BAB 3

0 0 0
                                    

Jasmin yang dalam perjalanan pulang ke rumah daripada balai polis, berjalan seorang diri menuju ke hentian bas yang berdekatan sambil mulutnya tidak henti membebel.

"Apalah yang susah sangat nak berkas pembunuh tu.. Ishh.. Macam-macam alasan.. Itulah hilang.. Inilah lesap... Lama-lama otak aku pun ghaib..."

"Kalau macam ni.. Sampai bila pun takkan dapat tangkap pembunuh tu.. Tapi... Pelik juga.. Tak mungkin satu CCTV pun tak dapat merakam orang tu..." Membebel Jasmin sambil berjalan pulang ke rumah.

"Arhh.. Pening kepala otak aku fikir pasal benda ni... Geram betul lah! Ishh!.." Bengang Jasmin lalu menyepak batu menggunakan kaki kanannya dengan kuat.

*Bunyi Kaca pecah*

"Alamak!.." Terbeliak mata Jasmin apabila melihat batu yang disepaknya tadi terkena sebuah kereta yang mahal di hadapannya.

Jasmin jadi gelisah apabila melihat pemilik kereta tersebut keluar daripada keretanya untuk memeriksa situasi itu. Ternyata Johan adalah pemilik kereta mewah tersebut, dia melihat ke arah Jasmin yang sedang berdiri kaku di belakang keretanya.

"Perempuan ni?... Kenapa dia pecahkan cermin kereta aku?..." Bisik Johan dalam hatinya.

Jasmin tidak berani untuk mendekati Johan kerana takut dirinya diapa-apakan kerana dia yakin bahawa Johan pasti berasa sangat marah sekarang.

"Saya minta maaf Pak cik... Saya tak sengaja..." Jasmin meminta maaf dari jauh sahaja.

"Dia panggil aku Pak cik!?... Aku nampak tua sangat ke?..." Terkejut Johan apabila Jasmin memanggilnya dengan panggilan sebegitu lalu melihat wajahnya daripada pantulan cermin kereta.

"Sini kejap... Pak.. Ehrmm.. Pak Cikkk nak cakap sikit..."  Johan memanggil Jasmin supaya mendekatinya. 

"Tak nak... Nanti Pak Cik pukul saya macam mana ?.. Hah..." Kata Jasmin.

"Ehh tak adalah... Pak cik tak marah pun... Mari sini..." Kata Johan sambil tersenyum lalu melambai-lambai tangannya untuk memanggil gadis itu.

Jasmin melangkah kakinya perlahan-lahan menghampiri Johan yang sedang berdiri di sebelah keretanya, dia cuba memberanikan dirinya dan bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan.

Apabila Jasmin sudah cukup rapat dengan Johan, Dengan pantas lelaki yang digelar "pak cik" itu memegang pergelangan tangannya dengan erat.

"Ehh! ehh apa ni... Pak cik jangan cuba apa-apakan saya yaa.. Saya report polis nanti..." Ugut Jasmin.

"Baguslah tu... Senang saya bagitahu polis tu yang awak dah pecahkan cermin kereta saya... Sekarang jangan nak lari.. Ikut saya..." Kata Johan lalu menarik tangan Jasmin masuk ke dalam kafenya.

Tercengang Adi dan Azira melihat bosnya sedang menarik seorang gadis muda masuk ke dalam bilik pejabat. 

"Siapa pulak perempuan tu?.. " Tanya Azira kepada Adi.

"Entahlah... Aku pun tak kenal..." Jawab Adi sambil matanya meninjau-ninjau ke arah luar kafe melalui tingkap.

Tiba-tiba dia terlihat keadaan kereta Johan yang agak mengejutkan. Matanya terbeliak melihat cermin kereta Johan yang sudah retak seribu.

"Weh.. Wehh... tengok tu..." Adi memanggil Azira sambil jarinya menunjuk ke arah kereta bosnya.

"Hah!?.. Budak perempuan tu ke yang buat?... Dahlah kereta tu kereta kesayangan Jay... heh.. Matilah dia harini..." Kata Azira sambil tersenyum sinis.

Azira yang sudah mengenali Johan sejak kecil sudah masak dengan perangai sahabatnya itu. Johan sangat pantang apabila seseorang menyentuh sesuatu kesayangannya, apatah lagi mahu merosakkannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JAY SOCIETY Where stories live. Discover now