Bab 2

28 1 0
                                    

" Pada akhirnya, kita hidup dengan sifatnya kerana wajahnya yang licin akan tergaris kedutan di lanjut usia."

Mata Ajwad dari tadi berulang-alik dari dua jenama minuman soya yang terletak sebelah-menyebelah. Dua tin air soya jenama Yeos boleh dibeli dengan RM2. Kemudian, dia memandang air soya jenama Season. Tiada promosi.

Dia mendapat satu akal.

Dia mengambil satu tin air soya jenama Yeos dan satu tin air soya jenama Season. Dia keluar dari bahagian minuman dan menapak menuju ke kaunter pembayaran. Tetapi, sebelum itu, dia memilih dengan siapa dia mahu berurusan transaksi. Matanya melilau mencari seorang gadis yang bertubuh gempal, rendah dan memiliki kulit sawo matang.

Yakin dengan kelibat yang matanya lihat, dia melangkah ke kaunter lima, kaunter yang dekat dengan bahagian lauk basah. Kaunter lain ada yang kurang orang beratur untuk membayar, tetapi dia tetap mahu membayar dengan gadis ini.

Matanya tidak lepas memandang gadis itu. Sibuk sekali dia. Matanya sedikit sembab, mukanya kelihatan penat sekali. Mungkin tidak cukup rehat. Tangannya ligat mengimbas kod bar barang dan memasukkan barang pelanggan ke dalam beg plastik atau beg serbaguna pelanggan itu sendiri.

Suka Ajwad melihat gadis pujaannya itu. Walaupun kelihatan penat, dia tetap ramah dalam menyantuni pelanggan. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dengan gelak tawanya yang tidak terlalu berlebihan, bila dipuji tersipu-sipu malu merendah diri. Warga tua juga menyenanginya.

" Makcik, tunggu dulu. Sini, saya nak lapis dua plastik barang makcik yang ini. Berat ni. Risau tangkai beg plastik tu putus.", gadis itu meminta kembali beg plastik yang sarat dengan botol kaca sos cili. Salah satu lengannya tersarung beg plastik yang telah dibuka.

Pelanggan wanita tua yang umurnya mungkin lewat 50-an tersenyum dan menyerahkan kembali beg plastik yang diminta gadis itu. Gadis itu menyambut huluran beg plastik tersebut dan segera memasukkan beg plastik tersebut ke dalam satu lagi beg plastik kosong. Setelah berpuas hati, dia menyerahkan kembali kepada tuan empunya barang.

Kini, tiba giliran Ajwad.

Dia membayar dua tin air soya berlainan jenama pada gadis tersebut.

" Semua sekali RM2.30.", gadis itu bersuara jelas.

Ajwad mengeluarkan duit dari poket seluarnya. Yang dia dapati hanya RM2.20. Dia terkial-kial menyeluk semua poket seluar jeans nya.

"Alamak, saya tak cukup sepuluh sen la. Boleh tunggu kejap ke? Saya lari ambik duit dekat kereta. Kereta depan tu je.", Ajwad cuba berunding dengan gadis itu.

" Eh, tak pe encik. Saya ada lebih sepuluh sen. Saya bayarkan.", kata gadis itu. Dia mengambil sepuluh sen yang berada di atas kaunternya. Mungkin duit lebih pelanggan lain yang tak mahu ambik baki.

" Tak pe ke?"

" Tak pe encik. Encik boleh ambik air ni. Dah siap bayar dah."

Ajwad hanya tersenyum. Hal lain yang dia mahu buat, tapi hal lain yang jadi. Tapi, baginya situasi ini lebih menguntungkan dia untuk berinteraksi lebih dengan gadis pujaannya.

Ok, ini waktu dia mahu beraksi.

Dia sengaja berjalan keluar dari kaunter beberapa langkah sebelum undur semula.

"But wait, saya rasa air ni ada promosi. Dua tin dapat RM2?", Ajwad memulakan lakonan.

" Oh, maaf encik. Air soya encik pegang tu lain brand. Air soya Yeos sahaja yang ada promosi. Itu ada air Season sekali.", kata gadis itu lancar dan dengan tenang.

"Hmm.. saya tak minum jenama Season. Tak berbaloi pulak nak tukar sebab saya nak cepat. Saya bagi awak je lah air ni.", Ajwad meletakkan air soya jenama Season di atas kaunter gadis itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NADI, SAMBUT CINTAKUWhere stories live. Discover now