BAB 1

4 1 0
                                    

*Jam loceng berdering*

Pantas tangan Jasmin mematikan deringan jam loceng yang membingitkan telinganya itu. Katil yang empuk itu membuatkannya berasa berat sekali untuk bangun.

Jasmin duduk sambil mengelip-mengelipkan matanya. Dia menggeliat sekuat hati lalu bangun dan pergi menuju ke tandas untuk mandi. Jasmin menuju ke kamar mandi dengan tualanya disangkutkan pada bahu sambil menggaru-garu kepalanya.

Keadaan rumah Jasmin yang sunyi itu tidak lagi menjanggalkan kerana dia sudah terbiasa dengan suasana yang sebegitu. Bapanya, Zakaria yang bertugas sebagai angota polis sering keluar awal pagi lalu tinggallah dia seorang diri di rumah.

Siap sahaja mandi, dia terus masuk ke dalam bilik lalu bersiap untuk ke sekolah. Jasmin yang sudah lengkap beruniform sekolah terus menuju ke meja makan untuk sarapan. Walaupun Jasmin hanyalah seorang gadis yang berumur 17 tahun tetapi dia sudah pandai menguruskan dirinya sendiri.

Jasmin yang telah kehilangan ibu sejak 8 tahun lalu sangatlah pandai hidup berdikari kerana bapanya juga selalu sibuk bekerja. Disebabkan itu, Jasmin sangat mahir menguruskan hidupnya tanpa bantuan atau mengharapkan orang yang lebih tua darinya.

  Baru sahaja dia mahu meletak punggungnya ke atas kerusi, tiba-tiba dia melihat sekeping nota di atas meja yang ditinggalkan oleh ayahnya bersama sedikit duit lalu Jasmin membaca isi kandungan nota tersebut.

"Tak perlu masak. Bungkus sahaja makan malam dari luar. Ayah pulang lewat lagi malam ini."

"huh..." Mengeluh Jasmin setelah membaca nota tersebut. Dia mengambil sepotong roti kosong dan makan sambil berjalan ke pintu rumah sebagai lapik perut. Jasmin menggigit roti tersebut dimulutnya sambil memakai kasut lalu pergi ke sekolah menggunakan basikal.

Tidak sampai 15 minit perjalanan, akhirnya Jasmin sampai ke perkarangan sekolah lalu memakir basikalnya berhampiran dengan pintu pagar utama sekolahnya. Dia melihat rakan-rakannya yang lain tiba ke sekolah sambil diiringi oleh ibu atau bapa yang menghantar mereka. Pelajar-pelajar tersebut kelihatan sungguh ceria.

Kadangkala Jasmin ada juga terbayang jika dia berada ditempat mereka. Bukannya tidak bersyukur, tetapi dia juga inginkan kasih sayang dan perhatian daripada bapanya kerana itulah satu-satunya ahli keluarga dia ada.

Dia meneruskan langkah kakinya menuju masuk ke dalam kelas. Tidak seperti pelajar lain, Jasmin lebih gemar bersendirian. Apabila ada waktu lapang di kelas, Jasmin banyak menghabiskan masa termenung melihat ke luar tingkap kelasnya sahaja.

Sedang Jasmin duduk sendirian di mejanya, dia menenung bukunya sambil tangannya memegang pen. Dia asyik melihat tarikh yang ditulis dalam buku latihannya sementara fikirannya sedang malayang entah kemana.

"Agak-agak ayah ingat tak... hrmm... mesti laa tak... Mustahil jika ayah ingat... hurmm..." Jasmin mengeluh lalu meletak kepalanya di atas meja.

Hari yang panas disinari oleh cahaya matahari bertukar gelap, sungguh cepat masa berlalu. Waktu telah menunjukkan jam 12.15 tengah malam.

Zakaria yang sedang sibuk menyemak kertas siatan di ibu pejabat polis, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada seseorang, dia memeriksa nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Ternyata Jasmin yang menghubunginya. Pantas Zakaria menjawab panggilan tersebut.

"Hello Jas... Ada apa telefon ayah lewat malam macam ni?... Kenapa tak tidur lagi?.." Tanya Zakaria kepada anaknya melalui panggilan telefon tersebut.

"Saja nak tanya... Ayah lambat lagi ke nak balik rumah?.. " Balas Jasmin.

"Ayah balik lewat sikit malam ni... Ada kerja yang ayah perlu selesaikan... Tak perlu tunggu ayah ya... Jas tidur dulu ya..." Kata ayah Jasmin.

"Err... Kalau macam tu... Tak mengapalah... Jas tidur dulu lah ya Ayah... Jas cuma nak tanya tu je... Bye.." Jawab Jasmin kepada ayahnya.

JAY SOCIETY Where stories live. Discover now