Bacaan Percuma- Bab 3

1.5K 162 17
                                    

"KENAPA tiba-tiba tak boleh datang pula?" tanya Amalina dengan suara yang tertahan-tahan.

"Dear, sorry. Tiba-tiba ada hal pula. I memang nak pergi kenduri dekat rumah you hari ni."

Amalina julingkan matanya tanda dia menyampah dengan alasan yang diberikan. "Okey."

Cuma itu yang dia balas. Bengang? Ya, memang Amalina bengang. Masuk kali ini, sudah tiga kali lelaki itu memungkiri janjinya untuk berjumpa dengan Suhailah dan Ibrahim.

Banyak betul masalah jadi setiap kali Amalina ajak balik kampung untuk jumpa mereka.

"You tak marah, kan?"

"Tak." Cuma sepatah dia balas, buatkan lelaki di seberang sana mengeluh besar.

"Dear, I betul-betul tak sengaja. Okey, lepas ni I janji. I habis aje urusan dekat sini, I terus shoot pergi kampung jumpa mak ayah you."

Amalina tukar telefon daripada telinga kiri ke telinga kanan. "Tak perlu, Farhan. Nanti lepas ni alasan apa lagi you nak bagi? Dah tiga kali dah, apa yang susah sangat nak jumpa dengan parents I? I nak suruh jumpa je, supaya dia orang tahu dengan siapa I berkawan. Bukan I nak suruh you kahwin dengan I esok pun!"

Terdiam lelaki yang bernama Farhan itu dengan kemarahan Amalina yang tiba-tiba. "Dear..."

"Dah la. Ma I dah panggil dekat dapur. Talk to you later."

Terus Amalina matikan talian tanpa menunggu sebarang balasan. Sakit hati sungguh dia dibuatnya.

"AMAL! Tolong hantar besen ni pergi belakang sementara ada orang tolong basuh tu!"

Amalina baru sahaja nak teguk air sirap pandan dari dalam cawan ketika dia dengar namanya dipetik Suhailah. Deras dia telan air sejuk itu hingga jatuh ke dalam kerongkong, barulah dia pergi mendapatkan si ibu.

"Apa, ma?"

"Ni, ada besen kotor. Pergi hantar dekat belakang sementara ada orang tengah basuh pinggan tu. Minta dia basuhkan kejap, orang nak guna buat isi kentang yang dah siap potong."

Oh, okey. Amalina tunduk untuk kutip besen yang dimaksudkan ibunya kemudian laju sahaja langkahnya dibawa pergi ke belakang rumah.

Kaki dia sudah rasa berdenyut akibat tak berhenti berjalan sedari pagi. Maklumlah, dia sahaja yang ada di rumah. Adik-beradiknya yang lain semua menetap dan bekerja di luar negara. Amalina sajalah yang jadi wakil tuan rumah ke tepi dan ke tengah bagi pihak ibu dan bapanya.

Penat? Oh, sudah tentu. Tapi apakan daya... Amalina yang menurut perintah. Dia sampai di belakang rumah. Kaki Amalina terpaku di atas lantai simen melihat pemandangan di bawah pohon rambutan yang rendang, tidak berapa jauh dari jaraknya berdiri.

Seorang lelaki sedang duduk beralaskan batu-bata yang ditindih sehingga menjadi bangku membelakangkan Amalina. Yang lebih menarik perhatian dia, lelaki itu tidak duduk saja-saja sebaliknya sedang mencuci alatan memasak yang telah kotor.

Oh. Lelaki ke yang Suhailah maksudkan tadi? Amalina ingatkan tukang cuci pinggan itu perempuan.

Dia berjalan perlahan-lahan sehingga jarak mereka tinggal semeter. Tak sempat dia nak buka mulut, lelaki itu sudah terlebih dahulu menoleh ke belakang.

Amalina pegun sebaik wajah yang sejak tadi setia tunduk ke bumi kini sudah menjadi tatapan dia. Cermin mata yang hampir melorot daripada batang hidungnya dia betulkan sehingga wajah bersih itu kini benar-benar jelas di penglihatan.

"Besen tu nak basuh ke?"

Pertanyaan ringkas itu berjaya buatkan Amalina tunduk melihat apa yang dipegang di tangannya. "Ya?"

Love,Yours | SUDAH TERBIT |Where stories live. Discover now