My Perfect Husband
[ BELUM REVISI ]Di malam hari yang indah, seorang gadis melangkah masuk ke dalam rumah agam itu setelah pintu itu dibuka dan gadis itu adalah Amyra, Amyra baru sahaja balik dari rumah kawannya kerana ia ada kerja sekolah yang harus di selesaikan dalam perkumpulan.
Setelah mengunci pintu, Amyra melangkah menuju kearah dapur kerana ia ingin membasahkan tekaknya yang sudah mulai kering.
Ketika dia sedang menuang kan air kedalam gelas tiba tiba satu suara datang menyapai nya."Ayn? Baru balik ke?" Sergah Aymran, Abang kepada Amyra secara tiba-tiba tanpa bagi salam. Amyra yang baru sahaja menutup botol yang berisi air sejuk itu menoleh kearah abang nya."Eh abang, terkejut Ayn.." Ujar Amyra seraya mengurut-urut dada nya yang sakit akibat atas sergahan Aymran yang secara tiba-tiba itu.
Mohamad Aymran Darfez ialah anak sulung di keluarga Ghazalie, ia juga merupakan abang kepada Amyra.
Aymran menggaru belakang lehernya sembari tersengih macam kerang busuk. "Hehe maaflah abang tak sengaja..ni tadi balik ngan sape?" Soal Aymran lagi sekali. "Ohh tadi Ayn balik ngan Feeya, ha abang dia tolong hantar kan Ayn sampai rumah." Ujar Amyra, dia membilas gelas yang baru sahaja ia guna tadi dan simpan di laci cabinet.
"Oh..ok la kalau macam tu..ni dah solat maghrib belum ni?"
"Dah tadi kat rumah Feeya." Jawab Amyra sembari menatap lekat muka abang nya.
"Ah kalau macam tu Ayn naik, pergi bersih kan diri dulu pastu turun makan tadi Ummie ada masak sambal masak sotong, jangan lambat pula." Ujar Aymran sembari melangkah menuju kearah ruang tamu.
"Oh okok..ni Ummi ngan habbi mana?" Soal Amyra pelik, kerana sedari tadi ia tidak melihat batang hidung kedua orang tuanya.
"Dorang pergi rumah kawan habbi jap tu yg takde tu tapi maybe kejap lagi dorang balik kot." Ujar Aymran tanpa memandang kearah Amyra.
Amyra hanya mengangguk-angguk kan kepalanya. "Ok la Ayn naik dulu." Setelah berkata demikian Amyra pun mula menaiki tangga dan menuju kearah bilik tidurnya.
Ceklek!
Amyra melangkah masuk kedalam biliknya lalu dia kembali menutup pintu biliknya, Gadis itu meletakkan bag galasnya di atas meja belajarnya lalu Amyra mencapai tuala mandinya yang tergantung elok di ampaian lalu dia pun mula melangkah masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
15 minit berlalu, Amyra pun sudah selesai dari mandi nya. Dia melangkah keluar dari bilik air, setelah itu Amyra mencapai jubah tidurnya di atas katil lalu mula menyarungkan jubah itu ketubuh nya. Selesai sahaja memakai baju Amyra mula menyarungkan tuduh sarung nya yang labuh berwarna biru gelap itu ke kepala nya.
Selepas memakai baju, Amyra melangkah keluar dari biliknya dan turun untuk menemui abang nya.
Amyra menuruni anak tangga lalu dia melangkah menuju kearah dapur untuk mengisi perutnya yang sudah kosong. diambilnya satu pinggan dan ia mula mengkaut nasi putih keatas pinggan kaca putih itu lalu ia mengkaut lauk sambal sotong buatan Ummie nya kedalam pinggan tersebut. lalu gadis bertudung labuh berwarna navy blue itu melangkah menuju kearah meja makan.Usai menyuci pinggan yang telah dia gunakan tadi, Amyra pun mula melangkah menuju kearah ruang tamu untuk menemui abangnya yang sedang sibuk menonton tv. "Abang, kenapa ummie dengan habbi tak balik lagi?" Soal Amyra seraya mendarat kan punggung nye di sofa yang panjang kerana sofa single itu sudah diduduki oleh abang nya yang sedang kusyuk menonton televisyen.
Dilirik sekilas jam di dinding."Entah lah abang pun tak tahu..maybe ummie dengan habbi balik lewat sikit kot..alah jangan lah risau sangat kejap lagi dorang balik lah tu." Ujar Aymran yang masih focus menonton televisyen yang menayangkan drama cina yang bertajuk 'dance of the sky'.
YOU ARE READING
DIA KIRIMAN DARI ALLAH | ON GOING
RandomMenikah di usia yang terlalu muda? tentu sahaja hal itu tersangat mengejut kan bagi seorang gadis remaja yang baru sahaja berumur 15 tahun. "Abang, jom beli bunga nak?untuk hiaskan dalam halaman rumah kita tu."-Nurul Amyra Aynissa. "Hey buat apa sus...