Tut tut... tut tut... krik
"Hello, Kai"
"Haa Zan, ko kat mana sekarang"
"Baru masuk feri, ko dah sampai kat pangkalan"
"Belom, on the way, i will be there on time, jangan risau"
"Ok ok, camna aku nak carik ko nanti?"
"Ko tunggu je kat pondok menunggu kat situ, biar aku carik ko"
"Aku pkai baju biru, bawak beg sandang hitam"
"Pakai spek kan?"
"Ha ah, bingkai biru"
"I got it, aku lak pkai jaket merah, ko nampak je budak hensem aku la tu"Kedengaran Khadir ketawa dari telefon. Irzan ikut ketawa. Bunyi hon feri nyaring memberi petanda bahawa ia hendak bertolak. Burung laut berkicauan. Sebahagian dari mereka hinggap ke feri.
"Jumpa lagi nanti kat seberang, assalamualaikum" Irzan menamatkan perbualan dan meletak telefon. Dia melihat langit, semakin gelap. Kelibat mentari juga sudah tidak kelihatan tersembunyi di kaki langit. Jam sudah masuk pukul 7 malam. Irzan segera menuju ke bilik yang disediakan untuk penumpang, untuk solat.
Merah senja sudah hilang. Kini hanya gelap malam menganti siang menemani hari. Irzan duduk di sisi feri melihat gelombang air bergelora kuat. Feri ini terlalu mewah, terlalu canggih untuk dianaktirikan jika jambatan besar siap kelak. Mungkin tidak akan sehebat hari ini sambutan penumpang tahun-tahun mendatang, mana tidaknya jika laluan percuma akan wujud diatas laluan feri nanti.
Irzan mengosok dinding feri setakat yang mampu sekadar suka-suka. Dia perasan ada gadis turut melakukan perkara yang sama. Gadis berkaca mata tersebut tidak perasan Irzan sedang memerhatinya. Sedikit sebanyak bunyi enjin dan ombak memukul feri menenggelamkan keberadaan Irzan dari terlihat mata hatinya. Hinggalah Irzan memberi salam.
"Assalamualaikum..."
"Huh? Waalaikumussalam...", gadis berkaca mata gelak mahu tak mahu. Dia keliru siapakah gerangannya yang menyapa. Irzan tersenyum dengan telatahnya.
"Orang kawasan ni ke?", tanya Irzan lanjut. Gadis itu teragak-agak hendak membalas.
"Maaf... saya Irzan-"
"Emmm, saya orang Metaman..."
"Owh kebetulan saya nak pergi ke sana"
"Ok..."
"Boleh la saya tanya pasal Kota Metaman-"
"Tak boleh!""Huh?", Irzan tersentak. Gadis pemalu itu mula mengelabah.
"Bukan bukan, maksud saya... saya tak tahu pasal Kota tu. Saya asal sana tapi tinggal di negeri Tanjunga. Saya menetap kat utara sejak kecil...", segera gadis itu menutup mulutnya sendiri. Irzan hanya terdiam.
"Ma... Maaf", gadis itu tunduk malu
"Takpa takpa, emmm nama awak sapa? Awak belom jawap..."
"Saya? Saya... Sarah...""Selamat berkenalan", Irzan mengikat tali silaturrahim antara mereka dengan senyuman mesra. Masa mencemburui mereka. Feri sudah hampir hendak berlabuh di pangkalan.
Sementara di seberang, sebuah kereta merah mewah tiba di tempat letak kenderaan tidak jauh dari pangkalan feri. Khadir keluar dari kenderaan tersebut. Tangannya disangkut ke pintu kereta, dia tersenyum.
"Awak" suara manja seorang gadis menyapa Khadir. Khadir menoleh ke arah pemandu kereta mewah. Pemandu juga pemilik kereta tersebut menguntum senyum, bibirnya bergincu merah dan nampak lebih terang dek kulitnya yang putih melepak. Penampilannya yang ala glamour menampakkan dia lebih matang dari usia sebenar.
"Awak sure tak kisah jalan kaki nanti?", sambungnya lagi. Khadir mengangguk tanda tidak mengapa. Gadis tersebut senyum lebih lebar hingga menampakkan gigi. Dia mengambil beg tangan merahnya di tempat duduk belakang dan meletaknya ke kerusi penumpang hadapan. Dia bergaun serba merah, sepadan dengan keretanya, warna kegemaran Khadir.
Khadir senyum mengigit bibir dan melambai-lambai tanda selamat jalan. Kereta mewah dipandu menjauhi pangkalan. Khadir menjenguk-jenguk hingga hilang kelibat kereta merah dari penglihatannya. Dia kemudian mencekak pinggang dan ketawa kecil. Khadir melihat ke arah feri yang semakin hampir ke pangkalan. Bunyi hon mula kedengaran bersama kicauan burung laut.
Irzan menunggu tidak jauh dari pintu keluar. Disebelahnya Sarah ikut sama berdiri menunggu pintu keluar feri terbuka.
Sekali lagi hon berbunyi. Pintu feri perlahan turun sebagai jambatan. Hujungnya berlabuh ke daratan. Maka satu persatu kenderaan keluar dan menjejak ke pelabuhan lalu terus dipandu ke jalan besar. Sesak saat itu.
Irzan turun dari feri meniti ruang pejalan kaki tersedia untuk penumpang tanpa kenderaan. Sarah ikut dari belakang. Sepertinya Sarah percayakan Irzan lebih dari orang lain disitu.
"Sarah", tegur Irzan. Sarah terkejut hingga kakinya terkehel. Ini menyebabkan dia terjatuh ke hadapan. Secara spontan Irzan terus menyambutnya.
Irzan memapah Sarah hingga ke luar feri untuk mengelak kesesakan di laluan pejalan kaki disitu. Sepanjang perjalanan jantung Irzan berdegup kencang. Ini kali pertama dia serapat itu dengan budak perempuan sebayanya.
"Maaf menyusahkan awak"
"Takpa Sarah, sapa sapa pun akan bantu awak"
"Saya berat sangat ye?"
"Eh? Tak lah"
"Nape awak nafas cepat sangat kalau tak berat"Irzan jadi malu. Mukanya merah padam. Melihat keadaan Irzan, Sarah semakin yakin dirinya terlalu berat untuk dipapah Irzan.
Irzan dan Sarah duduk di pondok menunggu di pangkalan. Irzan masih terlalu malu untuk memandang wajah Sarah. Sarah hanya dapat melihat telinga Irzan yang masih merah. Fikirnya, pasti Irzan penat membantunya. Sarah memutuskan untuk bersuara, untuk memecah sepi yang menjanggalkan.
"Awak... nak cakap apa tadi?"
"Owh... tadi... saya tengok awak sorang-sorang je dari tadi, tak berjanji dengan kawan ke?"
"Saya takda kawan, takda kenalan kat sini... kecuali kakak saya...""Kakak?", Irzan menoleh ke arah Sarah. Irzan menatap mata sedih Sarah. Tiba-tiba mata gadis itu sangat menawan ketika itu, hingga Irzan terpesona.
"Jangan tengok saya macam tu, saya taknak susahkan awak... sebab tu saya biarkan je cermin mata saya hilang"
Barulah Irzan perasan yang Sarah sudah tiada berkaca mata rupanya. Ternyata tanpa cermin mata Sarah nampak lebih cantik dan mempersona.
Feri Luxmana VIII sudah jauh berlayar ke utara, membawa sekali cermin mata Sarah yang terjatuh. Mereka berdua hanya melihat dari jauh.
Bersambung...
YOU ARE READING
Antara 3 Dunia
AcakIrzan baru sahaja selesai menamatkan persekolahannya tahun lepas. Dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di sebuah Universiti di ibu kota. Sebelum ini Irzan yang tinggal di kampung tidak pernah pergi ke pusat bandar it...