LAST CHAPTER!

12 1 0
                                    


     Enjoy last chapter, semua ini adalah rekaan semata-mata. maaf kalau chapter² yang sebelum ni banyak kekurangan, saya yayalavenna akan cuba perbaiki dan pelajari lagi tentang penulisan yang sebenar-benarnya.

SELAMAT MEMBACA
٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭٭

tok tok tok

  pintu bilik Daniel diketuk. "sape kacau aku pagi-pagi buta nii !" rungut Daniel. Daniel segera membuka pintu biliknya. "yow dani-" Danish mati kata. Danish dan Hida memandang sesame mereka. "woi niel! kau tak mandi lagi?" soal Danish.

   Daniel menguap. "hm belum. Aku baru je bangun sebab kau kacau.." Danish menepuk dahinya. Hadeh, niel niel ! "sayang tunggu dekat lobby dulu boleh? abang nak uruskan si bangkai hidup ni kejap.." kata Danish dengan lembut.

  "sayang? sape sayang ko" soal Daniel yang masih lagi berada dalam keadaan mamai. Danish menampar-nampar pipi Daniel. "sedar la oi dah pukul 8 pagi ni..berdiri pon masih lagi boleh tidur hebat betul kau.."

  Daniel menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan rasa ngantuk. dia terkedu seketika. dia ingat Danish datang sorang saja rupanya dengan bini Danish sekali. 'aaa malunya aku!!' "a-aku ingatkan k-kau datang sorang.." mulutnya tiba-tiba gagap.

  "kan kita nak explore Penang hari ni..aku datang dengan bini aku nak ajak kau sekali la ni" kata Danish. "abang, sayang tunggu dekat lobby jela.." Hida mencelah. Rasa macam kerdil pula dekat sini. Berdiri depan bilik orang  pula tu..walaupun dengan syuben, rasa malu tetap ada.

  "okay sayang..take care nanti abang dengan niel turun.." Danish mengucup dahi Hida lalu melepaskan isterinya pergi. "cepat woi siap..sian bini aku dekat bawah sorang-sorang"

  'hek eh mamat ni..aku siku kang' monolog hati Daniel. "sabarlah..kau ni sebelum kahwin takde la macam ni, lepas kawin kemain lagi sampai tanak berpisah dengan bini.." Bebel Daniel.

  Danish tergelak kecil. 'what wrong with you bro? sejak bila kau ada "hati" ni?' desis Danish. "apasal? kau jealous ke? bukan ke kau 'mafia berhati beku'..kalau dah cair hati beku kau tu cari ajelah calon isteri..," terkekek-kekeh Danish dengan gelagat sepupunya itu.

   "eh, bini kau tu en ade adik-beradik tak ha?" soal Daniel. Danish menayangkan muka pelik. "dia ada kakak sorang, 2 adik laki..kenapa ?" nak cari bini la tu..hik hik hik !

  "adelah..kau tak payah nak sibuk. dah cepatlah nanti bini kau yang dekat bawah tu kena culik baru tau haha," usik Daniel.

  "ha ye cepat-cepat!" pantas mereka menuju ke arah Hida. "hey sayang..maaf lambat," perasaan resah diganti dengan penawar yang cukup hebat. Tangan Hida di genggam erat dan pinggang isterinya ditarik mendampingi badannya.

  'halah-halah..nak buat free show pula dekat sini,' Monolog hati Daniel. Pandangan Daniel tegang sekali. "Ehem! cepat la..buat aksi romance pula dekat tempat awam ni," kata Daniel. Kau tunggu aku kahwin nanti nish!

  "Hahaha..tulah mummy kau nak kahwinkan kau dengan calon pilihan dia kau tak nak..kan dah sendu," selamba aje kata Danish. Hida tersipu-sipu malu. "Ha Cuba kau Tanya bini kau tu..dia ade adik-beradik perempuan yang masih kosong tak?" Daniel mencuba nasib.

  "Yang..sepupu abang tanya tu," tangan Hida diusapnya dengan penuh kasih sayang. 'eh mamat ni tak agak-agak' bisik Hida. Tapi Kak Mia masih dengan boyfriend dia yang tu ke hah? "akak ada boyfriend rasanya..tapi sekarang tak tahulah sebab dah lama tak datang rumah," kata Hida.

  "Esok aku hantar rombongan meminang..bagi alamat rumah kau dekat nish nanti," sebatang rokok dia keluarkan dari kotak. Tak sangka, tak percaya, terkejut? Ye! itu yang aku alami. Dia..nak meminang akak aku? wah..

  "kau biar betul niel? tak nak kenal-kenal dulu?" Dua soalan yang dilontarkan oleh Danish. Riak wajah Daniel serious aje. Dah tiba masa kau untuk membuka hati keras kau tu Daniel. "ye..tak perlu," dingin saja jawapannya. 'aku harap kau serious dengan keputusan kau niel,' 

•••••

   "Wah! cantiknya permandangan dekat sini!" puji Hida. Batu Ferringhi Beach tempat pertaman yang mereka kunjungi. Macam-macam aktiviti boleh buat dekat sini! Menarik! Mereka bertiga menghayati keindahan pantai tersebut sehingga senja tiba.

  "sayang nak beli apa-apa tak untuk bawak balik?" soal Danish. Siapa aje yang nak balik tangan kosong? "mestilah nak! mana boleh balik dengan tangan kosong..tak syoklah!"

  "haha okay," Danish menatap wajah Hida dengan penuh kasih sayang. Hida terkaku dek ditenung oleh encik suami. 'ada yang tak kena ke dengan muka aku? pakaian aku? sampai dia tenung macam tu sekali..ngerii!!'  desis Hida.

   "woi, kau tenung bini kau sampai merah muka dia," dari tadi lagi Daniel memerhatikan gelagat suami isteri ni. Yang sorang tersipu malu, yang sorang lagi tenung sampai nak tembus ke belakang. Haih, parah ni! Danish tergelak kecil. "kau perasan?" soal Danish tanpa segan-silu. "siapa aje yang tak perasan..lagi-lagi aku yang dekat dengan kau," ujar Daniel.

  Hida menundukkan kepalanya. Malu woi! "hahaha, ye tak ye juga..," kata Danish. Soalan apalah yang kau tanya ni nish, tsk tsk tsk! 

  Debaran yang kian kencang mula  beransur. Jangan tenung macam tu sayang! tachod. Selepas membeli beberapa cenderahati, mereka balik ke tempat penginapan. "oh ye, tolong bagi nombor telefon akak kau," pinta Daniel lalu menghulurkan iphonenya.

  "nah," nombor akak Hida sudah diberi kepada bakal abang iparnya. Entah benar ke tidak niatnya itu. "aku masuk dululah..bye," ucap Daniel.

•••••

  "so, how are you feeling today dear?" soalan diajukan ke isterinya. Senyuman dilemparkan kepada pemilik hati sebelum memulakan bicara. "seronok! selalu travel dengan family aje kali ni special sebab travel dengan cinta hati saya," hidung Danish dicuit. Danish tersenyum melihat gerakan spontan isterinya. "sejak bila pandai sentuh-sentuh abang ni?" soal Danish mahu usik Hida.

   "err..sejak kita kahwin," gugup Hida bersuara. Dadanya mula berdebar. "sayang..," suara Danish menggoda.

"ye?" Hida masih kaku di hadapan Danish.

"abang nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima abang untuk hadir dalam hidup sayang buat kali yang ke-dua. Abang nak minta maaf sebab abang kasar dengan sayang wakth sekolah dulu. Abang tak dapat nak kawal diri abang masa tu. Dan Abang bersyukur sangat dengan apa yang abang ada sekarang ni. abang ada family  yang sentiasa sokong abang, abang ada adik ipar dan kakak ipar yang baik, dan abang juga ada sayang. Abang berjanji dengan diri abang untuk jaga dan ada dengan sayang sampai bila-bila. Abang tak sanggup untuk kehilangan isteri abang. Cukuplah dengan penjauhan yang abang lalui selama beberapa tahun lalu," kata-kata Danish terhenti seketika. Air mata mula jatuh.

  Hida terpegun dengan kesungguhan suaminya. "Tolong...Tolong jangan tinggalkan abang. Tanpa sayang, abang seperti orang yang tiada hala tuju. Nasib baik daddy tolong carikan kerja untuk abang..tau-tau dekat syarikat ayah sayang. Abang rasa beruntung sangat sebab dapat jadi suami buat sayang. Tak sia-sia abang bersabar selama ni.." kata Danish dengan penuh makna. Hida mengesat air mata yang mengalir dipipi Danish. Raut wajah Danish ditenungnya dengan penuh kasih sayang. 

  "Abang..sayang pon nak minta maaf juga. Sayang sendiri pon tak sangka yang abang adalah jodoh yang telah Allah tetapkan untuk diri ni. Jadi, izinkan sayang untuk menjadi bidadari abang Dunia dan akhirat?" soalan dilontarkan kepada sang suami. Danish mengangukan kepalanya tanda mengizinkan. Dengan ini berakhirlah kisah my future husband is him.




My Future Husband Is Him !?Where stories live. Discover now