"Suka tengok perempuan main,"
Skrtttttttt! Dun!
"Arghh..." Amara mengerang sakit sambil memegang dahinya. Akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan, dapatlah dia merasa makan dashboard kereta sebagai sarapan.
Jazlee yang baru tersedar dari kesilapannya kalut menarik Amara yang masih menangkupkan wajah pada papan pemuka itu. Memang salahnya juga, memijak brek secara tiba-tiba.
"Ara awak okey tak? Sorry sangat brek mengejut, saya tak expect pula awak tak pakai seatbelt!"
"Okey je. Gerak, gerak! Karang kena hon pula dengan kereta lain, tercangak tengah jalan ni," jawab Amara lemah sambil memasang tali pinggangnya. Sebelah lagi tangan masih ditekup pada dahi yang terasa panas. Sumpah kejap lagi ni benjol!
Kereta itu masih dipandu perlahan dan berhati-hati oleh Jazlee. Risau pada Amara yang masih menutup wajahnya. "Berdarah ke?"
"Tak kut. Tapi rasanya benjol ni. Panas,"
"Sorry..." ucap Jazlee sekali lagi. Perlahan.
"Kenapa awak brek macam tu? Bahaya tahu tak? Kalau ada kereta rapat dekat belakang, dah bercium! Ni dahi saya ni, tak pasal-pasal jadi flowerhorn seminggu," rungut Amara dengan sedikit melengking.
Tak padan tumpang kereta orang, senior pula tu, salah sendiri tak pakai tali pinggang, ada hati lagi nak membebel.
"Ara la! Kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Terkejut saya!"
"Saya cakap apa?" Soal Amara bingung. Rasa macam cakap dalam hati tadi?
"Tadi tu!"
"Tadi?" Fikirnya sejenak. "Suka tengok perempuan main... netball?"
Jazlee menggeleng sambil memusingkan stereng untuk masuk ke perkarangan Kompleks Sukan. "You definitely didn't said the last word,"
"I did. In my head,"
Dalam sela mencari petak parkir, Jazlee memandang tak percaya gadis di sebelahnya. Ini teknik komunikasi apa ni? Boleh pula cakap sambung-sambung ayat dalam otak.
"Ayat awak menimbulkan syak wasangka, tahu tak?"
"Kalau awak tak ada fikir apa-apa pasal saya, tak ada apa nak syak pun. You could've just ask," ujar Amara mengangkat bahu. Jarinya yang tadi menekup dahi dituju pada satu arah. "Tu kosong,"
Cepat-cepat Jazlee memberi signal untuk masuk. Sebaik sahaja brek tangan ditarik, dia melepaskan tali pinggang keselematannya dan berpaling menghadap Amara.
"Okey tak? Mari sini saya tengok,"
Dia membiarkan sahaja tangannya yang ditarik turun oleh Jazlee untuk melihat dahinya yang terhantuk. Biar dia rasa bersalah sikit!
"Merahnya! Jom masuk dulu, minta ais dengan physio team," cadang lelaki itu.
"Hmm,"
Sebaik sahaja masuk ke kawasan gelanggang tertutup, Jazlee menyuruh Amara duduk dahulu di kerusi penonton sementara dia mendapatkan ais. Walaupun mereka bertugas, semua orang masih relaks kerana masih menunggu kehadiran setiap pasukan.
Amara membuka kamera swafoto untuk memeriksa sendiri dahinya. Belum mula bengkak, tetapi merahnya nyata. Spontan dia mencebik.
Dah tak cantik dah! Cepat-cepat dia cuba menutup dahinya dengan rambut. Silap pula tak bawa topi hari ini kerana dia fikirkan hanya perlu bertugas untuk perlawanan bola jaring yang sememangnya indoor.
"Ara!"
Teguran seseorang membuatkan dia mengangkat muka dari skrin telefon. Rupa-rupanya Intan, rakan sebiliknya semasa asasi yang menegur.
"Intan!" Amara merengek manja. Rakannya yang berdiri dipeluk pada pinggang. Laju Intan cuba menolak, tapi Ara Si Koala ini kalau sekali dah peluk, pasrah sahajalah dia jadi batang pokok.
"Kenapa baby manja-manja?" Usik Intan sambil memegang pipi Amara supaya wajah mereka bertatapan. "Apa hal muka kau ni? Kenapa pakai blusher dekat dahi?"
"Bodohlah perempuan ni!" Punggung Intan ditepuk sambil ketawa. Suka hati sahaja kata blusher!
"Duduklah," jemput Amara sambil menarik sahabatnya untuk duduk di sebelah. "Kau main ke hari ni? Sejak bila kau main netball?"
"Waklu, netball! Aku main chess la. Game kita orang dekat atas, sebelah gym tu. Kau main ke?"
Amara mendengus sambil muncung itiknya ditujukan pada beg kamera di riba. "Nak juga main tapi tak terpilih. Fakulti aku kan ramai perempuan, so ramai je yang pandai main bola jaring,"
Rungutan separa merengek itu membuatkan Intan ketawa senang. Alahai, ex-roommate yang satu ini! Tak hilang lagi rupanya 'muka gengster hati manja' dia.
"Alolo kesiannya dia!" Giliran Intan pula mengusap-usap bawah dagu Amara. Macam kucing sahaja dia layan. "Lain kali masuk fakulti aku la, bunga banyak layu. Tak ada sesiapa nak masuk netball ni,"
Semakin dilayan, semakin menjadi Amara. Dia pula meletakkan kepala pada bahu Intan, minta dibelai lagi. Tak cakap banyak, dahinya ditunjal selamba.
"Eh, sudah, sudah! Sikit-sikit dah la skinship. Tempat umum ni! Nak lebih-lebih kat bilik,"
Jam tangannya dikerling sebelum dia bangun dari duduk. "Eh, dah nak mula dah game aku. Aku gerak dulu , eh? Kau kalau nak lepak makan Maggi ke, gosip-gosip ke, datang je bilik aku,"
"Kalau nak kasih sayang?"
"You nak lebih pun I boleh bagi, baby," jawab Intan bersungguh. Soalan bodoh harus dijawab jawapan bodoh.
"Okey! Malam nanti I datang. Rawr!"
"Rawr!" Balas Intan sambil ketawa menaiki tangga.
Apabila rakannya sudah menjauh, baru Amara teringat untuk mengucapkan, "Good luck, baby!"
Hanya lambaian yang dibalas Intan dan dia turut menyambut. Amara tersenyum kecil mengingat kembali gelagat mereka. Dia yang manja dan Intan yang berperangai macam emak-emak memang selalu seperti itu. Jalan berpegangan tangan, tidur sekatil, makan bersuap, semuanya sudah menjadi kebiasaan.
Terasa merinding, Amara menepuk belakang tengkuknya. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Tak kan siang-siang ada hantu pula?
Rupa-rupanya Jazlee sedang berdiri sambil memegang plastik berisi ais, memandangnya dengan tatapan kosong.
"Lamanya ambil ais, budak fisio duduk mana?" Soal Amara sambil mencapai plastik ais di tangan Jazlee. "Terima kasih," ucapnya langsung menuam dahi.
Jazlee yang seperti baru tersedar dari dirasuk perlahan-lahan duduk di sebelah Amara. Perlahan sahaja suaranya bertanya.
"Tu girlfriend awak?"
"Girl friend? Haah,"
Author's note:
Pls tell me yall memondan dengan kawan-kawan sejantina yg rapat jugak. I cant be alone.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cari Curi Cinta
RomanceHow it could be as sweet as candy? How it's like flying in the sky? I wanna know know know know What is love? What love feels like? How it keeps you smiling all day? How the whole world turns beautiful? I wanna know know know know What is love? Will...