Dia agak terkesima apabila mendapati bilik yang dimasukinya sangat besar dan mewah. sepanjang hidupnya, tidak pernah dia masuk atau tinggal di bilik hotel semewah ini. Ada satu katil bersaiz king di tengah. Dan ada 1 kotak di atas katil.
Katil yang hampir dengan tingkap sudah berpenghuni. Ada sebuah kotak toyogo besar di pinggir katil. Mungkin itu milik Safura.
"Assalammualaikum... Safura..." Masyitah cuba menjenguk-jenguk sekeliling bilik dan bilik mandi, kalau-kalau Safura ada di mana-mana.
"Mungkin dia keluar agaknya," bisik Masyitah sendirian. Masyitah duduk di bucu katil memerhatikan sekeliling bilik yang sebegitu mewah pada hematnya. Tangannya menongkat badannya di atas katil.
Tiba-tiba dia tersentuh kotak yang berada di atas tilam. Baru dia teringat arahan gadis di kaunter tadi. Dia terpaksa patuh. Jika tidak, dia tidak akan mendapat pakaian untuk 4 hari sepanjang kursus. Dia segera ke bilik mandi untuk mengambil tuala. Lantas, tudungnya dibuka, dilipat ala kadar dan dimasukkan ke dalam kotak. Apabila skaf anak tudungnya dibuka, terlerailah rambutnya yang lurus panjang sehingga belikat. Sempat ditoleh ke arah pintu untuk memastikan pintu bilik berkunci sebelum dia membuka blausenya. Baju dalamnya yang berwarna biru cair dimasukkan ke dalam lipatan blause. Malu juga andai ada yang terlihat baju dalamnya. Begitu juga seluar dalamnya, dimasukkan ke dalam lipatan sebelah dalam seluar panjang. Setelah dia berbogel sepenuhnya, cepat-cepat dia melilitkan tuala mandi tadi.
"Alamak, pendeknya tuala ni. Sejuk..." adu Masyitah sendirian. Lilitan tualanya terpaksa direndahkan untuk menutup punggungnya. Hanya separuh daripada buah dadanya sahaja yang tertutup. Dia menuju ke kepala katil untuk menelefon kaunter.
"Hello... Adik. Saya Masyitah dari bilik 5035. Saya sudah siap letak pakaian dalam kotak," ujar Masyitah.
"Puan letakkan kotak di hadapan pintu bilik ya. Lagi 5 minit, ada kakitangan kita akan sampai," jawab gadis di dalam telefon.
Masyitah meletakkan telefon dan membawa kotak ke pintu bilik. Dia membuka sedikit dahulu pintu bilik, khuatir andai ada peserta lelaki di luar bilik. Tekaannya tepat, ada 2 orang peserta lelaki sedangberborak di hadapan bilik sebelah.
"Ai seyh... Macam mana nak letak. Tak kan nak keluar dalam keadaan berkemban ni... Kejap lagi orang tu da nak datang. Apa pasal pula dia orang ni borak depan bilik. Masuklah dalam..." rungut Masyitah. Dia menutup semula pintu rapat-rapat. Otaknya ligat memikirkan idea. Beberapa minit berlalu, dia masih mendengar suara peserta lelaki di luar. Tiba-tiba, dia terpandang tuala di kerusi tepi tingkap. Mungkin tuala milik Safura. Akalnya menjadi panjang. Diambilnya tuala itu dan dililit di pinggang. Jadi, tuala miliknya tadi dinaikkan menutupi keseluruhan dada.
"Eh, tak tutup rambut pula. Macam ni pun masih lagi seksi," sekali lagi dia tidak jadi untuk keluar. Kali ini dia mendapat satu lagi idea. Tuala miliknya dilondehkan semula supaya menutup kedua-dua punggung dan sebahagian buah dadanya. Tuala satu lagi dililit di kepada menutup sebahagian dari wajahnya. Dengan berbuat begitu, peserta lelaki di luar pasti tidak dapat mengecam siapa-siapa. Pintu dibuka sekadar melepasi kotak tadi dan ditolak ke hadapan pintu. Tanpa berlengah, pintu segera ditutup. Fuh, satu keluhan nafas berat dilepaskan. Rasa sejuk menggigit kulit.
TING!!! TONG!!!
Loceng bilik dibunyikan. Mungkin kotak tadi telah diambil dan barangan miliknya telah pun sampai. Tapi, peserta lelaki diluar tadi masih lagi berbual. Langsung tiada tanda-tanda mereka akan beredar. Masyitah masih menggunakan ideanya tadi. Tuala milik Safura dililitkan di kepala sehingga wajahnya tidak kelihatan. Sekali lagi pintu dibuka sedikit sekadar untuk mengintip dari dalam. Kelihatan sebuah kotak toyogo yang besar berada di luar. Dengan keadaan pintu yang dibuka sedikit, dia menghulurkan tangan untuk menarik kotak plastik itu.
YOU ARE READING
NERAKAKU DI CORWAY
FanfictionMengisahkan seorang isteri yang mengikuti kursus untuk mendapatkan pekerjaan. Walau bagaimanapun... Jeng... Jeng... Jeng...