💜
× × × × × × ×
DIA mengatur langkah menuju ke ruangan dapur. Telefon pintar diletakkan di atas kaunter bar. Kemudian dia melangkah ke arah kabinet. Muk cawan dikeluarkan dan dia membasuhnya.“Kata nak balik pagi. Sekarang ni dah petang. Apa cerita?” Suara lelaki itu memenuhi ruang dapur itu.
“Memang aku dah bersiap nak balik tadi. Tapi mama kata Uncle Han tak ada dekat rumah. Aku pun duduklah dekat sini lama sikit. Boleh juga aku luangkan masa dengan mama,” jawab suara lain yang datangnya dari telefon pintar itu. Rupanya dia sedang bercakap dengan Taehyung melalui panggilan telefon.
“Patutlah. Kalau orang tua tu ada, buat sakit telinga kau saja dengar sindiran dia,” balas lelaki itu. Dia capai balang kaca yang berisi serbuk nescafe. Dua sudu kecil serbuk nescafe tersebut dimasukkan ke dalam muk cawan.
“Kau telefon aku ni sebab rindukan aku ke?” Taehyung menyoal di sana.
Mendengar akan omongan Taehyung itu, dia terus membuat gaya ingin muntah.
“Uwerk! Loya tekak aku dengar kata-kata kau. Aku cuma tanya sebab kau cakap kau nak balik pagi. Tapi bila aku bangun pagi tadi, batang hidung kau pun aku tak nampak,” katanya. Muk cawan dibawa ke mesin coway. Air panas ditadah.
Kedengaran tawa halus di sana.
“Maaf. Aku tak beritahu kau. Kau dah makan?”
Dia tersenyum nipis. Agak tersentuh dengan keprihatinan Taehyung itu.
“Dah. Ni kau dalam perjalanan balik?”
Setelah selesai membancuh minuman, dia melangkah ke kaunter bar.
“Haah. Tapi aku nak singgah rumah kawan kejap. Nak hantar makanan. Kau jangan keluar dulu. Tunggu aku balik sebab mama ada buat kan kuih.”
Punggung dilabuhkan di atas kerusi.
“Hari ni aku tak keluar. Nak rehat. Baik. Aku tunggu kau. Cepat sikit! Aku tak sabar nak makan kuih buatan mama,” katanya dengan nada teruja.
“Balik lewat lah tu semalam. Kau memang suka buat mama susah hati.”
“Aku cuma nak menikmati masa muda aku. Lagipun aku tak buat benda bukan-bukan. Kau jangan risau. Percaya aku,” kata dia dan memberi jaminan kepada Taehyung yang dia boleh dipercayai.
Kedengaran tawa yang seakan mengejek menyapa halwa telinga dia.
“Maaf. Aku tak percaya kau, Hwan.”
Hwan tertawa halus. Tak hairan pun kalau Taehyung tidak mempercayainya.
“Okey lah. Jumpa dekat rumah.”
YOU ARE READING
16 〖 DIBUKUKAN 〗 OUR LOVE STORY | 김태형
FanficRated : 15+ Soft romance + cliche story! Tiga kisah cinta yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Iaitu mencari kebahagiaan. +++ Written by : theflwrsyha Cover by : theflwrsyha / crushao Start : 16 Ogos 2022 End : Copyright © ° theflwrsyh...