📌 • Bab 16

2.5K 250 18
                                    

          "TERIMA kasih!" Ucap Darlina dengan senyuman. Usai menutup pintu taxi, dia berpaling memandang keindahan rumah banglo milik Hendriyan. Ditarik beg bagasi di sampingnya lalu membuka langkah menuju ke pintu rumah.

Rasanya dia dah lewat sedikit. Maklumlah adik lelakinya baru sahaja balik tadi. Harap-haraplah Hendriyan tak tahu yang aku datang lewat kerja hari ni. Minta-mintalah dia masih tak bangun lagi.

Belum sempat Darlina mengetuk pintu, pintu sudah dibuka dari dalam. Darlina terus membuat muka ceria. Namun bila tengok muka Kak Hasnah dah lain macam, terus mati senyuman Darlina. Dilihatnya Kak Hasnah memberi isyarat mata ke ruang tamu.

"Kenapa?" Soal Darlina, polos.

"Hendri nak jumpa." Jawab Kak Hasnah perlahan.

"Ye ke? Tapi kenapa?"

"Kamu lewat setengah jam kamu tahu? Gila dia tak marah."

"Dia marah ke?" Darlina berdebar sebenarnya.

"Kamu jumpalah dia sendiri." Tangan Darlina ditarik.

Memaksa gadis itu agar segera masuk ke dalam rumah. Darlina terkebil-kebil. Dari ekor matanya, dia dah nampak figura Hendriyan sedang duduk membelakanginya di sofa sambil memangku tongkatnya.

Suasana berubah janggal. Lambat-lambat Darlina berjalan mendekati Hendriyan.

Saat kepala Hendriyan menoleh ke arah sisi, automatik tubuh Darlina kaku. Muka kacak itu dipandang sekilas. Langsung tiada senyuman. Tapi dalam masa Hendriyan nampak mengancam sekali.

Rambutnya yang terjuntai di dahi menarik perhatian Darlina. Dia baru habis mandi agaknya. Rambut masih tak kering lagi.

"Kenapa lambat?" Soalan pertama dilontarkan.

"Awak marah ke?" Darlina tidak menjawab soalan. Malah menukar topik perbualan.

"Kenapa lambat?" Kali ini suara Hendriyan berubah nada.

"Tadi jalan sesak sangat. Sebab tulah saya lambat." Menipu. Bukan sengaja tapi terpaksa. Hendriyan masih belum tahu kewujudan Elmo lagi.

"Really?" Hendriyan tidak percaya. Dia berdecit sinis. Sinisnya berubah menjadi tawa sinis. Lagi-lagi bila dia terhidu minyak wangi lelaki pada Darlina.

"Kau sebenarnya tak ada beza pun dengan Qaseh." Ujar Hendriyan. Buatkan Darlina mengerutkan dahi.

"Kau lambat datang sebab jalan sesak ke atau... berpelukan mesra dengan jantan lain?!" Duga Hendriyan sambil menghentak permukaan sofa. Serius, apa yang bermain di fikirannya mengingatkan dia pada rasa sakit hati sewaktu dia dengan Qaseh. Hendriyan mula berfikiran tidak waras.

"Mana ada!" Darlina membela diri.

"Habis tu, minyak wangi jantan mana yang aku terhidu sekarang ni?"

Darlina terdiam seketika. Lalu menghidu pakaiannya. Ah, memang minyak wangi lelaki melekat di bajunya. Ini mesti minyak wangi Elmo tadi. Jangan cakap Hendriyan salah faham?

"Ini minyak wangi adik lelaki saya. Tadi dia baru balik. Dia balik secara mengejut. Sebab tu saya lambat datang."

"Adik lelaki? Serius kau ada adik lelaki? Atau kau menipu? Aku pantang betullah perempuan penipu macam kau ni!" Hendriyan mencampak tongkatnya ke arah lain.

Kedua-dua belah bahu Darlina terjongket. Terkejut bila tengok Hendriyan berbuat demikian. Siapa suruh kau menipu hah, Darlina? Padan muka kau!

"S... Saya minta maaf! Tapi memang betul saya ada adik lelaki. Dia baru balik pagi tadi. Saya-"

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now