Prolog

18 5 1
                                    

Prang!!

Bunyi kaca pecah mengejutkan seorang gadis kecil yang berusia 10 tahun itu.Gadis yang sedang belajar itu terus bergegas ke ruang tamu kerana bunyi bising.

Gadis itu terkejut apabila ayah kandungnya cuba untuk memukul mamanya.Gadis kecil itu terus berlari menghalang perbuatan papanya.

"Kau orang berdua memang menyusahkan aku"tengking Hakim Ziyech.

"Aku menyesal kahwin dengan kau kalau aku dapat tahu aku dapat isteri dan anak yang tak guna macam korang ni"tengking Hakim Ziyech lagi.

"Kalau kau menyesal kahwin dengan aku,ceraikan aku"Mariana Melisa pula menengking.

Gadis kecil berusia 10 tahun itu sudah ketakutan apabila melihat mama dan papanya bertengkar.Gadis itu sedaya upaya menutup telinga supaya tidak dengar pertengkaran itu.

"Kau fikir aku tak tahu ke yang kau curang belakang aku"kata Mariana Melisa pada suaminya dengan nada marah.

Tiada lagi perkataan manja antara pasangan itu.Rasa hormat antara mereka berdua sudah hilang. Langsung tidak memikirkan anak kecil yang sedang ketakutan itu.

"Jadi nampaknya kau dah tau lah ye"sinis Hakim Ziyech berkata.

"Kau jantan paling tak guna aku pernah jumpa.Kau ada anak bini dekat rumah tapi sibuk mengatal dengan perempuan murah dekat luar sana"marah Mariana Melisa.

"Selama ini aku memang tak pernah anggap kau sebagai bini aku dan budak tak guna ni sebagai anak aku.Aku kahwin dengan kau pun sebab mama yang beria nak aku kahwin dengan kau"balas Hakim Ziyech.

Tersentak Mariana Melisa apabila suaminya berkata sedemikian.Air mata sudah mula mengalir.Selama ini adakah kasih yang suaminya bagi hanyalah berpura pura.

"K-Kau memang tak ada hati perut"kata Mariana Melisa dengan hati yang kecewa.

Hakim Ziyech memandang sinis pada dua perempuan yang malang didepannya.Hakim Ziyech menghampiri Mariana Melisa lalu menghentaknya ke dinding dan mencekiknya.

Hakim Ziyech langsung tidak peduli dengan Mariana Melisa yang meminta tolong untuk dillepaskan itu.Gadis kecil yang ketakutan itu mula mengambil botol kaca yang berada di atas meja lalu dibaling ke arah Hakim Ziyech.

Prang!

Kaca itu pecah dan cecair didalam botol itu mula mengalir.Hakim Ziyech yang marah akan tindakan anaknya itu mula menampar kuat muka anaknya hingga terpelanting gadis kecil itu ke dinding.

"Manisha!"jerit Mariana Melisa.

Mariana terus berlari mendekati anaknya yang sudah menangis itu.Hakim Ziyech langsung tiada perasaan bersalah apabila berbuat begitu.

Mariana Melisa bangun menghampiri Hakim Ziyech dengan perasan yang marah.Dia menolak suaminya itu dengan kudrat yang tersisa.

"Kau memang tak guna.Binatang pun sayangkan anak tau.Tapi kau ni lagi teruk daripada binatang"tengking Mariana Melisa.

"Kurang ajar!"Hakim Ziyech menampar pipi Mariana Melisa.

"Mariana Melisa binti Zafrel aku ceraikan kau dengan talak 3"kata Hakim Ziyech lalu beredar dari situ tanpa berpaling.

Mariana Melisa seakan akan tergamam dengan tindakan suaminya itu.Mariana Melisa jatuh terduduk dan mula menangis.Gadis kecil itu memandang mamanya dengan pandangan sayu.

Walaupun dia baru berusia 10 tahun,tetapi dia seakan memahami apa yang terjadi sekelilingnya.Gadis kecil itu menghampiri lalu memeluk mamanya yang sedang menangis itu.

Gadis kecil itu menghampiri lalu memeluk mamanya yang sedang menangis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG]IRISWhere stories live. Discover now