Bab 22

307 12 0
                                    

Tengku Aqilah baru sahaja selesai solat Subuh.Dia kemudian menyangkut telekungnya.Setelah itu dia bangun dan melangkah keluar dari biliknya.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah menuju ke tingkat bawah,matanya tertumpu ke arah pintu bilik Ryan yang masih tertutup rapat.

Agak-agak bangun ke tidak lagi mamat sengal ni?Aqilah berteka-teki di dalam hati.Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke bilik Ryan.Niatnya untuk menyediakan sarapan pagi terbantut apabila teringat akan bahan yang perlu dimasak masih tiada.Dia perlu mengejutkan Ryan untuk ke pasaraya terlebih dahulu.

Bukan dia tidak boleh nak pergi sendiri.Tetapi Ryan dah janji semalam untuk pergi bersamanya.Jadi janji perlu ditepati.Nanti boleh pau sikit duit mamat sengal tu.Barang make up aku pun memang dah nak habis ni.Sempat Aqilah tersenyum jahat sebelum tangannya mengetuk pintu bilik Ryan.

"Awak...Awak..Bangunla..Aw.." Belum sempat Aqilah menghabiskan ayatnya,Ryan sudah menjengulkan kepalanya sambil menayang muka frustnya.

"Saya bangunla ni." Balas Ryan acuh tak acuh.Bukan Aqilah tak faham dengan perangai Ryan.Pantang kalau orang mengganggu waktu tidurnya.Mulalah nak menyinga.Dia masih ingat lagi sewaktu dia mula-mula kejutkan Ryan untuk bangun solat Subuh.Habis aqilah ditengkingnya.Ni entah solat ke tidak ni.Dia pun tak pasti.

"Awak dah solat ke belum?" Tanya Aqilah sambil melangkah masuk ke dalam bilik Ryan.Panas hatinya apabila Ryan dengan slumbernya menyambung tidurnya semula di sofa.Pertanyaan Aqilah juga dibiarkan sepi tak berjawab.

"Awak, tadi kata nak bangun.Ni kenapa tidur balik ni?" Aqilah menggoncang tangan Ryan.Ryan hanya nendengus kasar kemudian mengalihkan badannya membelakangkan Aqilah.

"Bangunla Ryan.." Balas Aqilah sedikit keras.

"Nak bangun awal-awal buat apa?" Tanya Ryan dengan wajah cuak.

"Awak janji semalam nak beli barang dapur.Kan awak suruh saya masak.Tapi satu apa pun tak ada.Nak buat breakfast pun tak bolehla..." Aqilah tampak sedikit memaksa.

"Mana supermarket buka pagi-pagi buta macam ni Qila sayang. " Sengaja perkataan sayang ditekan.Berubah terus muka Aqilah nendengarnya.Meremang bulu hidung dibuatnya.

"Okeyla..Tapi awak tak breakfast ke?"

"La..Kan tadi awak kata tak ada apa dekat dapur tu.Awak nak masak apa dekat saya.Kuali tambah sudu goreng ke?Kita breakfast dekat luarla kejap lagi." Ambik kau Qila.Lain kali nak tanya soalan tu fikir dulu.Kenapa soalan bodoh macam tu juga yang kau tanya.

"Okey.Saya keluar dululah." Aqilah melangkah keluar dari bilik Ryan.

Ryan yang melihat isterinya sudah mula keluar dari biliknya pantas bangun dan duduk di atas sofa.Ryan memang sengaja malas mahu melayan Aqilah.Rajuk di hatinya masih belum sembuh sepenuhnya.Tapi,akhirnya dia tewas juga dengan keletah comel Aqilah. Walaupun Aqilah sering bercakap kasar dengan dirinya,Tetapi itu tetap tidak mampu menghalang Ryan daripada jatuh cinta kepada wanita itu.Apa sahaja yang dklakukan Aqilah pasti nampak indah di matanya.Nama pun gila bayang nak buat macam mana?

*******************************************

"Qila..Cepatla sikit."Laung Ryan dari bawah.Inilah padahnya kalau tunggu orang perempuan bersiap.Lambat!

Tadi dia yang beria-ia sangat.Sekarang ni dia pulak yang lambat.Ngomel Ryan dalam hati.

Aqilah yang mendengar laungan Ryan itu terkocoh-kocoh turun dari tangga.Naik semput dibuatnya.Itulah,lain kali kalau dah tau nak buat rumah banyak tingkat sediakanlah lift,ini tak.Nak jugak suruh aku buat marathon.Nasib baik aku ni pernah jadi athlete dekat sekolah dulu,kalau tak memang berulatla Ryan tunggu aku kat vawah.Sempat lagi nak up tu..

" Dah..Jom."Balas Ryan apabila melihat Aqilah sudah terpacak di hadapannya sambil menayang gigi putihnya.Nak coverla tu.Dah tau diri tu salah.

Masuk sahaja ke dalam kereta Lexus milik Ryan,terus sahaja Aqilah mendapat tazkirah free dari suami tercinta.

"Next time kalau dah tau nak bersiap tu lambat.Cupa siap awal sikit.Ini tak sempat lagi nak mengular kat atas."

"Ala..Bukan sengaja.Saya tertidurla.Awak tu bukan nak tolong kejutkan. " Aqilah cuba membela dirinya dengan mencari kesalahan Ryan.

"Bukan tak nak kejut,yela awak taula bila pagi tadi ada orang tu semangat sangat ajak saya keluar.Ingatkan dah lama siap.Rupa-rupanya masih buat tahi mata lagi kat atas. "Kali ini Ryan membalas dengan memerli Aqilah.

Apa lagi?Makan dalamla kawan.Macam tak tau perangai anak manja ni.Sudahnya Aqilah menunjukkan protesnya dengan hanya membuang pandang ke luar tingkap tanpa menunjukkan sebarang minat untuk membalas kata-kata Ryan.

Ryan hanya melihat Aqilah sambil tersenyum penuh makna.Sejak kejadian semalam Ryan sudah mempunyai plan baru.Dan dia akan pastikan Aqilah turut dengan kata-katanya.

Sesampai sahaja mereka di pasaraya mydin pantas Aqilah menonong masuk tanpa menoleh ke belakang.Ryan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai kebudak-budakan Aqilah.Tetapi dia sebenarnya agak terhibur apabila Aqilah berkelakuan sebegitu.

" Awak nak masak apa?"Soalan Ryan mematikan suasana sunyi yang menyelubungi diri mereka sedari tadi.

"Anything.Nanti saya fikirla.." Balas Aqilah dengan muka yang masam.

"Kalau awak baru nak fikir nanti.Macam mana nak beli barang?"

"Beli je la banyak-banyak lepas tu nanti saya fikirla nak masak apa dengan barang-barang tu semua."

"Mentang-mentangla guna duit saya.Awak nak boros je kan?" Walaupun Ryan hanya sekadar bergurau,tapi ayat itu seakan menghiris hati Aqilah.Pantas matanya nerenung tajam ke arah Ryan.

"Fine!Kalau awak rasa saya ni nak membazir.Tak payah bawak saya datang sini.Awak datang sini sorang-sorang then beli apa yang awak rasa nak beli.Lepas tu awak pass semua barang-barang tu dekat saya dan saya akan masak apa je yang awak nak.Puas?" Kali ini Aqilah nampak betul-betul marah.Dia mengetap bibirnya kuat menahan marah yang kian meluap.

"Hey,come on!Kenapa nak marah sangat ni." Ryan menarik tangan Aqilah ke dalam genggamannya.

"Awak tu cakap macam saya nak sangat duit awak.Awak ingat saya tak ada duit ke huh?"

"I'm just kidding."

"And you think it's so funny?" Balas Aqilah dengan nada yang cukup menjengkelkan.

Ryan kemudian meraup rambutnya.Nampaknya kali ini dia benar-benar telah menghancurkan mood isterinya. Akibatnya sampai ke rumah Aqilah enggan bersuara walau sepatah dengannya.

Kenapa Aku??!Where stories live. Discover now