003 | Chapter Three : Bracelet

198 26 5
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seorang pria yang berbalut jas hitam sedang duduk gagah di hadapan sebuah meja yang penuh dengan pelbagai file berisi dokumen-dokumen yang penting dan sebuah computer yang mahal.

Tangannya mengetuk meja yang diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi itu dengan perlahan mengikut irama. Dia seolah sedang membuat alunan muzik melalui ketukan-ketukan yang dilakukan oleh jari jemarinya.

Otak Victor tidak dapat berhenti memikirkan wanita yang bertatap mata dengan dia beberapa hari lalu. Mata berwarna biru itu seolah palsu dan sedang menyembunyikan sesuatu yang indah disebaliknya. Walaupun warna mata tersebut kelihatan sangat nyata dan natural, entah kenapa dia merasakan warna itu ialah palsu.

Bibir ceri yang berwarna merah pekat itu membuat dia gemas setiap kali dia memikirkannya. Dia berasa badannya seolah ingin menghapuskan jejak lipstick merah itu dengan ibu jarinya dan menggantikannya dengan jejak bibirnya.

Wanita itu sangat membakar ghairahnya. Wanita yang nakal, dia suka itu. Ditambah dengan fakta wanita itu mengambil sesuatu yang sepatutnya menjadi miliknya pada malam itu membuat semangat Victor lebih membara untuk bertemu dengannya lagi.

Ya, wanita yang sedang memenuhi otaknya itu ialah Pencuri Permata Dragon Eyes. Pencuri yang sampai sekarang masih tidak diketahui keberadaannya.

Tangan Victor sungguh gatal untuk menangkap gadis nakal itu tapi walaupun dia telah mengerahkan banyak tenaga, dia tetap tidak menjumpai wanita itu. Dia seolah lenyap begitu sahaja.

Tiba-tiba terdengar suara ketukan di pintu ruangannya membuat Victor memperbaiki cara duduknya sebelum mengizinkan orang yang berada di luar ruangannya untuk masuk.

James masuk ke dalam ruangan President daripada King Empire itu setelah mendapat arahan masuk daripada atasannya yang sedang duduk dikerusinya itu. James mengeluarkan sebuah file lalu memperlihatkannya kepada Victor. "Ini file tentang keuangan syarikat yang tuan minta tadi."

Victor melihat sekilas kearah file yang berada di tangan James sebelum mengarahkan tangan kanannya itu untuk meletakan file itu di mejanya sahaja. "Saya akan memeriksanya nanti. Bagaimana dengan gelang yang saya pesan anda untuk membelinya?"

Soalan itu cepat diangguk oleh James yang jemudiannya mengeluarkan sebuah kotak dari sebalik jasnya. "Gelang keluaran baru Tiffany Co yang Tuan pesan." Dia meletakkan kotak ukuran sederhana kecil itu ke atas meja atasannya dengan berhati-hati.

Victor meraih kotak tersebut dan membukanya untuk melihat isi kotak tersebut. Kepalanya mengangguk kecil menandakan dia berasa puas dengan tugas yang dilakukan oleh bawahannya itu.

"Restoran yang Tuan minta saya tempah untuk acara malam ini telah saya lakukan. Restoran itu akan kosong untuk satu malam penuh jadi tuan tidak perlu cemas dengan sembarang gangguan." Victor menaikan sudut bibirnya sedikit.

Partner In Crime : ThiefTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang