笑顔を与えてくれた
(You gave me a smile)(𝓐𝓲𝓭𝓮𝓮𝓭-𝓢𝓪𝓶𝓪)
Day 3: Tunang.
Sebuah hutan yang dipenuhi dengan bunga-bungaan itu dihiasi oleh cuaca yang redup pada waktu petang. Lebah-lebah berterbangan dan berkejar-kejaran untuk mencari makanan khasnya iaitu madu di sana.
Kepala Annasya tersembul keluar dari celahan semak beratus-ratus bunga. Dia menghela nafas. Bunga yang dia cari masih belum jumpa lagi.
Annasya bangun. Dia masih tidak berputus-asa mencari. Kiri kanan dia pandang. Mata asyik terus saja memperhatikan sasarannya. Setiap bunga diselak dan dibelek-beleknya teliti. Annasya menunduk kecewa. Usahanya gagal.
Langkahnya maju ke hadapan sebelum Annasya ternampak sebuah bunga yang sudah lama diidamkannya.
"Kyaaaa ~ Dah jumpa!" riang Annasya terus saja menghampiri di mana terletaknya bunga itu berada.
"Bunga Primrose! Bunga yang paling cantik dalam hutan ni huehehehe... warna pink pula tu! Eyyy cantik!"
Annasya terus saja memetik bunga tersebut lalu menyelitkannya di celahan telinga.
"Now I feel so cute and pretty~ Pretty in pink!
Rawrr!" Annasya mula berangan-angan."Nak tunjuk dekat Aideed-sama lah!" kata Annasya dengan perasaan tidak sabarnya lalu segera berlari meninggalkan hutan yang dipenuhi oleh bunga-bungaan itu.
YOU ARE READING
𝗔𝗶𝗱𝗲𝗲𝗱-𝗦𝗮𝗺𝗮
Fanfiction↳ *𝑨𝒔𝒊𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔* ༉‧₊˚✧ | HE'S A VILLAGE GUY, SHE'S A CITY GIRL | Bubble di dalam. "𝗔𝗶𝗱𝗲𝗲𝗱-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗻𝗮! 𝗔𝗶𝗱𝗲𝗲𝗱-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝘄𝗮. 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗮! 𝗛𝗺𝗽𝗵𝗵𝗵!" "𝗔𝗶𝗱...