~ 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
~ 𝘐'𝘪𝘪 𝘣𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶
~ 𝘪'𝘪𝘪 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘪𝘥𝘦 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘳𝘶𝘦
~ 𝘛𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
.
.
.Elisya sudah sampai ke Universiti dan kini sedang mencari kelibat kawan baik nya..
"Bahh!!" sergah Nana atau nama penuh nya KHAIRINA AINA..
"Ahh terkejutnya saya" kata lisya yang sengaja membuat nada seperti terkejut lalu lisya berjalan meninggalkan Nana dibelakang
"Mana kau pergi.. Lambat nya kau sampai? " soal Nana yang mengikuti lisya..
"Kau yang lambat.. Aku sampai sini terus usya Crush aku dah"jawab lisya.. Nana hanya terdiam tidak tahu mahu membalas apa..
" Hai Guys" suara Qistina menyapa telinga lisya.. Lisya toleh kebelakang dan firasat nya betul.. Itu lah gadis yang gedik dari awal masuk sampai pertengahan ni dia tidak suka kehadiran si gadis itu..
"Hai" jawab mereka serentak dengan nada yang malas..
malas berbual dengan gadis gedik itu.. Tujuan nya sudah lisya tahu.. Qistina berjalan menghampiri lisya..
"I nak Warning kat you sekali lagi Ye elisya.. Jangan rapat ii dengan adib Ye.. Sakit mata I tgk" kata Qistina .. Ye sudah diagak tujuan gadis itu sekali lagi..
Kali ini lisya tersenyum sinis sambil berjalan mendekati Qistina dan mendekatkan kepala nya dengan telinga Qistina..
"I tahu you cemburu kan maklum lah adib tu suka I tapikan I tak hamak pon dengan dia tu.. Dia je yang tergila kan I" bisik lisya..
Nana disitu hanya menahan gelak kerana melihat muka Qistina yang berubah dengan serta merta.. Lisya menjarakkan diri dengan Qistina lalu berjalan meninggalkan tetapi langkah nya terhenti disitu.. Mahu menyampaikan maklumat palsu lagi.. Hehe
"Oh Ye sebelum I lupa kan Qistina...adib pernah bagitahu I yang ex girlfriend dia ni gedik sangat sampaikan dia sendiri pon rimas dengan you.. Pandai lah you amik hati dia balik Ye"
kata lisya sambil berjalan mahu melangkah masuk ke pintu utama universiti.."Lisya! " jerit Qistina.. "Weh lari..jap gi takut singa betina kejar je"Lisya dan Nana berlari masuk kedalam universiti..
Sambil tengah lari.. Nana ditinggalkan di belakang tiba-tiba Lisya terlanggar seseorang dan beg silangnya jatuh ke lantai.. Habis kertas kerja nya bersepah.." jalan mata Kat lutut ke? "Kata Lisya sambil mengutip kertas kerja di atas lantai itu..dia tidak mahu memandang orang yang dia melanggar nya tadi..
" dia yang lari macam kena kejar hantu lepastu nak salahkan orang sebab langgar? Kata adiel atau nama penuh nya ADIEL DANI.. Adiel menolong Lisya mengutip kertas-kertas di lantai itu.. Setelah siap mereka berdua bangun dari cakungan mereka..
Lisya tidak mahu bercakap banyak.. Dia meninggalkan adiel disitu.. Nana?.. Dia pon sudah hilang ke mana..
"Lisya! " jerit adiel.. Lisya menoleh kebelakang dan menjongketkan keningnya sebagai kata isyarat ya..
"Mana terima kasih nya? "Kata adiel sambil jalan mendekati lisya.. Lisya hanya membeku saat memandang wajah adiel.. Ya dia kenal lelaki itu dari kecil kerana adiel ialah salah seorang anak kawan Mama nya..
" oh thanks"jawab lisya acuh tak acuh sahaja lalu pergi meninggalkan adiel seorang di situ..
.
.Sampai dikelas.. Dia mengambil meja di sebelah nana..
"Kau pergi mana? " tanya lisya sambil mengeluarkan kertas-kertas kerja nya..
"Aku ikut jalan shortcut..kau je yang rajin nak lalu jauh II" kata nana sambil tangan nya ligat bermain telefon pintar nya.
. Lisya hanya mengangguk..
"Weh tadi aku terserempak dengan adiel" kata lisya sambil menundukkan kepala nya.. Nana yang perasan perubahan kawannya itu terus meletak kan telefon pintar nya dan cuba memujuk lisya..
"Dah lah tu.. Kau ni Move on jelah"kata nana.." kau cakap senang je"kata lisya sambil memandang wajah kawannya itu.. Geram pon ada!.. "Memang lah senang cakap.. Kalau susah takda nya aku bercakap" gurau nana sambil senyum sebaris menampakkan gigi nya..
"Aku takut ter in Love lagi lah kata dia" kata lisya..
(Throwback)
Dia pernah jatuh cinta terhadap lelaki itu.. 6 tahun memendam rasa dan dia bertindak untuk luahkan dan disambut dengan baik oleh adiel.. Sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta.. Adiel membuat masalah dengan pasang dua di belakang lisya.. Lisya yang mendapat tahu yang adiel curang dengannya terus meminta putus tetapi hati belum dapat menerimaApa yang dilakukan oleh adiel tetapi dibantah oleh adiel..katanya tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang..adiel pergi keluar negara untuk menyambung pelajaran nya..Setelah berapa lama tidak dapat khabar dari adiel.. Suatu hari mereka mendapat khabar tentang pertunangan adiel dan Erin.. Sungguh hati nya hancur berkecai seperti kaca.. Dia menerima takdirnya tetapi masalah pulak ditimpa dengan kehadiran adiel di Universiti ini sebagai lecturer.. Hidupnya bagai tidak tenang..
(End throwback..)
"Kau kena move on lisya.. Jangan disebabkan sir adiel.. Kau berubah.. Aku tak nak tengok kau sedih dah.. Insyaallah ada Hikmah berlaku" kata semangat dari nana membuatkan lisya terharu..
Habis sahaja kelas.. Lisya mendapat Message dari WhatsApp.. Lisya mengambil telefon nya dan mengecheck WhatsApp nya
"𝘑𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘧𝘦 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪" - 𝘢𝘥𝘪𝘦𝘭
"Arghh npe lah sekarang.. Tak boleh ke kejap lagi? Sape nak teman? Nana dah balik.. Terpaksa lah aku pergi seorang" ngeluh Lisya.. Sungguh dia serabut kembali dengan kehadiran adiel..
Lisya keluar dari pintu utama universiti dan menuju ke parking kereta khas untuk pelajar.. Dia laju mengeluarkan kunci kereta nya lalu menekan butang unlock.. Kereta jenis Honda Civic mengeluarkan kan bunyi.. Tiba-tiba tangan nya ditarik oleh seseorang..
"Apa ni adib.. Lepas kan I lah!! " marah lisya.. Sudah bala lagi satu di kafe sana.. Eh bala kedua pulak yang datang.. Pening betul..
"Tak nak.. Lisya bagi lah I peluang untuk tebus balik kesalahan I ni Ye? " Rayu adib tidak diendahkan oleh lisya.. Hanya seperti kedengaran suara lalat sahaja.."I dah lambat.. Pergi berambus sana" halau lisya sambil membuka pintu keretanya.. "Please lah lisya.. Terima lah I balik.. I pon seorang manusia yang membuat kesilapan.. You pon tahukan manusia semua buat silap? " sekali lagi rayuan adib diendahkan oleh lisya.. Mahu melangkah masuk kedalam kereta retina terdengar bunyi jeritan Qistina memanggil adib..
"Ha tu kekasih hati you dah sampai.. Pergilah Ok.. Gerak Lu" kata lisya yang sudah bersedia untuk memandu kereta nya.. Kereta Honda Civic milik lisya laju keluar dari perkarangan parking itu.. Laju lisya menekan minyak kereta.. Niatnya mahu balik terus ke rumah tetapi kasihan pulak pada adiel..
Kereta nya elok parking di sebelah kereta Audi r8 milik adiel.. Kenal sangat dengan kereta kaya lelaki itu.. Maklum lah anak orang kaya kan!..
Matanya mencari kelibat adiel di setiap meja dan matanya tangkap pada satu figura manusia di hujung sudut di situ.. Laju lisya melangkah ke sana..
"Sorry lambat.. Highway jem tadi" kata lisya sambil menarik kerusi di hadapan adiel..
YOU ARE READING
Bahagia Bukan Milik Aku! [Complete]
Romance~ 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦 ~ 𝘐'𝘪𝘪 𝘣𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶 ~ 𝘪'𝘪𝘪 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘪𝘥𝘦 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘳𝘶𝘦 ~ 𝘛𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦 [BUNGA ROS PUTIH TANDA PERPISAHAN KITA] . . ...