16🦋

6 1 0
                                    

Sejak kejadian itu, hubungan Hida dan Danish agak renggang. Siapa suruh dia tengking aku?

"Hida.."

Siapa pula ni? Aku taknak bercakap dengan siapa-siapa la buat masa ni!

Dia! Semak!

"sa..saya nak minta ma..maaf pasal dua hari lepas.." kata Danish tergagap-gagap.

"tak apa la.. lupakan aje.."

"tak..awak masih marah dan kecewa dengan saya kan?"

"please la Danish! saya, saya tak nak bercakap dengan sape-sape buat masa sekarang ni.."

Ye, aku kecewa dengan kau! Dulu kau beria-ia nak aku. Now bila kau dah dapat apa yang kau nak kau nak buang balik? Aku bukan patung kau!

Hida meninggalkan Danish bersendirian disitu. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Dia ingat perempuan ni mainan ke? Mudah diambil, mudah dibuang.. gitu?

LAGI beberapa bulan saja lagi mahu menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Hida sibukkan dirinya dengan study bersama dengan rakan-rakannya. Pasal Danish dia tolak ketepi.

Masa depan lagi penting daripada dia! Ada impian yang aku nak kecapi jadi aku kena la buat betul-betul.

"eh Hida, malam nanti kitaorang study dekat rumah kau la, boleh?" Tanya Ikah.

Asyik berkepit je dengan Danish sebelum ni sampai aku lupakan kawan-kawan aku. haih.

"Hida, lepas habis SPM nanti nak sambung study dekat mana?" Tanya Ain.

"hm.. aku tak tahu lagilah, kau pulak?"

"aku? kalau dapatlah an, aku nak masuk UM.."

"waw! Aku doakan semoga kau dapat masuk UM..aamiin!"

"aamiin.."

Selepas solat maghrib, Mereka berkumpul di bilik Hida. Harap dapat study dengan lebih tenang..

"assalammualikum.." sapa Ain.

"waalaikummussalam.." sahut Puan Ayu.

"hida ada aunty?" Tanya syafiqah.

"ni ha dekat sini.." jawab hida.

"dah jom!"

SETELAH setengah jam mereka study, mereka menikmati makan yang telah disediakan oleh Puan Ayu tadi.

"hm..Hida aku tanya ni jangan marah tau?" soal Ikah.

"apa?"

"emm..k-kau..dah..tak rapat dengan Danish ke?"

"hm..tak.."

"memang patut pon diaorang tak rapat!" Ain bersuara.

"ishh...kau ni Ain!" marah Syafiqah.

Alyaa? dia tak tahu apa-apa time tu..jadi dia diam jela. Tapi lepas ain cerita apa yang berlaku beberapa minggu lepas, Alyaa kasihan juga dengan Hida.

"tapi Danish banyak kali tanya kitaorang pasal kau. Kau tak nak berbaik dengan dia balik ke?" Tanya Alyaa.

Bukan tak nak , nak. Cuma hati ni kata nanti dulu. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Sakit. Sakit bila dia tengking aku macam tu!

"lepas SPM nanti ajelah aku berbaik dengan dia.." kata Hida. Lemah.

"apa-apa pon, aku doakan korang baik-baik je.." kata Ikah.

"bye aunty, bye Hida...terima kasih makan tadi!"

"byebye! sama-sama.."

Haih, kenapalah kepala otak aku ni asyik terfikir pasal dia aje. Benci tau tak!

My Future Husband Is Him !?Where stories live. Discover now