💜
× × × × × × ×
"WHAT do you want from me?" soal Sarang.
Taehyung memandang Sarang tanpa riak.
"What I want is Yoo Sarang." balas Taehyung bersahaja.
"Aku serius Taehyung. Ada apa nak jumpa aku ni?" soal Sarang.
"Kau ni lupa ingatan ke apa? Semalam kan aku dah cakap dekat kau yang aku nak tanya macam-macam perkara dekat kau. Dan juga soal hutang tu."
"Tapi kau sendiri suruh aku tetapkan hari yang aku tak sibuk. Masalah hari ni aku sibuk. Banyak kerja dekat butik. Apa cerita?" marah Sarang.
"Aku dah cakap dekat Seungah yang aku nak jumpa kau. Ada perkara perlu di selesaikan pada hari ini juga. Aku tak boleh tunggu Sarang," kata Taehyung.
"Haa macam mana kau kenal Kak Seungah? Kalau dia bukan teman wanita kau, habis dia siapa?" soal Sarang.
"Satu lagi macam mana kau tahu aku kerja dekat butik Kak Seungah?"
Taehyung mendecit. Tak sangka dia berkawan dengan perempuan mulut murai.
"Aku dan Seungah adalah mangsa perkahwinan aturan keluarga kami. Kami jumpa kelmarin untuk bincang soal tu. Dan pada hari tu juga aku jumpa kau," cerita Taehyung. Sarang mengangguk kepala. Baru dia faham.
"Oh. Jadi kau dan dia akan berkahwin?" soal Sarang, ingin kepastian.
"Tak. Aku nak berkahwin dengan orang yang aku cinta. Orang yang tak ada kaitan dengan Uncle Han." Mudah Taehyung menjawab. Sarang angguk kepala lagi. Entah kenapa dia rasa lega apabila mendengar jawapan Taehyung itu.
"Untuk soalan kedua kau. Aku ada upah orang untuk cari kau dan aku dapat maklumat sikit tentang kau. Kau pindah Seoul selepas sebulan kematian appa kau. Dan kau diterima bekerja di butik Seungah selepas kau tamat pengajian dalam bidang fesyen. Masa jumpa Seungah, aku tanya tentang kau. Aku dah cakap dekat dia siapa kau pada aku. Jadi, fikirlah sendiri."
Taehyung toleh kepala ke arah Sarang. Gadis itu kelihatan memikirkan sesuatu.
"Kenapa kau pindah?" soal Taehyung.
"Aku dapat tawaran belajar dekat universiti dekat sini. Mulanya aku nak tolak sebab kekangan wang. Tapi appa dan eomma berkeras juga suruh aku terima. Appa bekerja cari duit. Siang dan malam sebab nak bayar yuran tu. Dan, sebabkan itu juga appa kemalangan masa nak balik dari tempat kerja."
"Aku rasa down selepas tu. Rasa bersalah sangat. Aku tak nak sambung belajar sebab aku fikir kerana itulah appa pergi buat selama-lamanya. Tapi eomma halang. Dia suruh aku teruskan sebab apa yang appa buat ni untuk kesenangan kami kelak. Appa nak aku belajar sampai tamat. Dapat kerja, kumpul duit dan ubah keluarga. Nak tak nak aku teruskan juga. Aku tak nak sia-siakan pengorbanan appa bekerja keras sebab nakkan aku belajar ke peringkat yang lebih tinggi."
YOU ARE READING
16 〖 DIBUKUKAN 〗 OUR LOVE STORY | 김태형
FanfictionRated : 15+ Soft romance + cliche story! Tiga kisah cinta yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Iaitu mencari kebahagiaan. +++ Written by : theflwrsyha Cover by : theflwrsyha / crushao Start : 16 Ogos 2022 End : Copyright © ° theflwrsyh...