BAB 38

11K 412 14
                                    

Suasana di dalam wad yang didiami oleh Irsyad sunyi. Sudah seminggu lelaki itu tidak sedarkan diri. Puan Rohana dan Tuan Farid hanya mampu berharap. Berharap agar anak kesayangan mereka kembali sembuh seperti dahulu.

Dahlia memandang wajah pucat Irsyad sayu. Setiap hari dia akan datang menjenguk Irsyad disamping menolong Puan Rohana menguruskan lelaki itu. Dia amat bersyukur kerana Puan Rohana menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka.

Apabila ditanya mengenai hubungan apa yang dia punya dengan Irsyad, pasti Dahlia akan menjawab mereka berdua berteman baik.

Kekasih? Tidak, mereka berdua belum pernah mengikat hubungan sebagai pasangan kekasih walaupun kedua-duanya menyimpan perasaan yang sama terhadap satu sama lain.

"Dahlia, auntie nak pergi tandas sekejap. Kamu tolong tengok-tengokkan Irsyad ya?" Kata Puan Rohana lembut sambil mengusap bahu Dahlia.

Dahlia mengangguk bersama senyuman tipis.

Sungguh Puan Rohana bersyukur kerana Dahlia setiap hari datang menolongnya menjaga Irsyad setelah kelas gadis itu tamat. Kadangkala, hati tuanya dijentik perasaan sayang terhadap Dahlia kerana sanggup menjaga anaknya yang terlantar sakit. Dia tahu, pasti ada 'sesuatu' di antara Dahlia dan Irsyad. Mana mungkin seorang perempuan sanggup menjaga seorang lelaki yang terlantar sakit tanpa mempuyai apa-apa perasaan istimewa.

Puan Rohana melangkah meninggalkan wad Irsyad. Dahlia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan di sebelah katil Irsyad. Tangannya memegang lembut jari-jemari sejuk lelaki itu.

"Irsyad, bila awak nak sedar? Saya rindu nak dengar suara awak." Tanyanya perlahan.

"Mama dan papa awak tiap-tiap hari berharap awak sedar. Awak tak kasihankan mereka ke Irsyad?" Soalnya lagi sayu. Tiap-tiap hari mereka menunggu Irsyad. Menunggu mata cantik itu kembali melihat dunia. Namun sampai sekarang tiada tanda-tanda Irsyad akan sedar.

Baru sahaja tangannya ingin melepaskan jari-jemari Irsyad, tangannya digengam erat oleh jari-jemari lelaki itu.

"Irsyad? Awak dah sedar?" Mata Dahlia membulat.

Irsyad membuka matanya perlahan-lahan. Namun masih kabur.

"A-air." Kata lelaki itu lemah. Tekaknya kering dan berasa seperti berpasir.

"Sekejap." Kata Dahlia. Gadis itu menuangkan air putih ke dalam gelas lalu dia membantu Irsyad meminum air.

"Saya panggil doktor sekejap." Dahlia bergegas keluar mencari doktor. Sungguh dia gembira. Tidak sangka yang Irsyad akan sedar secepat ini.

Beberapa saat kemudian, Dahlia tiba bersama Doktor Yusuf dan beberapa orang jururawat.

"Irsyad, awak boleh dengar saya?" Soal Doktor Yusuf. Irsyad mengangguk lemah. Doktor itu menyuluh mata Irsyad menggunakan lampu kecil.

Puan Rohana yang baru tiba bersama Mikhael dan Maryam terus menghampiri Dahlia. Risau hatinya tatkala melihat doktor dan para jururawat berada dalam wad anaknya.

"Dahlia, kenapa dengan Irsyad?" Tanya Puan Rohana risau sambil memegang lengan Dahlia.

"Irsyad dah sedar, auntie." Kata Dahlia bersama senyuman.

Puan Rohana menutup mulutnya. Air mata kebahagiaan mengalir di pipi.

"Irsyad anak mama." Panggil Puan Rohana lalu menghampiri Irsyad. Tangannya memengang tangan Irsyad bersama senyuman. Sungguh dia bersyukur Irsyad sudah sedar.

"Awak ada sakit dekat mana-mana?" Soal Doktor Yusuf setelah selesai memeriksa Irsyad.

"Ke-kenapa saya tak rasa kaki saya?" Soal Irsyad perlahan. Dia cuba menggerakkan kakinya. Namun dia tidak berasa apa-apa. Seperti kakinya mati.

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now