The GHOST

66 6 9
                                    

"Korang... The GHOST?", tanya Irzan kepada Mimi dan Hani. Ketika itu mereka semua di dalam van Shah. Irzan dan Sarah duduk di belakang manakala Mimi dan Hani duduk di kerusi tengah. Khadir pula duduk di hadapan bersama Shah. Mereka dalam perjalanan ke pusat bandar Metaman. Rumah sewa Khadir tidak jauh dari pusat bandar.

"The Geng of Hyper Otaku Special Transport, babe!", jerit Shah selaku ketua kumpulan. Geng Otaku itu hanya dianggotai oleh Shah, Mimi dan Hani sahaja.

Shah merupakan penggemar figura mecha. Walaupun umur sudah mencecah 30an, minatnya tidak pernah pudar. Ramai mengejeknya kebudak-budakan dan hobinya itu penyebab dia masih bujang sampai sekarang, tetapi dari hobi itu jugalah Shah mencari rezeki dan hidup senang hingga sekarang.

Dia menjual gunpla-gunpla yang digubahnya dengan kesan-kesan kreatif dari marker dan pen khas selain peralatan-peralatan lain untuk menonjolkan lagi kesan tersebut. Kemahirannya diiktiraf bila terbukti sering memenangi apa sahaja pertandingan yang disertainya. Paling rendah pun tempat ketiga. Dari duit yang dimenangi, dia gunakan separuh darinya untuk menggantikan atau menambah mahupun membeli peralatan yang lebih canggih.

Mimi pula seorang mangaka amatur. Dia mula serius melukis pada 5 tahun lepas ketika berusia belasan tahun. Lukisan semakin hari semakin hebat.

Segalanya berpunca dari Shah yang sanggup membekalkan peralatan melukis untuk Mimi semata-mata untuk membuktikan kepada ibu Mimi yang pelukis juga mampu berjaya dalam hidup. Sebelum kehadiran Shah dalam hidup Mimi, bakat terpendam itu mendapat bantahan dari ibunya. Tetapi segalanya telah berubah apabila Mimi kini mampu memperoleh duitnya sendiri dengan menjual manga karyanya sendiri.

Hani pula seorang cosplayer dan penyanyi. Dia sering memakai kostum watak-watak rekaan Mimi. Ia banyak membantu Mimi dalam memperkenalkan karyanya kepada orang ramai terutamanya ketika Pesta Mangaka. Selain menjahit baju untuk diri sendiri, dia juga selalu membuat baju kostum untuk Shah dan Mimi.

Dia yang sekelas dengan Mimi merupakan anak yatim piatu. Dia mula rapat dengan Shah bila mendapat tahu Shah juga mempunyai minat yang sehaluan dengannya.

Shah menganggap Hani dan Mimi seperti adik kandungnya sendiri. Mereka sungguh rapat bila selalu keluar bersama menaiki van ini sambil mencari rezeki sebagai pemandu van khas untuk para otaku.

Irzan sangat kagum dengan mereka. Secara kasarnya seolah-olah mereka tiada pekerjaan, tetapi hakikatnya hobi merekalah kerjaya mereka. Irzan semakin bersemangat untuk mula belajar di UTMet, mengejar cita-citanya yang juga merupakan hobinya iaitu membuat aplikasi yang berguna kepada masyarakat.

Irzan memeluk erat beg sandangnya. Di dalamnya ada EHDD yang mengandungi segala program yang pernah dia buat. Sebahagiannya berjaya disiapkan tetapi majoriti terbengkalai akibat mati akal untuk teruskan atas pelbagai sebab yang biasa di alami oleh programmer amatur sepertinya.

EHDD atau lebih tepat, segala program di dalamnya bagaikan nyawa ketiga selepas ibunya kerana kehilangannya pasti membuatnya hilang semangat untuk hidup. Mana tidaknya, EHDD tersebut sebenar milik ayahnya. Satu-satu peninggalan ayahnya yang sering dia gunakan. EHDD tersebut begitu istimewa, bukan dari mana-mana kilang, tetapi rekaan ayahnya sendiri.

Irzan begitu rindukan ayahnya. Hingga kini mayat ayahnya gagal ditemui selepas terlibat dalam nahas kapal terbang ketika bertugas di luar negara. Kes ditutup begitu sahaja setelah pihak berkuasa gagal mencari bukti sabotaj, jujur didalam hatinya sangat tidak berpuas hati.

"Zan kun? Nape senyap je?", tanya Mimi. Hani juga melihat Irzan dengan wajah ingin tahu seperti Mimi.

"Dia memang... kat laman sosial senyap, jumpa depan-depan pun senyap. Kita orang panggil dia ape tau? Si petapa!" Khadir gelak terbahak-bahak selepas mengejek Irzan yang asyik mengelamun.

"Padan la dengan Sarah, dua-dua senyap!", kali ini Shah pula gelak terbahak-bahak selepas turut menjadikan Sarah bahan jenaka. Tetapi gelaknya terbantut selepas terlihat jelingan Khadir.

"Korang kapel ke?", tanpa segan silu Hani bertanya kepada Irzan dan Sarah. Dia telah membuat wajah Irzan dan Sarah merah padam.

"Korang sepad-"
"Mereka bukan kapel lah, jangan merepek... mereka berdua baru kenal hari ini", segera Khadir mencelah Mimi dari menghabiskan ayatnya. Irzan lega Khadir tolong menafikan perkara tersebut, tetapi dia merasa pelik dengan kelakuan Khadir sejak Khadir melihat Sarah.

Shah menguatkan suara radio, lagu dari negara Nipon didendangkan ketika itu. Sengaja dia mainkan nyaring untuk menghapuskan aura-aura kurang ceria di dalam vannya.

"Osssuuu!!! Jum menyanyi bersama!!!"

Jeritan Shah memberi semangat sekelip mata kepada Hani. Hani serta merta meniru gaya nyanyian lagu Nipon tersebut. Mimi ketawa sambil menepuk tangan mengikut rentak. Khadir hanya senyum memerhati. Sekali sekala dia menjeling ke arah Sarah. Sarah dan Irzan hanya tersengih kerana tidak tahu menahu berkenaan lagu tersebut. Hendak ikut menyanyi jauh sekali.

Tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang lelaki serba hitam memotong van Shah dengan kelajuan melampau. Kedengaran selepas itu bunyi siren polis dari arah belakang. Irzan dan yang lain terkejut terpinga-pinga ingin tahu apa yang terjadi.

"Cis, mamat tu lagi", Shah mencebik bibir. Shah segera ikut memecut.

"Wehhh!!! Kenapa kita ikut sekali?", Irzan tersandar ke kerusi kerana impak kelajuan pecutan. Sarah turut gelisah. Dalam hatinya menyesal menaiki van tersebut.

"Gila kau! Penunggang Bayang tu!", jerit Khadir yang teruja melihat kemunculan penunggang motosikal tersebut.

"Sapa Penunggang Bayang tu?", tanya Irzan lanjut.

Serentak Mimi dan Hani menoleh ke belakang menjeling Irzan dan Sarah, lalu serentak juga mereka berkata, "Dia adalah hantu... dia datang untuk mencari kepalanya yang hilang... akibat dihukum pancung... oleh Maharaja Metaman suatu ketika dahulu..."

"Tuan Temenggung?", Sarah tiba-tiba bersuara. Dia seperti ketakutan.

"Eh awak tau?", Hani mengangkat kening dan menyentuh bibir dengan jari. Mimi pula senyum lebar. Irzan melihat Sarah dengan wajah ingin tahu. Sarah menjadi serba salah.

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antara 3 DuniaWhere stories live. Discover now