"AMACAM? Best tak beb lauk tadi?" soal Nurul selepas menutup semula pintu kereta.
"Kau tadi, nampak tak aku makan macam mana? Habis semua lauk yang ada dalam pinggan aku tadi kan?" jawab Awra Firdaus seraya melabuhkan duduk di bangku batu tepi rumah.
Nurul ketawa kecil. Bukan dia tidak perasan ketika makan tadi. Awra begitu teliti memilih makanan dan merasai setiap lauk yang diambil. Faham benar dengan perangai Awra. Gadis itu cukup cerewet tentang makanan. Sehinggakan sahabat yang mengenali dirinya, suka membawa Awra untuk mencuba suatu menu baru. Masing-masing percaya pada pendapat yang akan diberi oleh Awra tentang suatu jenis makanan yang dicuba.
"Tu la fasal. Bukan main sedap lagi aku tengok kau makan. Makan bukan main banyak lagi. Tapi badan kau, macam ni jugak aku tengok. Naik tidak, turun pun tidak. Maintain aje." omel Nurul tentang tubuh sahabatnya itu yang masih tidak banyak berubah.
"Sedap, aku makanlah. Tak sedap, alamat jadi sahabat 'Encik Syai' lah aku malam ni. Kalau dapat tahu Mejar Bersara Abdul Shukor, memang aku kena makan dengan pinggan-pinggan sekali." jawab Awra sambil membuka kerongsang pada tudung. Ayat yang terakhir itu disebut dalam nada paling perlahan. Risau didengari oleh abahnya.
Dia faham benar dengan konsep abahnya itu yang tidak gemar ada di antara ahli keluarga mereka yang suka membazir. Terutamanya makanan. Ketegasan abahnya itu membuatkan mereka sekeluarga sentiasa belajar agar tidak membazir dalam apa jua perkara sekalipun.
Nurul sudah mengekek ketawa. Lucu melihat sahabatnya itu seperti berbisik dengannya. Bukan dia tidak faham Awra dan adik-beradiknya yang lain. Sejak kecil sudah diasuh dengan ketegasan dan disiplin yang tinggi kerana abah mereka seorang tentera. Semua takut dengan bekas tentera itu. Hanya Awra sahaja yang begitu berani untuk membantah segala perintah. Dan dia jugalah yang paling rapat dengan Shukor.
"Aku tahu kau tu. Kalau tak sedap, muka kau pun mulalah kerut berjuta. Nasib baik tadi makanan dia memang terbaiklah. Mak aku cakap, dia orang guna catering dari KL. Siap dengan waiter lagi tadi." tambah Nurul seperti teringat-ingat lauk kenduri yang dimakan tadi di tekaknya.
"Ia ke? Hmm.., tapi memang best beb. Aku paling suka acar rampai tu. Macam orang dulu-dulu buat. Sekarang ni, dah jarang majlis kahwin nak buat acar tu. Dah lama rasanya aku tak makan yang sedap macam tu beb. Aku rasa dia orang punya team masak orang lamalah. Tu yang semua makanannya sedap-sedap. Kau tahu ajelah catering sekarang macam mana. Kadang-kadang mahal aje. Rasa makanan, tak boleh harap langsung. Hampeh!" komen Awra selamba.
"Betul jugak beb. Tapi tadi aku rasa mesti mahal jugakkan? Clean aje aku tengok barang-barang dia orang. Waiter pun cute-cute. Chef aje aku tak pasti. Tapi ada sorang mamat yang aku nampak selalu tengok dekat bahagian lauk. Muka boleh tahan jugak. Badan dia.., macam teddy bear." tambah Nurul lagi apabila teringat wajah seorang lelaki yang dilihat di majlis Hani dan Hafizi tadi. Berbadan agak tegap. Tetapi mempunyai raut wajah yang cukup menarik apabila tersenyum. Siapa yang memandang pasti mudah tertarik.
"Amboi kau! Sempat lagi nak tilik orang. Entah mamat mana yang kau tengok tadi. Aku rasa ada sorang aje kut yang aku tengok macam mandur dekat bahagian bufet tadi. Muka poyo semacam. Tadi aku ingat baru nak tambah air lagi. Tiba-tiba dia dah suruh budak-budak cute dia tu angkat aku punya gelas. Bengang aje aku tengok." bebel Awra tentang lelaki yang dilihat dimaksudkan. Mungkin orang yang sama disebut oleh Nurul tadi. Cuma pandangan mereka sahaja yang berbeza.
"Mamat poyo tu, mamat macam teddy bear yang aku cakaplah tu. Dia aje yang ada dekat bahagian bufet tadi. Cute kan..," puji Nurul pula.
YOU ARE READING
Awra
RandomCerita sini habis sini. Diharap pembaca boleh hormat karya saya ni seadanya. Jangan copy, jangan cetak. Saya bagi free je baca. Kalau buat juga kerja-kerja tak berfaedah tu, see u in masyar court. Cerita saya tulis pada tahun 2014. Makanya, silal...