~ 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
~ 𝘐'𝘪𝘪 𝘣𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶
~ 𝘪'𝘪𝘪 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘪𝘥𝘦 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘳𝘶𝘦
~ 𝘛𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
.
.
.Genap 9 bulan lisya mengandung.. Bila bila masa sahaja si mak buyung ni boleh pergi hospital..
"Sayang tak teringin nak makan apa apa ke sebelum masuk wad nanti? " tanya adiel.. Dia melihat lisya sedang ralit mengemas beg baju baby..
"Ntah lah rasanya tak de, kenapa? " tanya lisya semula..
"Tak de lah abang risau nanti waktu pantang sibuk nak craving bagai" kata adiel semula.. Dia turun dari katil nya dan duduk di hadapan lisya
"Apa nama baby kita nanti sayang? " tanya adiel..lisya masih lagi ralit melipat dan menyusun baju baby lalu diberhentikan sekejap..
"Baby ni boy so? Abang lah kena bagi" kata lisya.. Dia memandang wajah adiel
"Ok abang nama kan dia iron Man pastu kalau anak kedua boy lagi abang nama kan Thor pula kalau anak ketiga.. " percakapan adiel di potong..
"Wow abang nak anak kita jadi ahli Marvel ke nanti?? " tegas lisya
"Gurau je sayang.. Takkan lah nak namakan anak dengan nama tu" kata adiel semula.."Dah lah dari abang sibuk yang bukan-bukan.. Tolong sayang lipat baju baby ni.. Penat dah ni" kata lisya pula.. Dia bangun dari duduk nya dan berjalan ke arah pintu
"Nak pergi mana? " tanya adiel
"Minum air jap" jawab lisyaTiba-tiba
"Arghhh!! Abang tolong!!! " jerit lisya di tangga
Adiel sedang ralit menyusun baju terus bangun dari duduk nya.."KENAPA SAYANG?? NAK BERSALIN KE? " tanya adiel gelabah
"Bukan.. Kaki sayang kebas ni..Tolong lah" kata Lisya sambil menunjukkan kaki nyaa
"Alahai si mak buyung meh sini cik abang urut" kata adiel lalu dia memapah Lisya ke katil semula..
Adiel mengurut slow kaki Lisya
"Abang, Lisya masuk wad bila? " tanya lisya
"Mana abang tahu cer tengok balik kat buku baby tu" kata adiel pula.. Tangan nya ralit mengurut kaki lisya"Amik kan lah cik abang oi! " jerit kecil lisya
"Iyolah princess sabar" kata adiel lalu dia turun dari katil pergi ke laci dan mengambil buku baby.. Buku baby itu dihulurkan ke lisyaLisya menyelak helaian buku itu..
"Eh abang esok lah sayang masuk wad hmm" kata lisya sedih
"Yeay esok dah blh tgk baby lah kan" kata adiel teruja..
Lisya menepuk bahu adiel sekuat hati
"Aduhh apa salah abang ni?? " tanya adiel
" masuk wad tu tak semestinya bersalin lah"kata lisyaAdiel mengukir senyuman lalu kepalanya baring diatas peha lisya
"Tak sabar nya nak jumpa baby" kata adiel
"Yup lisya pun masa tapi jom makan laksa.. Lisya teringin pulakk" kata lisya merayu.. Rambut adiel dimain
"Dalam banyak makanan laksa juga sayang nak makan?? Sayang tahukan abang tak suka bau makanan tu" kata adiel lalu dia bangun dari baring nya
"Alah abang pleaseee lisya teringin sangat!!! " kata lisya merayu.. Tangan nya dirapatkan seperti kanak-kanak meminta gula
"Ish iyelah cepat siap" kata adiel
"Thank you abang! "
.
.
Mereka di gerai makan yang menjual laksa dan makanan lain.. Lisya mengorder laksa Johor manakala adiel hanya mengorder air sahaja"Emm sedapnya" kata lisya teruja.. Mulut tidak habis kunyah sudah disumbat yang baru
"Makan slow sikit sayang. Kang tercekik" kata adiel.. Dia melihat lisya makan dengan gelojoh seperti baru dapat makan..
Tiba-tiba lisya berhenti dari makannya..
"Aik kenapa tak makan? Tak sedap ke? Terlebih pedas ke? Nak air tak? " bertubi-tubi soalan Adiel tujukan kepada lisya tetapi lisya hanya diam
"Sayang tercekik ke? " tanya Adiel lagi
"Ab.. Ab.. Abang kain sayang basah tiba-tiba" kata lisya serius..
"Sayang kencing ke?? " tanya Adiel soalan bodoh..
"Tak sumpah.. Mama kata kalau tetiba basah tapi tak kencing maknanya air ketuban pecah! " panik lisya
"Shhh jangan panik sayang.. Sayang panik abang pun ikut panik ni!! " kata Adiel..
"Aduh sakit!!!! " jerit lisya
Semua pelanggan di kedai makan itu memerhatikan mereka
"Sayang nak bersalin ke?? " tanya Adiel
"Dah tu abang ingat apa??? Dah sakit dah ni jom pergi hospital cepat!!!! " kata lisya lalu bangun dari duduknya dan segera ke arah keretaAdiel pula membayar harga makanan di kaunter..
Selepas siap Adiel pergi ke arah kereta dan....
YOU ARE READING
Bahagia Bukan Milik Aku! [Complete]
Romance~ 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦 ~ 𝘐'𝘪𝘪 𝘣𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶 ~ 𝘪'𝘪𝘪 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘪𝘥𝘦 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘳𝘶𝘦 ~ 𝘛𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦 [BUNGA ROS PUTIH TANDA PERPISAHAN KITA] . . ...