BAB 31

11.6K 486 36
                                    

MARYAM dan Mikhael hanya berdiam diri. Kedua-duanya masih berasa segan mengenangkan hal semalam. Mikhael lagilah, rasanya malu dia sudah sampai ke langit yang ketujuh. Jatuh saham dia kerana menangis di hadapan gadis itu semalam.

Maryam pula masih malu kerana dia memeluk lelaki itu semalam tambahan lagi dengan pengakuan cintanya. Rasa macam nak hempuk-hempuk kepala dia dekat dinding. Entah daripada mana dia mendapatkan keberanian itu pun, dia tidak tahu.

Ini kalau pakai 10 lapis foundation pun belum tentu dapat hilangkan malu dia.

Dato Malik memandang anak dan menantunya. Kedua-dua mereka hanya berdiam diri sambil menikmati sarapan yang terhidang tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Ehem.." Dehem Dato Malik sebelum meneruskan katanya.

"Daddy nak tanya kamu berdua sesuatu." Sambung Dato Malik sambil memandang Mikhael dan Maryam yang menunduk.

"Siapa perempuan yang singgah rumah kamu semalam?" Tanya Dato Malik.

Mikhael dan Maryam yang sedang menunduk terus sahaja mengangkat wajah mereka. Mereka berdua saling berpandangan.

Siapa? Rasanya tiada sesiapa pun yang datang ke rumah mereka semalam. Jauh di sudut hati Mikhael, dia dapat rasakan perempuan yang dimaksudkan oleh Dato Malik itu Atisha.

"Daddy sempat berbual dengan dia ke?" Tanya Mikhael berdebar. Sudu yang dipegang diletakkan dengan perlahan-lahan.

"Tak. Sebab tu daddy tanya dia siapa. Kalau daddy sempat berbual dengan dia, daddy sendiri yang tanya dia siapa." Balas Dato Malik bersahaja.

Wajah resah Mikhael mendatangkan curiga dalam hati Dato Malik.

"Yang kamu resah gelisah semacam ni kenapa? Dia spare part kamu ke?" Dato Malik mengangkat keningnya, cuba menduga Mikhael.

"Rasanya tu kawan Maryam, daddy. Dahlia kot yang singgah semalam.." Sampuk Maryam cuba menyelamatkan keadaan. Tidak mustahil jika rahsia Mikhael akan terbongkar jika Dato Malik terus mengasak Mikhael dengan pelbagai soalan.

"Oh. Kalau macam tu baguslah." Angguk Dato Malik lalu meneruskan suapannya.

"Kamu berdua tak ada kelas ke hari ni?" Soal Dato Malik lagi.

Maryam tersengih. Daddy, daddy. Pastinya lelaki tua itu lupa.

"Hari ni hari sabtu daddy. Cuti." Kata Maryam bersama sengihan.

Dato Malik turut tersengih. Nampak sangat dirinya itu sudah tua. Pelupa.


"Daddy." Panggil Mikhael perlahan setelah mereka semua selesai bersarapan.

"Mikhael-" Lelaki itu menarik nafas lama sebelum meneruskan kata-katanya. Nasihat Maryam semalam bermain di minda. Dia tidak mahu terlambat. Dia tidak mahu daddy meninggalkannya sebelum dia sempat mengungkap kata-kata maaf. Dia tidak mahu menyesal.

"Mikhael nak minta maaf atas segala dosa Mikhael pada daddy selama ni.." Sambung Mikhael sambil memandang ayahnya lama.

Dapat dilihat mata tua itu bergenang dengan air mata tatkala dirinya mengukapkan kata-kata maaf.

Hati tua lelaki itu mula terusik dengan permohonan maaf daripada Mikhael. Sudah lama dia tunggu saaat ini.

Lantas badan anaknya itu dipeluk erat. Belakang anaknya ditepuk perlahan.

"Kamu tak ada salah pada daddy." Kata Dato Malik perlahan. Dia menyanyangi Mikhael sepenuh hati walaupun Mikhael melayannya dengan dingin sekali. Kasihnya tidak pernah berkurang. Sayangnya pada Mikhael masih sama seperti kali pertama Mikhael lahir di dunia ini.

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now