Hari yang dinanti

186 9 9
                                    

Irzan bangun awal pagi ini, duduk mengadap komputernya semata-mata untuk melihat keputusan permohonannya ke universiti tempatan, UTMet, Univeriti Teknologi Metaman, di laman sesawang Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA. Dia berharap segalanya berjalan dengan lancar.

"Ijan, tak nak sarapan dulu ke?", panggil ibunya dari dapur.

"Kejap bu, tak pe tak pe Ijan tak lapar", Irzan lupakan dulu soal makan walaupun perut sudah berkeroncong. Matanya fokus pada paparan skrin.

Roda loading berputar-putar di tengah laman sesawang kosong. Bukan soal kelajuan internet mahupun kelajuan komputer yang mempengaruhi kerana komputer Irzan adalah berciri-cirikan kebolehupayaan memproses sistem seberat data-data multimedia dan grafik dengan cukup baik. Apa yang menjadi isu disini adalah trafik laman sesawang itu sendiri akibat dari ramai pengunjung sepertinya ingin melihat keputusan permohonan masing-masing. Maklumlah hari ini adalah hari yang dinanti.

Irzan duduk dengan memeluk kaki menunggu. Tumit kaki berpijak ke hujung kerusi eksekutif, yang sepatutnya milik paha. Dia mula jemu melihat paparan kosong di skrin.

"Ibu! Ibu masak apa tadi?", jerit Irzan yang sudah tidak tahan lapar.

"Tengok sendiri kat dapur!", jawap ibunya yang sudah merajuk kerana Irzan tidak turun ke dapur sebentar tadi. Irzan menggeleng kepala sambil mengeluh, kaki turun dari kerusi dan memijak kuat ke lantai. Tangan menahan lutut menjadi penyokong badan untuk bangun dari kerusi. Irzan mengeliat mengangkat tangan dan menguap, masih sejuk pagi itu dirasanya walaupun sudah mandi. Dia keluar dari bilik sambil menggosok tengkuk.

Irzan mengangkat tudung saji, di bawahnya ada bihun goreng. Cukup wangi dan menyelerakan hingga meneguk air liur dibuatnya. Segera Irzan mengambil pinggan dan cawan. Dia bersarapan sementara membiarkan komputernya terus memutarkan roda loading.

Beberapa jam sudah berlalu, sekarang Irzan sudah berada di dalam biliknya semula. Dia melayari laman sosial sementara menunggu laman IPTA di tab sebelah dapat dibuka. Dengan bertongkatkan tangan kiri, kepalanya lebih teguh untuk merenung ruang chat di paparan monitor.

Fiz: Masih menunggu? O.Oa
Jui: Ya =3="""
Man: Giler lambat =v=)*
Jui: Korg mohon kat mana? OAO/
Fiz: Aku malas p jauh, cari yang dkt2 je :P
Man: Aku nk cari course yg aq minat =^=)9

Irzan hanya menjadi pemerhati, tidak turut serta dalam chat berkumpulan tersebut. Tiba-tiba topik berubah dari berkenaan dengan jurusan pilihan kepada berkenaan dengan sebuah freechat diberi nama 'Ruang Maklumat & Sosial e-nazri' atau lebih dikenali sebagai RMSen.

Jui: RMSen skarng mkin fames dowh, aq dh jadi member, best jgk la chat kat situ
Fiz: Apa topik korg skrng?
Man: Terlalu random, tapi kalo spamming mmg kene kick lah
Jui: Macam2 topik
Fiz: Huhu kalo kene kick susah woo, bkn senang nk join
Jui: Betul2 hanya user yg dpt vote yang banyak je boleh add member baru
Man: Top 10
Jui: Haaa

Begitulah peraturan RMSen, pengguna berlumba-lumba memberi informasi berguna di ruang chat untuk mendapat undi dari penguna-penguna yang mendapat manfaatnya. Pengguna yang senyap akan turun tangga dari carta RMSen kerana yang teratas sentiasa ada pengguna yang baru mencuri tempat pertama. Pengguna yang menyalahi peraturan seperti menulis kata kesat, fitnah, ugut, main-main dan sebagainya akan dikeluarkan serta merta dari RMSen. Sehingga kini hanya informasi ilmiah sahaja yang terkumpul disitu.

'Kling'

Bunyi ruang chat menarik perhatian Irzan. Kawannya Khadir sudah muncul ikut serta dalam chat berkumpulan di laman sosial.

Kai: Hoi hoi, apa khbr smua xD
Fiz: Kai si playboy dh muncul
Kai: Well you know me, so korg dpt kat mana?
Man: Blom dpt masuk bro, masih loading
Jui: Masih tunggu ni
Man: Urrrggghhhh gila lag pc aku
Kai: Aik? Aku dh dpt tgk dowh, aku dpt sambung ke UTMet

Irzan membesarkan mata menaikkan tinggi keningnya bila membaca kenyataan Khadir. Segera dia turunkan tangan dari menongkat dagu lalu menarik kerusi eksekutif lebih kehadapan mencari keselesaan untuk menaip di papan kekunci.

Zan: Wow bro, aku mohon kat situ jugak_

Bunyi butang papan kekunci bertubi-tubi rancak ditekan jari jemari. Irzan mula menyertai mereka.

Zan: Mcmna ko dpt kitorg x dpt bukak lak?
Fiz: Tu dia hero dh kuar stlh skian lama bertapa observe chat diam2 xD
Jui: Entah muncul tetiba hai pun xda
Kai: Haha mana aku tau
Zan: Mls, ko kat mana skrng Kai?
Kai: Aku kat UTMet la, online kat sini
Zan: Laa patut la
Man: Kurang asam, tlg check utk aku skali bro!
Jui: =_="
Kai: xD
Fiz: xDDD

Irzan perasan tanda loading di tap IPTA sudah tiada. Segera jari jemari kanannya meninggalkan papan kekunci kemudian mencengkam tetikus. Tab IPTA diklik, paparan yang dinanti sudah dapat dilihat.

'Tahniah, pemohonan anda berjaya'

Irzan senyum lebar. Baris demi baris teks panduan mendaftar dibacanya teliti. Tarikh daftar, awal bulan hadapan, 8 Jun. Irzan menoleh ke kiri melihat beg pakaianya sudah tersedia menunggu untuk jejak ke UTMet.

********

Sementara itu, di dalam sebuah rumah kayu, biliknya gelap gelita.

Seseorang sedang duduk bersila. Hanya nampak susuk tubuh manusia berpakaian serba hitam. Di hadapannya ada bekas tembaga kembar tiga. Yang ditengah berisi kemenyan berasap-asap memenuhi ruang bilik. Yang di kanan ada keris, yang dikiri ada limau nipis.

Seseorang itu mengambil keris tersebut dengan tangan kanan. Manakala tangan kiri mencapai satu daripada tiga limau nipis. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera.

Limau tersebut dipotong perlahan dengan keris. Bunyi desiran halus kedengaran. Air limau menjadikan bilah keris bercahaya sejenak.

Dia bangun lalu membelakangi kemenyan. Diciumnya keris itu sambil menatap cermin yang tergantung di dinding rumah. Ada lembaga mendampinginya tidak terlihat dengan mata kasar, namun terlihat melalui cermin.

"Hari yang dinanti..." bisik sang lembaga

Bersambung...

Antara 3 DuniaWhere stories live. Discover now