2: Tebang Pokok Bunga

270 35 8
                                    

"Jazlee, 2nd year, dentistry"

"Amara, first year, optometry,"

Tangan yang dihulur lelaki itu disambut kemas. Genggam, goncang, lepas. Profesional, tanpa ragu dan malu.

Amara memang begitu. Salah satu benda yang dia tak faham ialah kenapa ada sesetengah perempuan ketawa malu-malu bercampur teruja apabila berkenalan dengan lelaki terutamanya jika lelaki itu senior atau tampan.

Tetapi kerana fenomena itu sering berlaku, dia sudah siap menulis nota mental sebagai babak-babak yang mungkin dia akan guna dalam penulisannya.

"Briefing semalam awak terlepas kan? Tapi tak apa, saya ringkaskan sahajalah. Basically, kerja awak senang. Cuma ikut jadual dalam group tu, tengok awak follow game apa, pukul berapa, dan sebagainya. Kemudian cuma tangkap gambar dan upload ke Drive,"

"Jom, kita bincang sambil gerak," ujar Jazlee sambil membuka pintu kereta untuk Amara.

Sebaik sahaja menutup pintu sebelah penumpang, lelaki itu melangkah ke sebelah pemandu dan masuk menghidupkan enjin.

"Saya team leader untuk Publisiti & Promosi program ni. Kalau ada apa-apa masalah, boleh bagi tahu je,"

"Okey," jawab Amara, maklum.

Jazlee meletakkan tangan pada headrest Amara ketika sedang menjenguk ke belakang untuk mengundurkan kereta dan keluar dari petak parkir. Tanpa sengaja tangannya tersentuh rambut Amara yang sedang tekun menukar setting pada kamera DSLRnya.

Dikerling sekilas gadis itu. Tak bergerak.

"Setakat ni ada apa-apa nak tanya?"

"Ada," jawab Amara sambil mengangkat wajahnya. "Jazlee memang akan sentiasa hantar saya ke venue atau sekali ni je?"

"Oh, saya hantar ni sebab awak tak ada kenderaan dan ni game pertama awak, jadi saya nak monitor dulu la. Biasanya saya memang akan follow untuk kali pertama,"

Amara mengangguk sambil memandang jalan dengan penjelasan lelaki itu. Masuk akal.

"Ehem!"

Deheman Jazlee dalam ruang sekecil Volkswagen Polo ini menarik tatapan Amara.

"Tapi, kalau saya free boleh je saya teman Amara,"

"Okey, Jazlee!" Jawab Amara ceria sambil memandang kembali ke hadapan. Yeay! Senang dia tak perlu fikir tentang kenderaan untuk pergi ke setiap tempat perlawanan sukan.

Sayangnya dia terlepas melihat telinga lelaki itu yang sedikit memerah.

"Lee. Boleh panggil saya Lee."

"Okey," jawab Amara sedikit ragu. That's kinda random? Tapi, "boleh panggil saya Ara juga,"

Jazlee mengangguk sambil meneruskan pemanduan. Tak jauh pun Fakulti Sains Kesihatan dengan Komples Sukan. 5km sahaja. Tapi sempat jugalah dia termenung berfikir.

Sambil tersenyum.

Tak disangka senyumnya terbawa ke asrama.

"Aku tak puas hati kau tersengih-sengih sambil masak Maggi! Apa yang seronok sangat makan Maggi pukul 12.30 pagi ni?"

Teguran Azam, teman sebiliknya seperti menyentak Jazlee. Senyuman yang hadir entah bila tanpa sedar turut mati tanpa diketahui.

"Mana ada aku senyum," nafinya.

"Kau tak payah nak tipu la. Sejak balik dari SportCom tadi bukan main eh tersingai macam orang bangang. Rasanya hari ni semua game lelaki. Apa yang seronoknya tengok jantan semua?"

"Ada je budak perempuan commitee tadi,"

"So, commitee mana yang kau usha sampai kena sampuk ni? Cantik sangat ke?"

"Cantik!"

Azam menepuk meja belajar sahabatnya. "Laju jawab! Tak pernah-pernah kau macam ni, Lee. Budak course apa? Tahun berapa?"

"Ada la! Sibuk je," jawab Jazlee separa ketawa. Separa lagi kembali tersenyum.

Azam memandang Jazlee dengan ekspresi jijik. "Geli bodoh, kau hari ni. Dari sekolah aku kenal kau, tak pernah nampak kau angau macam ni,"

"Dah tu kau tak fikir perasaan aku setiap kali tengok kau video call dengan Fasha? Geli, tahu?"

"Aku tak apa. Aku memang certified bucin,"

Giliran Jazlee pula buat muka menyampah. Bucin — budak cinta.

"Kau tak cukup bucin, bacin pun kau tapau!" Belakang badan Azam yang sedang cuba merebahkan badan ke katilnya dipukul dengan tuala. "Kau tak mandi, tak payahlah nak baring dekat katil aku!"

"Lambat!"

Jazlee hanya mampu mendengus kesal melihat katilnya yang kini ternoda peluh dan bakteria.

"Eh, tapi..." gumam Azam dalam baringnya. "Sambung la cerita pasal perempuan yang kau duk tersengih-sengih tu. Junior ke?"

"Hmm,"

"Mantap la Lee! Dentistry juga?"

"Opto," jawabnya ringkas.

Diam. Lama jawabnya tidak disahut Azam. Jazlee membiarkan, mungkin kawannya pun tak kenal. Kampus ni bukan kecil untuk kenal semua orang. Dia sambung menikmati Maggi karinya.

Tidak lama kemudian bunyi ketawa kecil mula muncul dari atas katil.

"Amara ke?"

Jazlee memandang rakannya yang mula ketawa, tetapi dia membisu tak menjawab. Aneh, mana dia tahu?

Azam berpaling meniarap pula sambil menopangkan kepala. Berlawan pandang dengan Jazlee. "Dia cantik kan?"

Angguk. Namun Jazlee masih keliru dengan reaksi Azam.

"Dia opto 1st year, nampak macam cool, tapi comel, muka baik, kan?"

"Kau puji lebih-lebih ni aku bagi tahu Fasha karang!"

Tawa mengusik Azam semakin kuat. "Taklah, aku nak memastikan je, betul ke perempuan pertama yang kau suka sejak akil baligh tu Amara yang tu,"

"Aku tak ada la suka betul-betul suka. Macam interested sikit je sebab dia tak nampak macam malu-malu atau minat dekat aku. Aku bukan la nak cakap aku hot gila sampai semua perempuan kena minat, tapi jaranglah perempuan tak blushing bila aku bukakan pintu kereta, aku terpegang. Tadi dekat SportCom lagilah, aku siap betulkan rambut dia masa dia tengah adjust kamera, haram tak ada reaction! Sebab tu je aku macam berminat,"

Lagi panjang alasan, penjelasan, dan hujah defensif Jazlee, lagi lebar senyum menganjing Azam.

"Aku tak ada la suka betul-betul suka dia—"

"Tak apalah, dia pun tak suka kau,"

"Hah?"

Makin panjang Azam ketawa geli hati. Aduh, kasihan rasanya nak tebang pokok yang baru nak berbunga ni. "Kau lelaki, Lee,"

...?

"Amara, dia suka perempuan,"

Cari Curi CintaWhere stories live. Discover now