𝐛𝐚𝐛 2

25.2K 2.1K 163
                                    

Akania mara memeluk ibunya. Erat tak mahu lepas. Bibir mencium bahu sang ibu sambil mata dipejam. Air matanya perlahan jatuh.

"Halalkan makan minum Kania, ibu. Maafkan Kania jika Kania ada silap dengan ibu." Sebak suara Akania bersuara di telinga Kayzania.

Kayzania ikut sebak. Matanya sudah sedia berair. Menerima hakikat bahawa anak gadisnya bukan lagi di bawah tanggungjwabnya dan bukan lagi seorang gadis yang hidup seorang diri.

"Awak tak pernah ada silap dengan ibu. Awak anak yang baik dan solehah. Sejuk hati ibu kerana ibu berjaya besarkan anak gadis yang hanya pentingkan agama dalam hidup."

"Jadi isteri yang baik dan solehah, nak. Ingat kata ibu semalam. Jangan pernah membuat suami marah dan memendam rasa sakit pada awak. Jika awak sedar akan kesilapan awak, cepat-cepat minta maaf pada suami,"

Kayzania mengusap belakang badan Akania yang sedikit bergetar. Dapat dia dengari tangisan kecil anak gadisnya.

"Ibu tahu awak akan jadi isteri yang taat pada suami. Jika ada masalah, berbincanglah. Jangan ada cerai-berai. Sesungguhnya itu adalah perkara yang dibenci Allah, sayang."

Akania menggangguk. Memeluk ibunya lebih erat. Hatinya berat untuk meninggalkan ibunya.

"Akania tak mungkin lupa kata ibu semalam."

Kayzania senyum manis. Mengucup pipi anak gadisnya penuh sayang.

Sedangkan Ameer di belakang isterinya. Berhadapan dengan ayah isterinya. Jejaka itu menunduk mendengar bicara tulus ayah mertua.

"Ayah harap Ameer bisa jaga Akania seperti nyawa sendiri. Akania satu-satunya puteri ayah dan ibu. Jangan Ameer sakiti dia. Akania gadis yang baik dan agamanya cukup terdidik. Jika dia ada kesalahan, tegurlah. Jangan pernah angkat tangan kepadanya,"

Ameer tekun mendengar. Memandang wajah tua sayup itu.

"Tetapi, jika Ameer sudah tidak lagi menyukainya, hantarlah Akania kembali pada kami. Akan kami jaganya lebih baik dari Ameer. Tolong, jangan pernah sakiti puteri ayah."

Arkan menunduk sembari menekan ibu dan jari telunjuk ke mata. Menahan air mata dari jatuh.

Hati tuanya sangat sedih untuk tinggalkan anak gadisnya pada jejaka yang sudah mutlak ke atas anak gadisnya.

Ameer senyum dengan mata berkaca. Tubuh ayah mertuanya dipeluknya.

"Jika ayah tak mengatakannya pun Ameer akan tetap menjaga puteri ayah seperti nyawa Ameer."

Arkan senyum nipis. Belakang badan Ameer ditepuknya perlahan.

"Ayah harap begitu."

AKANIA DIAM DUDUK di bangku meja solek. Merenung dirinya yang berpakaian busana putih susu jubah moden. Bertudung putih bawal labuh. Menambahkan veil yang sudah sedia cantik busananya. Mahkota kecil bercorak bunga dan bunga tangan.

Tidak percaya dirinya sudah menjadi seorang isteri.

Bisakah dia menjadi sosok isteri yang baik?

Berkali-kali hal itu berlegar di dalam kepalanya.

Akania menunduk melihat jemarinya yang bercorak inai lalu tertacap ke cincin bertakhtakan permata di jari manis. Biasa tapi amat cantik di matanya.

Akania mengusap cincin itu dengan dada berdebar. Apatah lagi malam ini malam pertama. Apa yang harus dia buat?

Krekk!

Akania tersentak. Kontan dia mengangkat kepala untuk melihat siapa yang masuk ke dalam kamar tidurnya.

"Assalamualaikum."

𝐃𝐢𝐚, 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞Where stories live. Discover now