Selesai mengaminkan doa, Ameer berbalik untuk mereka bersalam. Akania segera mengucup tangan suaminya. Sesaat dia terasa kepalanya disentuh.
Kemudian, mereka saling duduk berhadapan.
Akania menunduk. Malu direnung suaminya.
"Qif..."
Baru saja Ameer hendak habiskan ayat, Akania sudah memotong.
"Maaf, abang. Saya masih malu."
Mendengar itu, Ameer tersenyum. Jejaka itu menunduk sambil mengusap tepi bibirnya.
Ameer kemudian merapatkan kedudukan mereka. Kedua tangan isterinya dicapai lalu digenggam lembut.
"Qif..." Ameer jeda. Melihat dalam wajah merah isterinya.
"Kenapa nak minta maaf? Abang untung dapat isteri seperti Qif. Dapat isteri yang pemalu dengan ajnabi dan juga suaminya." Lanjut Ameer bersuara gemerisik. Cukup hanya mereka berdua dengar.
Akania diam. Masih tak mengangkat kepala.
"Qif, dengar."
Ameer tarik lembut dagu si isteri untuk menatapnya. Secara langsung mata mereka bertembung. Bergerak bebola mata mereka.
Ameer usap lembut bawah bibir isterinya lalu naik ke pipi. Dielus.
"Abang lagi suka perempuan seperti Qif. Yang tahu malu dengan lelaki yang bukan mahramnya. Akhlaknya lagi sempurna dari abang tapi kita sama-sama tak sempurna, Qif. Abang untung dapat isteri yang telah meringankan beban abang."
"Abang tak kisah pun Qif nak malu dengan abang sebab itu pilihan Qif. Abang tahu satu hari nanti perasaan malu itu akan hanya untuk lelaki di luar sana. Bukan abang lagi. Tak ada guna pun abang marah. Abang lagi suka, Qif."
Akania senyum manis. Tangan suaminya dibawa turun lalu dibalas genggaman suaminya.
"Maafkan Qif jika Qif kecewakan abang. Qif tak ada niat." Lembut nada gadis itu memohon maaf.
Ameer menggeleng.
"Tak perlu minta maaf. Qif tak buat salah apa-apa pun, sayang."
"Qif akan mencintai dan menyayangi abang seperti nyawa Qif. Qif akan melayan abang seperti raja."
"No, sayang. Abang tak nak isteri abang seperti seorang hamba." Balasan Ameer mengundang tawa kecil Akania.
Ameer terpegun seketika melihat tawa itu. Terlihat lebih jelita! Lekuknya di pipi jelas terlihat.
"Bukan, abang. Bukan itu maksud Qif. Seorang isteri kan tanggungjawabnya melayan suami? Apa salahnya jika Qif layan abang seperti raja?"
Ameer senyum kacak. Kekura jari isterinya dikucup lembut.
"Dan apa salahnya kalau abang layan isteri abang seperti ratu kan?"
Pasangan itu saling melepaskan ketawa. Ameer mara memeluk Akania. Mengusap kepala Akania lembut.
Baru saja bersama tapi hatinya sudah ditakluki gadis bernama Akania Mayis Qiftah.
SEMINGGU BERLALU, PASANGAN itu hidup seperti biasa. Seperti suami isteri di luar sana. Mereka berjaya menciptakan suasana hangat tanpa rasa kekok lagi.
Tapi sedikit Akania masih malu dengan suaminya. Almaklumlah belum terbiasa lagi. Tambahan pula mereka sudah duduk di rumah milik Ameer. Rumah yang kadang diduduki kerana sibuk asyik menjelang.
Tiadalah besar mana. Hanya sebuah rumah yang bertingkat dua tapi cukup nyaman untuk Akania menjadi suri rumah sepenuh masa.
Jika dulu rumah itu sunyi, sekarang rumah itu sudah mempunyai seri. Siapa lagi jika bukan gadis kegemaran?
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐃𝐢𝐚, 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞
Romance𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 Ketika masa sudah berubah Ketika Tuhan sudah memperbaiki segalanya Ketika dosa berat yang dilakukan sudah terampuni Ketika semuanya kembali seperti sediakala Ketika Tuhan mengatakan bahaw...
