BAB 19

11.3K 514 27
                                    

MIKHAEL membuka pintu bilik hotelnya bersama senyuman bahagia. Akhirnya dia berjaya juga mendapatkan kembali gadis yang yang pernah memiliki hatinya dahulu. Anak matanya menangkap kelibat Maryam yang sedang berdiri di beranda hotel menghadap laut pada malam hari yang berombak tenang mengikut tiupan angin.

Lantas kakinya menghampiri Maryam yang semestinya langsung tidak menyedari akan kehadirannya. Idea nakal menjengah fikirannya.

"Bah!" Kejut Mikhael. Lelaki itu ketawa mengekek namun kian menghilang tatkala hanya reaksi hambar diberikan oleh Maryam terhadapnya.

Gadis itu hanya melemparkan pandangan dingin. Tiada senyuman. Tiada kata.

"Kau marah aku ke Maryam?" Soal Mikhael lembut. Tahu sangat, kalau Maryam dah tayang muka dingin macam tu, pasti ada yang tidak kena.

Maryam hanya berdiam diri. Langsung tidak melayan pertanyaan daripada lelaki itu. Dia kembali membuang pandang ke laut luas.

"Kau okay tak ni?" Tanya Mikhael lagi. Nadanya kedengaran prihatin namun langsung tidak berjaya menjentik hati gadis itu untuk membalas persoalannya.

"Maryam.." Mikhael memegang tangan gadis itu namun pantas ditepis Maryam.

"Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Maryam hanya memberi amaran. Segera dia menjauhi Mikhael yang berdiri tegak disebelahnya.

Mikhael mengeluh.

"Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." ujar Mikhael panjang lebar. Dia masih cuba untuk mendekati gadis itu namun terhenti tatkala gadis itu menuturkan kata.

"Kalau awak anggap saya sebagai isteri awak yang sah, awak tak akan layan saya macam mana awak layan saya sekarang Mikhael." Balas Maryam geram. Bibirnya diketap, menahan amarah.

"Aku layan kau okay je kan? Kau nak aku layan kau macam mana lagi? Aku rasa dah cukup sempurna layanan aku dekat kau. Aku langsung tak sentuh kau sebab aku hormat kau walaupun aku tahu itu hak aku. Kau nak apa lagi?" Mikhael menyoal dengan sedikit geram. Dia meraup rambutnya ke belakang. Rasanya dia telah melayan gadis itu dengan baik. Tidak ada pula dia menjentik gadis itu apatah lagi memukul. Apa yang buruk? Bukankah dia telah memberikan layanan yang sempurna kepada Maryam?

"Okay? Awak kata okay? Awak biarkan saya seorang diri dalam hotel ni, tapi awak? Awak berfoya-foya dengan perempuan lain lepas tu balik tengah malam buta macam ni. Itu yang awak kata awak layan saya baik? Ini yang awak kata sempurna?" Balas Maryam tidak berpuas hati. Biar dia meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya selama ini. Lagi dipendam lagi sakit. Jadi biarlah dia meluahkan segala-galanya.

"So kau cemburu? Maryam, aku dah pernah cakap, apa yang aku nak buat kau tak boleh halang. Sebab kau cuma isteri aku dekat atas kertas je. Kau lupa?" Mikhael pula membalas sini.

Maryam terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Mikhael itu meninggalkan luka pada hatinya.

"Saya tak lupa dan tak akan pernah lupa. Tapi tak boleh ke awak hargai saya walaupun sikit? Saya tak layak ke Mikhael? Saya tak minta banyak, tapi sikit pun jadilah. Tolong hargai saya. Apa gunanya kita datang ke sini kalau awak bawa perempuan lain keluar jalan-jalan sedangkan saya terconggok dalam bilik ni macam orang bodoh tunggu awak?! Awak selfish Mikhael. Awak selfish!" Tepik Maryam geram. Mukanya merah menahan marah. Tangannya memukul dada bidang Mikhael.

Mikhael mendengus. Amarahnya turut memuncak sama. Tangan Maryam yang sedang memukul dadanya direntap kuat.

"Aku selfish? Kau yang selfish! Aku dah cakap jangan kacau urusan hidup aku tapi kenapa kau tetap menyibuk?" Mikhael menatap Maryam tajam.

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now