27ᥬ🙂᭄

55 3 0
                                    

~ 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
  ~ 𝘐'𝘪𝘪 𝘣𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶
     ~ 𝘪'𝘪𝘪 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘪𝘥𝘦 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘳𝘶𝘦
        ~ 𝘛𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘭𝘪𝘧𝘦
.
.
.

Akhirnya hari yang ditunggu untuk areef membalas dendam telah pun tiba.. Areef berkata dengan Elisya supaya memberitahu bahawa areef tidak datang olok-olok gitu.. Tunggu ajelah adiel Dani..

Manakala di rumah Lisya..

Elisya sedang bersiap dengan pakaian serba dress berwarna Pink, dia mahu memakai warna putih tetapi dihalang oleh adiel kerana warna pakaian dia dan Erina juga warna putih.. Jadi terpaksa lah pakai warna Pink dengan tudung berwarna putih..

"Nah kunci kereta kau.. Aku tahu kau pergi rumah mama tak yah nak merayap" kata adiel.. Erina menyuruh adiel supaya Lisya tidak mengikuti jamuan yang mana mentua lah ek kiranya.. Tapi bila difikir kan balik Lisya kena pergi juga kerana pasti mama nya akan mencari

"Lisya nak pergi mana aje? Dah rumah mama aje boleh pergi" jawab Lisya sayu.. Craving nya pon tidak langsung dilayan..

"Mana tahu nak jumpa jantan lain" kata adiel terus keluar dari bilik itu.. Dia menuju ke pintu utama dan pergi kereta untuk mengambil Erina di rumah nya..

Lisya pula menutup semua lampu rumah dan kunci kesemua nya.. Selepas siap terus dipandu kereta nya itu.. Lama tak bawa Rindu

Setelah beberapa minit.. Lisya sampai dahulu di rumah mamanya.. Sudah pasti mentua nya pun ada.. Nasib lah

Perut yang berusia 2 bulan itu dipegang..

"Awak dah nak masuk 3 bulan dah sayang tapi papa still tak baik dengan kita, redha ajelah Ye" kata Lisya.. Dia mematikan enjin kereta lalu keluar

Kereta mentua nya semua ada tetapi kereta areef tiada.. Dah tahu plan abang iparnya itu..

Dituju pintu utama lalu diketuk

"Assalamualaikum mama" sapa Lisya
Pintu dibuka dari dalam.. Terpapar lah wajah mama mentuanya itu..

"Waalaikumusalam Lisya ya Allah Rindu nya mama! " kata puan Aisyah.. Masa Lisya masuk hospital dia sibuk jadi tidak sempat jenguk jadi hantar lah si areef

Lisya dipeluk erat lalu dibawa ke sofa..
"Lisya duduk dulu, mama hidangkan"kata puan Aisyah.. Lisya hanya akur sahaja

Lagipun sedang lapar heheh..

Tiba-tiba pintu dibuka.. Terpapar lah kedua wajah setan itu..

"Assalamualaikum Ma" sapa adiel dan Erina serentak..

"Waalaikumusalam eh Rina kenapa kamu ikut adiel?mama tak jemput kamu pun" kata puan Alisya.. Malu siaaaa tak dijemput rupanya

"Ada benda adiel nak bincang jadi bawa lah Erina" kata adiel.. Lalu masuk kedalam...

"Benda apa nak bincang tu? " tanya puan Aisyah pula dengan membawa semangkuk mi sup untuk Lisya tetapi Erina pula yang bangun..

"Ni mesti untuk adiel kan? Meh Erina bagi" kata Erina mesra.. Dia memakai dress labuh dengan tudung setutupnya sebab selama ni pakai tudung tak ikhlas..

"Eh ni untuk ibu mengandung depan kamu tu.. Kalau kamu dengan adiel nak pergi amik sendiri" kata puan Aisyah lalu memberikan semangkuk yang dibawa tadi kepada Lisya.. Erina pula sudah merah muka..

Adiel membawa Erina ke ruang makan untuk mengambil makanan.. Tetapi Erina menyuruh adiel sahaja ambil dahulu.. Dia duduk disebelah Lisya yang sedang syok makan.. Kacau daun betul!

"Ingatkan dah kena cerai tapi tulah sayang lagi rupanya" kata Erina sengaja..

Lisya tersedak dengar pernyataan Erina itu.. Tapi dia hanya membiarkan sahaja.. Mi sup di depanya nampak lazat walau dah tinggal separuh..

"Tapi takpe tak lama lagi kau akan kena cerai juga kan hahaha" kata Erina lagi..

"Serius lah kena cerai? " kata areef dari tangga rumah itu.. Isabella turut dibelakang nya dengan pakaian serba hitam ala mafia.. Nak cari pasal kan

Anak mereka ditinggal dengan isya, ana dan elesh.. Tak Leh sibuk campur hal org tua..

Erina Sudah terbeliak mata.. Bukan ke adiel kata si areef ni tak datang? Manakala si adiel yang baru muncul sudah memandang Lisya dengan muka tak puas hati..

"Lama dah sampai? " tanya Isabella.. Mereka berdua duduk di sofa yang tiada penghuni..

"Errr baru je sampai Kak heheh" jawab Erina..
"Panggil I cik puan Isabella" lagak Isabella.. Biar kau tahu rasanya..

Erina sudah merah padam muka.. Adiel yang sebelah Erina menunjukkan riak tidak puas hati..

"Ha adik Ku Sayang, kata nak bincang sesuatu? Apa dia? " tanya areef pada adiel pula

Adiel bangun dari duduknya lalu

"BERI PERHATIAN SEMUA! HARINI ADIEL NAK BAGI TAHU BAHAWA ADIEL DENGAN ERINA AKAN BERKAHWIN! " jerit adiel.. Dia menyuruh Erina bangun tetapi ditolak.. Muka Erina masih menahan malu..

Tiba-tiba Areef bertepuk tangan.. Dia memandang wajah isterinya di sebelah

"Pandai kan sayang si betina ni berlakon? " kata Areef sengaja.. Isabella tahu gerak geri suaminya itu

"Kan pandai lah betina ni berlakon tapi sayang nya dah dikantoi kan oleh kami ni" kata Isabella

Erina sudah menggigil takut manakala Adiel sudah pelik.. Lisya pula masih menjamu selera.. Smeua orang di rumah itu diamkan diri

 Smeua orang di rumah itu diamkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bahagia Bukan Milik Aku! [Complete]Where stories live. Discover now