*Bunyi bacaan nadi*
Encik Hamid duduk di sebelah katil anaknya perempuannya iaitu Wani, masih tidak sedarkan diri sejak semalam. Anaknya yang berumur 19 tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan yang lemah dan ditemui pengsan di hadapan pintu pagar rumah oleh orang gaji mereka.
Wani itu dibawa ke hospital dengan segera oleh ayahnya, Encik Hamid yang masih tidak tahu apakah perkara yang telah terjadi kepada anak kesayangannya itu.
Gadis itu mungkin telah disamun kerana doktor telah mengesahkan bahawa kecederaan kepala yang dialami Wani adalah akibat dihentak oleh objek tumpul.
Setelah beberapa jam berada di dalam bilik wad, Encik Hamid keluar seketika untuk menghirup udara segar di kawasan hospital tersebut sambil berjalan melihat sekeliling.
"Datuk Hamid..."
Tiba-tiba seseorang memanggil namanya daripada belakang, lalu dia menoleh ke arah suara tersebut. Dia melihat seorang lelaki sedang berjalan menghampirinya.
"Kamu ni siapa?.. Macam mana kamu boleh tahu nama Saya?.." Tanya Encik Hamid kepada pemuda tersebut.
"Nama saya Hairul hamizi... Panggil saja Hairul..." Lelaki itu memperkenalkan diri.
"Adakah kita pernah berjumpa?..." Encik Hamid berasa hairan.
"Kita tak pernah jumpa pun... Saya cuma tahu sedikit sebanyak tentang diri Datuk... Wani... Masih belum sedarkan diri.. Betul kan?..." Kata Hairul kepada Datuk Hamid.
Kata-kata yang baru keluar dari mulut Hairul itu telah menambah rasa hairan Datuk Hamid. Bagaimana lelaki muda itu tahu tentang diri dan anaknya, Datuk Hamid cuma berfikir bahawa Hairul cumalah rakan sekelas Wani di Universiti sahaja untuk menyedapkan hatinya.
"Datuk ambil ini... Dan pergi ke alamat yang telah saya tulis pada kertas itu... Kami boleh membantu Datuk dan juga Wani..." Hairul menghulur sekeping kad yang mempunyai logo "J" serta kertas yang bertulis alamat.
Hairul berjalan pergi meninggalkan Datuk Hamid yang sedang membelek-belek kad berwarna putih tersebut bersama kertas yang diberikan olehnya tadi. Baru sahaja Datuk Hamid mahu menoleh kembali ke arah pemuda tersebut, tiba-tiba sahaja Hairul hilang dari pandangannya.
"Ehh.. Mana pula orang muda tu tadi pergi... Hrmm... Apakah maksud kata-kata dia tadi?..." Berkata Datuk Hamid sendirian sambil merenung kad itu kerana masih tidak faham akan perkara yang dimaksudkan oleh Hairul sebentar tadi.
***
Selang beberapa hari kemudian, Datuk Hamid pergi ke alamat yang telah diberikan oleh Hairul tempoh hari. Ternyata alamat tersebut telah membawanya ke sebuah kafe yang bernama "Joe's Cafe".
Datuk Hamid menunjukkan berjalan masuk ke dalam pejabat Johan sambil diiringi oleh Adi lalu tanpa sepatah kata, Datuk Hamid menunjukkan kad "J" tersebut kepada Johan.
"Welcome to Joe's Cafe... Apa yang boleh saya bantu?..." Ucap Johan seperti mengalu-alukan kehadiran Datuk Hamid ke kafenya.
"Adakah kamu boleh bantu saya dan anak saya?... Sebelum tu... Siapakah nama kamu?... " Soal Datuk Hamid kepada Johan.
"Panggil sahaja saya Jay... Bolehkan Pak Hamid?... Atau saya patut panggil... Datuk Hamid Razali...." Kata Johan.
Terkejut Datuk Hamid apabila mendengar Johan memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana dia belum lagi memperkenalkan dirinya kepada pemilik kafe tersebut. Disebabkan itu, dia tahu bahawa kafe tersebut bukanlah sebuah kafe yang biasa.
"Betul ke kamu boleh bantu saya dan anak saya?... " Soal Datuk Hamid kepada Johan.
"Sudah Tentu... Hahaha.. Malangnya, tidak ada perkara yang percuma di dunia ni... Betul tak, Datuk?.." Kata Johan.
YOU ARE READING
JAY SOCIETY
Mystery / ThrillerJAY SOCIETY mengisahkan Johan, seorang pemilik sebuah kafe dan juga rakan-rakannya yang melakukan kegiatan rahsia disebalik operasi perniagaan mereka di tempat tersebut. Jasmin pula seorang gadis remaja yang mencari pembunuh bapanya. Satu-satunya p...