JAY SOCIETY mengisahkan Johan, seorang pemilik sebuah kafe dan juga rakan-rakannya yang melakukan kegiatan rahsia disebalik operasi perniagaan mereka di tempat tersebut. Jasmin pula seorang gadis remaja yang mencari pembunuh bapanya. Satu-satunya petunjuk yang dia miliki hanyalah sekeping kad yang mempunyai logo "J" di dalam poket bapanya. Dia yakin bahawa pemilik kad tersebut adalah individu yang bertanggungjawab diatas kematian bapanya. Sehinggalah pada suatu hari mereka bertemu secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun, Jasmin tidak mengetahui bahawa Johan adalah pemilik kad berlogo "J" itu. Adakah Jasmin akan mengetahui kebenaran tentang kematian bapanya dan juga indentiti sebenar Johan?