yussuf hanya diam. "Macamni ke pengakhiran Ayden? Kau nak b...