Bab 26

251 9 0
                                    

Jam loceng Aqilah yang berada di atas meja menjerit memanggil tuannya supaya bangun dari tidur nyenyaknya.Aqilah yang mendengar jam locengnya menjerit terus membuka kedua-dua matanya yang cantik manakala sebelah tangannya menenyeh mata kanannya.Aqilah bangun dari perbaringannya dan terus mencapai tuala mandinya untuk membersihkan diri.

Apabila Aqilah selesai membersihkan diri,dia terus ke almari untuk memilih pakaian.Dia menyolek dirinya di hadapan cermin apabila siap berpakaian.Hmmmmm.....Cantik pun aku.Gumam hati Aqilah dengan ceria.

Aqilah mencapai tas tangannya dan berlalu ke dapur untuk masak.Tak payah nak tanya dia nak masak untuk siapa.Mestilah untuk mamat poyo itu.

"Ish....Rimaslah tiap-tiap hari nak masak dekat mamat poyo tu.Dahlah menceroboh hak peribadi aku semalam.Geram aku.Tapi kalau aku tak masak,mesti aku pulak kena denda.Lecehlah kalau macam ni.Baik aku masak cepat and blah terus sebelum mamat tu turun." kata Aqilah pada diri sendiri.

Aqilah membuka peti sejuk untuk mengambil bahan-bahan yang diperlukan.Apabila semua bahan sudah dikeluarkan dari peti sejuk,dia terus memulakan kerja memasak.Aqilah tidak perasan bahawa gerak-gerinya diperhatikan seseorang.Siapa tu?Hantu ke orang?Jangan duduk buat tak tahu pula.Yang tu mestilah Ryan.Mana ada sesiapa lagi dekat rumah ni selain mereka berdua.Ryan mendekati Aqilah dengan perlahan dan terus memegang bahu Aqilah.

"Arghhhhhh." Jerit Aqilah dengan kuat sambil menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

Aqilah mendengar seseorang tergelak kecil padanya.Dia terus mengalihkan tangannya dari muka dan melihat Ryan yang terlalu dekat dengannya.
Pantas tangannya menolak dada Ryan kuat.

"Ish!Yang tercegat kat sini pagi-pagi kenapa?" Tanya Aqilah.

"Saja..Nak tengok isteri saya masak apa hari ni." Balas Ryan sambil tersenyum manis menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.Ni kalau lama-lama Aqilah tengok dia senyum macam ni,memang cair dibuatnya.Aqilah apa lagi,buat-buat tak dengarla.Malas dia mahu melayan Ryan pagi-pagi ni.Dahla semalam bukan main lagi mamat ni tengking-tengking aku.

Ryan yang melihat reaksi Aqilah itu hanya mencebikkan bibirnya.Dia tahu yang Aqilah masih marah akan dirinya.

"Nak saya tolong apa-apa tak?" Ryan kemudian berdiri di sebelah Aqilah.

"Boleh!Tolong diam." Tangan Aqilah menunjuk isyarat supaya Ryan zip mulut.

"Ok..Saya diam.Tapi nanti awak pergi college dengan saya erk?"

"Tak nak.I have my own car." Balas Aqilah dengan nada dingin.

"Tak boleh.Awak kena ikut saya." Ryan tetap berkeras.

"But,why?" Aqilah tidak puas hati.

"Satu college dah tau yang kita dah kahwin,nanti apa diorang akan kata kalau kita pergi asing-asing.Nanti diorang ingat kita gaduh."

"I dont care!"Balas Aqilah sambil membuat muka.

"Ish..Kenapa awak ni degil sangat.Tak boleh ke awak ikut cakap saya sekali je?" Balas Ryan dengan geram kerana sikap degil Aqilah itu.

"Saya takkan ikut cakap awak tu walau sekali pun,faham?Never." Kata Aqilah masih dengan sikap degilnya.

"Saya suruh awak buat benda senang je kan?Nanti kalau saya suruh awak...." Ryan membiarkan ayatnya tergantung.Dia kemudian tersenyum nakal.Seram Aqilah dibuatnya.Tapi dia pura-pura tak ambil kisah.

Ryan yang geram melihat Aqilah seperti tidak ambil kisah akan dirinya pantas mendekatkan wajahnya ke wajah Aqilah.Tangan Aqilah yang ingin menolak Ryan pantas digenggamnya.

Tanpa mengungkapkan sebarang kata,pantas Ryan mendekatkan bibirnya pada bibir Aqilah.Hanya tinggal seinci jarak antara mereka.Cup!Ryan pantas bertindak.Tetapi Aqilah tampak lebih pantas apabila dia mengalihkan wajahnya ke kanan.Bibir Ryan hanya sempat singgah di pipi gebu milik Aqilah.

Ryan kemudian menjarakkan kedudukan mereka.Tetapi genggeman tangannya masih lagi erat.

"Kenapa elak?Takut?Awak ingat saya tak berani ke?So,please dont you dare to challege me." Ryan melepaskan Aqilah sambil melangkah pergi dengan senyuman yang cukup sinis.Aqilah menggenggam tangannya erat.Geramnya!

*******************************************

Aqilah menghempas pintu kereta Lexus milik Ryan.Bengang dibuatnya.Semuanya kena ikut cakap dia.Siap ugut bagai!Dia kemudian melangkah masuk ke Collegenya tanpa berniat untuk mengalihkan pandangannya ke Ryan yang masih berada di dalam kereta.

"Hai Qila." Sapa seorang perempuan sambil menghampiri Aqilah.

Aqilah terus menolehkan kepalanya  untuk melihat siapa yang menegurnya.Apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya,dia terus tersenyum dengan lebar.

"Hei,apasal kau jalan laju-laju tadi.Lepastu muka pun masam mencuka jer aku tengok." Soal Amira kawan baik Aqilah.

"Takde apa-apalah." Balas Aqilah dengan lembut.

Peliklah si Aqilah ni,dia kalau dengan orang lain,suara dia punya lembut tapi kalau dengan Ryan suara macam singa betina yang garang.

"Ish..Kau ingat aku baru satu hari ke kenal dengan kau.Aku tahulah reaksi muka kau bila kau marah,sedih and gembira.Kau janganlah tipu aku.Kau gaduh dengan Ryan kan?"Kata Amira pula sambil menunding jari telunjuknya ke muka Aqilah yang cun meletop itu.

"Gaduh?Kau ni kan Mira,blur sangat.Aku nak tanya kau,sejak bila pulak aku berbaik dengan Ryan a.k.a mamat poyo tu?Kau tahu kan aku dengan dia tak sebulu.So,mestilah aku selalu bergaduh dengan dia." ujar Aqilah.

"Ish...Kau ni peliklah Qila.Ryan tu punya bapak hensem kau boleh buat tak layan.Kalau mak aku kahwinkan aku dengan dia,memang dah lama aku terima tau.And one more thing,aku yakin yang parents kau tahu apa yang terbaik untuk anak diorang So,korang berdua belajarlah terima diri masing-masing."Nasihat Amira kepada bestfriendnya.

"Kau cakap memang senanglah.Yang tanggungnya aku bukan kau.Kau mana tahu perasaan aku macam mana."Kata Aqilah masih dengan sikap degilnya.

"Tapi tak salahkan kalau korang cuba perbaiki hubungan korang.Manalah tahu korang boleh terjatuh cinta nanti." Ujar Amira masih tidak mengalah.

"What?Aku jatuh cinta dengan mamat poyo tu?Memang sampai bila-bila pun perkara tu takkan jadi.Never and ever." Kata Aqilah dengan yakin.

"Dahlah.Jom kita masuk kelas.Kalau aku layan kau sampai sudah pun tak habis." Ujar Amira sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat sikap Aqilah yang degil itu.

"Jom." Balas Aqilah lalu menarik tangan Amira supaya mengikutinya.

Pegang tangan aku punya kuat.Macamlah aku nak lari.Gumam hati Amira.

Kenapa Aku??!Where stories live. Discover now