11 | MCR 🌹

20 2 0
                                    

Pada pagi itu keadaan di rumah Hanee sedikit kelam kabut akibat Hanee bangun lambat.

"Oh my god ! baby sayang kenapa tak bangun lagi ni ? Baby tak nak kawin ke ? Ke nak suruh mom ganti you dengan orang lain ? Naya you baby !!" kejut puan Rose dengan suara yang lantang.

Hanee yang masih dalam keadaan mamai itu bangun. Kawin, orang lain, abang Ryan, hari ini ke ?

"Maigod mom why tak kejut baby, baby nak kawin. Baby nak abang Ryan baby. Huwaa. Baby tak jadi kawin dah ke mom ? Abang Ryan lari ke mom ?" Hanee menangis sambil mengelap air matanya yang keluar. Tula Hanee siapa suruh kau tidur lambat semalam. Haa padam muka kau.

"Ya Allah baby, mom dah kejut you dari tadi lagi tau, you jee yang tak nak bangun. Jangan nak salahkan mom pula kalau abang Ryan kamu tu lari. Dah cepat pergi mandi sekarang." Arah puan Rose dengan tegas.

Hanee kalau tak marah and tegur dia di hari yang penting macam ni, mana nak gerak and bangunnya dari tidur tuu. Budak ni, ada-ada jee, macam tak nak kawin aku tengok.

Hanee bingkas bangun lalu menuju ke bilik air bagi menyiapkan dirinya sebelum mak andam datang.

"Abang you tengok anak dara you ni. Sekarang ni dah pukul berapa baru nak bangun. Dia tuu nak kawin, buat macam tak nak kawin." Bebel puan Rose sambil tangannya bergerak menghidangkan makanan di atas meja.

"Sayang apa ni pagi-pagi dah bebel. Dah tak payah duk kerut muka you tuu, tak cantik dah sayang I ni." Pujuk tuan Lewis.

"You tu memang macam ni, suka manjakan anak bongsu you. I pun manjakan juga tapi tak seteruk you tau. Ish." Ucap puan Rose.

Setelah bersiap, Hanee turun ke meja makan dan menyampuk perbualan mom dan daddynya itu.

"Alaa mom jangan marah-marah dah tak cantik dah mom baby ni. Kan daddy kan." Hanee mengenyit mata pada daddynya yang sedang menghirup kopi.

Daddynya apa lagi bantu laa anak manja yang sorang ni.

"Iyala iyala. Tak pernah dibuat orang lagi tau, hari nak kawin bangun lewat. Jap lagi mak andam nak sampai, nak siap-siap pakai baju kawin lagi, nak pergi masjid lagi, ni nak sarapan lagi. Pening kepala mom fikir pasal baby ni. Ni kalau Ryan laa kat tempat mom, mom rasa dia lari tau." Ambik kau sebakul puan Rose membebel kepada Hanee.

Hanee dan tuan Lewis hanya mendengar sahaja mem besar membebel tanpa ingin mencelah. Makan lagi bagus, orang kata apa masuk telinga kanan and keluar telinga kiri kan. Hahahha dua beranak ni memang serupa. Yelah tak kemana nasi kalau tak ke kuahnya kan.

"Dad mana along ngan angah ?" Tanya Hanee sambil mata melilau mata mencari angah dan alongnya itu.

"Ohh diorang pagi-pagi lagi keluar uruskan hal pejabat sikit. Jap lagi balik laa tuu." Balas tuan Lewis sambil tangannya mencapai mee goreng basah dari air tangan isteri tercinta.

***

Ryan berpaling sedikit untuk melihat Hanee yang elok bersimpuh di belakangnya. 'MashaAllah cantik sungguh bidadari yang kau hantar padaku Ya Allah.' Ucapnya dalam hati.

Betul Hanee yang sekarang, bertudung lebih cantik di matanya. Dia nampak lebih ayu jika bertudung. Hanee memandang tepat ke matanya. Dup dap dup dap. Jantungnya bedegup kuat apabila bertentang mata dengan Hanee.

Tok kadi yang berada di hadapannya berkata.

"Udah-udah lerr kamu melihatnya. Banyak lagi masa kamu lepasni, nak tenung ke nak tengok ke apa. Lepasni ni yee, aku sibuk ni banyak tempat lagi nak pergi, bukan kamu sorang jee." kata tok kadi selepas melihat adegan tersebut.

Hanee dan Ryan termalu sendiri sambil diusik oleh kawan-kawan mereka.

"Haa dengar tu Ryan, dah-dah laa tu duk tenung pengantin. Kejap lagi jadi bini kau jugak." ejek Alex.

"Tah laa kau ni. Tak larinya kakak ipar aku sorang ni. Tah pape, kan tok kadi kan." Sokong Amar.

"Baik kau diam, ada jugak aku hempuk kepala korang ni karang. Eiy ada jugak yang masuk kubur ni kan." ucap tuan Gio dengan tegas kepada mereka berdua.

Tetamu yang lain hanya ketawa sahaja dengan kerenah mereka itu. Tak sah kalau tak ada benda yang nak diguraukan.

"Dah sedia ?" Tok kadi bertanya kepada Ryan. Ryan mengangguk kepalanya menandakan dia sudah bersedia.

"Baiklah. Aku nikahkan dikau Ameer Ryan Louis bin Giovanni Ryan Louis dengan Hanee Rose binti Tuan Lewis Addamie dengan mas kahwin seutas gelang emas tunai."

"Aku terima nikahnya Hanee Rose binti Tuan Lewis Addamie dengan mas kahwin seutas gelang emas tunai."

Tok berpaling kepada saksi-saksi dan berkata "sah" maka yang lain pun menjawab sah.

Dengan sekali lafaz Hanee Rose telah sah menjadi isteri kepada Ameer Ryan Louis. Setelah utu, Ryan pergi merapati Hanee bagi sesi membatalkan air sembahyang.

"Assalamualaikum isteri." Ryan memberi salam kepada isterinya itu. Setelah dia mendengar jawapan salamnya terjawab, dia terus mengambil cincin dan seutas gelang lalu memakaikannya kepada Hanee.

"Waalaikumsalam suami." Hanee menjawab salam. Maka selesailah majlis akad pada pagi itu. Mereka hanya perlu menunggu pada majlis resepsi pada malam nanti sahaja.

"Erm abang Ryan nak naik bilik dulu ke ? Ke nak makan dulu ? Kalau nak, nanti kita makan sama-sama eii ?" Hanee bertanya kepada Ryan setelah melihat Ryan sedikit tidak selesa dengan pakaian tadi.

Ryan terkedu dengan panggilan yang dipanggil oleh Hanee itu. 'Abang' fuhh cair hatinya mendengar perkataan itu.

"Boleh ke aku naik dulu. Aku panas ni, nak tukar baju. Lepasni kau naik laa. Makan tuu jap lagi laa." Balas Ryan yang sedikit kepanasan.

"Ehh apa aku kau ni abang Ryan. Mom cakap kalau dah kawin tak boleh aku kau tau tak, tak elokkk." Tegas Hanee memberitahu tentang nasihat yang diberi oleh mommynya itu.

Ehh hello aku ingat lagi okey nasihat mom tu, walaupun masatu aku tengah layan movie.

"Lahh pulak. Habis tu kau nak aku panggil apa ? Hanee, honey, sayang, baby. Hah apa cakap ?" balas Ryan dengan malas. Tapi cute sahaja dia melihat keletah Hanee yang bertanya soal panggilan untuk diri mereka.

"Ehh erm Hanee ikut jee abang nak panggil apa. Yang penting bagus-bagus laa sikit." Hanee menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"A'aa yelah honey." Dia terus menuju ke bilik Hanee yang berada di tengah tingkat dua itu.

Blushing Hanee mendengar perkataan honey yang keluar dari bibir lelaki itu.

__________________________________

You're the first one who make me forgetting who i am.

Ma Chére Rose | My RoseWhere stories live. Discover now