"SAYA sukakan Hasna."
Brak!
Itu bunyi hati Husna yang retak berkeping-keping.Muka Husna yang tadinya merah kerana mengira Junaidi akan membalas perasaannya berganti dengan muka terkejut separuh malu.Betul-betul terkejut dengan pengakuan itu.
"O..Oh."Ketawa getir terluah.
"Maaf Una."Wajah putih Junaidi nampak bersimpati.
"T-tak apa.Tadi tu err..main-main.Hah,tadi tu main-main saja."Husna malu.Nak disorok muka sendiri pun tak mampu.Tiada tempat untuk disorok pun.
"Iya ke?Lah,saya ingat awak betul-betul sukakan saya.Nasib baik."Dari bersimpati wajah Junaidi berubah lega.
Nasib baik?Junaidi mungkin percaya perasaan Husna sebagai mainan,namun didalam hati,dia bukan mengatakan secara main-main.Itu semua betul belaka.Dia sudah lama simpan perasaan pada Junaidi.Tapi kenapa Hasna yang jarang bertegur sapa dengan Junaidi juga yang disukai dalam diam.Bukan dia.
"Tadi tu saya saja nak test awak.Tak sangka dalam diam Hasna yang awak suka.Tapi not bad juga.Boleh kita beripar duai."
Junaidi angguk.
"Terima kasih Una.Saya hargai kalau awak cakap macam tu."
Dah tu apa lagi yang dia mampu cakap.Perasaan dia ditolak mentah-mentah.Husna kecewa.Siapa cakap dia tak kecewa.Sudahlah perasaan ini hampir sepuluh tahun tersimpan.Sejak awal-awal keluarga Junaidi berpindah lagi perasaan ini sudah ada.Junaidi yang selalu mengambil berat kalau Husna ditimpa apa-apa masalah.Sedihlah kalau orang yang dia harapkan dapat hidup bersama-sama lebih memilih orang lain.Nak-nak lagi saudara kembar dia sendiri.
"Hasna dah tahu?"Sikap Hasna tertutup.Jika Husna banyak bercakap dengan bermacam-macam ragam yang boleh membotakkan kepala sang Ayah,Hasna lain.Adik kembar Husna agak tertutup,jarang bersosial dengan orang-orang.Bercakap bila perlu dan selebihnya banyak mendiamkan diri.Mungkin sebab itu Junaidi boleh terpikat pada Hasna dan bukannya dia.
"Saya akan lamar dia.Tolong rahsiakan dulu dari Hasna.Kalau boleh biar saya sendiri yang beritahu Hasna tentang perasaan saya pada dia."Ujar Junaidi.Bermakna lelaki itu memang yakin Hasna akan menerima lamaran itu nanti.Apa lagi yang Husna harapkan.Semoga saja perasaan selama sembilan tahun lebih ini akan hilang sedikit demi sedikit.
"Jadi Hasna belum tahu lagi?"
Sekali lagi Junaidi angguk.Jari telunjuk naik mengaru-garu rambutnya yang sentiasa tersisir rapi.Rasa janggal menyelit bila Husna sudah tahu tentang perasaanya pada adik gadis itu.Walhal,ahli keluarganya tiada seorang pun yang tahu tentang perkara ini.
"Hasna tak ada boyfriend kan?"
Cepat saja Husna gelengkan kepala.Tak payah fikir sebab Hasna bukan jenis perempuan yang suka bergaul dengan mana-mana lelaki.Paling rapat pun mungkin dengan kembar Junaidi,Junaidil.Beza dengan dia yang rapat dengan Junaidi.
"Baguslah.Senang nanti kerja saya nak melamar Hasna.Tak ada persaingan."Senyum mengembang dibibir Junaidi.Senyum yang buat Husna menatap dengan senyum juga.
Kalau dah macam ni dia bimbang dengan hatinya pula.Junaidi boleh suka Hasna,hakikatnya Husna mana mampu tepis jika Junaidi selalu berkeliaran dalam fikirannya.
Buntu Husna!
Coming soon..
This story + Derita Azahra..
YOU ARE READING
Salah Cinta (Ebook)
RomanceHusna Qaisyah ada kembar. Begitu juga Junaidi.. Husna sukakan Junaidi. Sebaliknya Junaidi sukakan Hasna, kembarnya. Manakala Junaidil, kembar Junaidi menyukai Hasna. Sedangkan Hasna bersetuju untuk berkahwin dengan Junaidi kerana keberanian lelaki i...