Kaaaacakkkk! Cawan berisi latte jatuh berderai ke lantai dan pecah. Aku tidak tahu mengapa aku terjatuhkannya. Apakah aku sengaja atau tidak? Tadinya, makin ada imbasan lalu sepertinya perkara ini prnah berlaku. Aku berkhayal? Aku sedar tapi tidak mampu untuk mengawal perbuatanku.
Berderu datang seorang pekerja cafe tempat aku minum itu membawa peralatan membersihkan serpihan kaca itu. Mengapa mereka datang tanpa aku seru? Mengapa aku tidak dimarahi pula? Argh, apakah orang bersalah sudah tidak lagi akan dipersalahkan. Apakah dunia sudah terbalik?
Aku lihat muka orang itu takut-takut sepertinya aku ini singa kelaparan mencari mangsa. Pelanggan lain pun begitu, apakah aku ini manusia berbahaya? Tadinya, cafe itu nyaman dengan dendangan lagu klasik yang menyenangkan jiwa. Kini, ibaratnya lagu itu sudah tidak berkesan lagi.
Aku cuba bangun...niatku hanya untuk membantu. Aku buntu, kerana di saat aku mahu menghulurkan tangan membantu, wanita yang membersihkan itu makin laju mempercepatkan kerjanya. Akhirnya, aku termangu separa duduk. Dia sudah siap membersihkannya.
Aku memerhati sekeliling, semua memandangku. Saat itu, aku rasa bagai ada perasaan angkuh menyerap dalam diri. Mengapa aku angkuh? Tiba-tiba, aku seperti mahu mengherdik mereka yang memandangku. Aku rasa mereka memandang sinis dan rendah akanku. Aku benci perasaan itu!
Tingggg! Jam di dinding berbunyi menandakan sudah pukul 12:00 tengahari tepat! Segala yang aku rasa tadi terus hilang bagai angin lalu! Aku tiba-tiba berasa pening. Ya, pening seperti bumi di sekelilingku berputar dengan laju dan aku tidak mampu untuk mengawal keseimbangan badanku. Aku mahu pengsan dan mahu muntah!
Sejurus itu, aku berlari keluar dari cafe di samping masing-masing terpinga-pinga melihat keadaanku. Aku lihat sebelum keluar tadi, pengurus cafe itu mahu membantuku, aku tepis. Mengapa tiba-tiba aku lihat selepas itu masing-masing ketawa berdekah-dekah mengejekku! Argh, aku benci dengan keadaan ini! Tolong keluarkan aku dari sini!
Aku berlari sepantas mungkin tanpa mempedulikan beberapa kenderaan membunyikan hon bertalu-talu. Apa aku peduli dengan dunia ini! Aku yang mengatur langkahku sendiri, usah larang!
Aku akhirnya tiba di laluan melintas kaki, semuanya kalut melihatkanku terus sahaja berlari tanpa berhenti walaupun ketika itu lampu merah. Aku tahu, cahaya lampu itu tepat menyuluh mukaku. Aku tak mampu menahan langkahku. Aku tahu...seterusnya.
****************************************
Aku...masih hidup? Apakah tadi? Aku bagaikan gila dan dilanggar?
Tinggg! Jam di dinding berbunyi kuat sampaikan aku terkejut.
Nanti dulu, aku dalam pakaian pekerja cafe? Aku memegang baju untuk pastikan sama ada aku sedang bermimpi atau apa. Ia nyata. Aku cubit tangan, ia juga sakit! Ini nyata!
Kaaaacaaak! Aku dengar bunyi kaca berkecai.
"Dia buat lagi," Zahim mengomel semasa sedang membru biji kopi.
"Mel, macam biasa," tiba-tiba Zahim memandangku dan memberi arahan.
Automatik aku menggangguk walaupun aku tidak pasti dengan tindakanku ini. Aku seperti boneka kerana segala pergerakanku, bukan yang aku rancang! Aku cuba tahan diriku, tidak berjaya. Ya, aku dikawal!
Aku sudah memegang segala peralatan untuk membersih. Setibanya aku di situ, aku automatik melutut untuk membersihkan pecahan kaca itu. Aku melutut di sebelah perempuan muda yang berpakaian mewah. Aku lihat mukannya angkuh dan...aku seperti pernah melihatnya.
Di saat aku sedang memegang serpihan kaca, dapat aku rasa tulang belikatku seperti dipijak sesuatu. Aku cuba mendongak dan aku lihat dia lagi mengeraskan tindakannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/326414203-288-k37878.jpg)
YOU ARE READING
Mencari diriku
Mistério / SuspenseTentang aku yang masih hidup dalam kenangan dan tidak mampu keluar dari situ.