Bab 4

497 21 0
                                    

Dah berapa kali Tengku Aqilah cuba untuk melelapkan matanya.Bukannya tiada siapa yang menghantar mesej buat dirinya.Tetapi tiada satu pun mesej daripada teman lelakinya yang mampu menarik minatnya untuk melayan mereka.Yang dia tahu.Dia sedang runsing memikirkan apa yang baru diberitahu papa sebentar tadi.Kemudian otaknya mengimbas kembali apa yang telah berlaku petang tadi.

Tengku Aqilah melangkah masuk ke dalam banglo milik Tengku Hashim.Baru sahaja kakinya menjejak tangga pertama,kedengaran suara Tengku Hashim memanggilnya.
"Qila,sini kejap.Papa nak cakap sikit dengan Qila."Kata Tengku Hashim sambil merenung Aqilah.
Aqilah yang melihat muka serius papanya mula kecut perut.Dia melangkah ke arah papanya lalu duduk di sofa bertentangan dengan Tengku Hashim.Apa pula salah aku kali ni?Kejap,tadi yang aku tau aku cuma marah mamat celup sorang tu.Tak ada pula aku buat hal lain hari ni.Ish ni yang buat aku sakit jantung ni.Papa pleasela janganla buat muka macam tu depan Qila.Kata-kata itu hanya mampu diluahkan di dalam hatinya.
"Papa nak Qila ikut papa esok.Papa nak ajak Qila dengan mama dinner rumah kawan papa".Bunyi macam arahan dan bukannya ajakan.Gulp!esok aku ada date dengan Syakirin.Ala...nak tak nak kena batalkan jugala..Hmm...Sabarlah wahai hati.Terpaksalah kau merana kerana menanggung rindu akan buah hati pengarang jantungnya.Ceh!serious sangat ke kau dengan dia?Untuk kesekian kalinya otak Tengku Aqilah mempersoalkan dirinya.
"Qila,dengar tak apa papa cakap tadi?Macam tak ada respond je...kenapa?"Kali ini Tengku Hashim menyoal anaknya.Masih dengan nada seriusnya.
"Okay,Qila ikut je pa...Tapi kenapa tiba-tiba je ni?".Tengku Hashim hanya mengangkat kedua-dua belah keningnya.Tengku Aqilah yang faham maksud di sebalik mimik muka Tengku Hashim terus membuka mulut untuk menyambung semula ayatnya.
"Tak...Macam ni..Selalunya kalau papa nak jumpa kawan papa.Tak pernah pun nak ajak Qila.Mama je yang selalu teman papa."Tergelak Tengku Hashim mendengarnya.
"Masa bila pula papa nak pergi mana-mana tak ajak Qila.Qila tu yang jual mahal.Selalu papa ajak Qila jumpa kawan papa.Mulalah Qila nak buat karangan satu muka surat.Macam-macam alasan yang Qila yang bagi."Bulat mata Tengku Aqilah mendengarnya.Aik!Betul ke papa selalu ajak aku?Oopps!kenapa tak perasan erk?Tengku Aqilah dah mula bermonolog di dalam hati.

Lamunan Tengku Aqilah terganggu kerana handphonenya tiba-tiba melalak malam-malam buta.Ish!malasla..Dengan malas Tengku Aqilah mencapai handphonenya.Eh!Syakirinlah..Secara tiba-tiba sahaja perasaan malas sebentar tadi lenyap.Dengan kadar segera dia mengangkat panggilan itu.

"Hello,sorry kalau I ganggu U malam-malam buta macam ni."Jelas ada nada kesal di situ.

"Eh,mana ada U ganggu I,memang dari tadi lagi I tunggu U call I."Jelas nada mengada di sini.Ha!Siapa lagi kalau bukan Tengku Aqilah.

"Sebenarnya I just want to know why did U cancel our date tomorrow?"Tanya Syakirin.Tak puas hati.Mana taknya,tak dapat jumpa buah hati dia.

"Sorryla...I pun tak tau kenapa papa tiba-tiba ajak I jumpa member dia.Okay,apa kata kalau kita date lusa ni.Kalau nak esok memang I tak boleh,"pujuk Tengku Aqilah.

"Okay,kali ni I pegang kata-kata U.Kalau U cancel lagi...."Syakirin diam.Tengku Aqilah masih menanti ayat seterusnya.Dan akhirnya pernantiannya berakhir apabila handphonenya terpadam.Arrghh!Jeritnya di dalam hati.Lupa nak charge tadi.
Apa lagi termenungla dia sekali lagi.
Dia teringatkan wajah Syakirin.Walau tak ada lah rupa omputih tapi still sejuk mata memandang.Yup!Setakat ni dia mengaku yang hanya Syakirin yang ada di hatinya.Walaupun ruang yang diisi Syakirin cuma ciput.Tapi betterla kan pada tak ada langsung macam boyfriends dia yang lain.
Krohh...krohh..krohh..Aik kali ni bunyi apa pula?Apa lagi lembu betina tu dah tidurla....

Kenapa Aku??!Where stories live. Discover now