"oi leya kau nak main ke tak ni?" tanya sofea dari tempat itu .
"sat la , penat gila !" jawab bunga kuat .
"ho yela"
bunga sambung bermain telefonnya balik .
"uish penat siot , jom la balik , masa pun dah nak habis" ajak marissa sambil minum air dengan rakusnya .
"pale hotak hang , lagi setengah jam kot . jom lah main dulu" ajak sofea balik .
"korang main lah , aku dah takde energy nak main" tolak bunga. betul dia memang dah penat sangat sangat .
"ikut ko le" kata marissa .
diorang sekarang berada di court badminton . setiap hujung minggu mereka memang akan berkunjung di sini.
"aku nak beli air jap" kata bunga lalu mengambil duit di dalam dompetnya dan keluar dari situ .
sofea dan marissa hanya mengangguk dan melihat .
beberapa minit kemudian...
"uish penat woo , boleh kurus aku camni" ujar sofea dengan nafas tercungap-cungap .
"eleh , tu baru satu jam tau main , haritu aku main tiga jam tau" balas marissa sambil teguk air mineral dengan rakusnya .
bunga hanya melihat telatah kawan merekanya itu .
"eh kauu , nak berlagak pulak kee" kata sofea tidak puas hati .
"memang" balas marissa selamba.
"heh" kata sofea sambil menjeling .
bunga hanya tersenyum melihat gelagat mereka .
mereka keluar dari situ dan laju menaiki kereta.
"weh leya , singgah 7eleven jap , aku nak beli topup lah" ajak sofea yang berada di sebelah pemandu kereta .
"takya , biar je takde internet" marissa tetiba mencelah .
"ko ni asyik nak dengki gan aku je , pahal" kata sofea tidak puas hati .
"saja" balas marissa selamba .
"korang ni tak habis habis bergaduh , penat aku tengok" ujar bunga sambil memberi signal untuk masuk ke simpang.
"dia tu haa" kata sofea perlahan .
"ikut korang ler"
selepas menghantar sofea dan marissa balik . bunga terus balik ke rumah .
"aih penatnya" keluh bunga sendiri .
"bunga" panggil puan widad .
"ye kenapa ibu ?"
"bila bunga nak start kerja ?"
bunga terdiam sekejap . bukan dia tak nak bekerja cuma dia nak jaga ibu abah dia . kalo dia bekerja, siapa nak jaga mereka .
"bukan bunga taknak kerja , siap- "
"kan ibu dah cakap , ibu gan abah bole jaga diri sendiri , pergi je kerja" belum sempat bunga menghabiskan ayat . puan widad terus mencelah .
"tapi bu , bunga risau lah" kata bunga perlahan sambil menundukkan kepalanya .
"kalau bunga still nak duduk dengan ibu abah , bunga kerja dekat dekat sini jela" cadang puan widad .
"kalau kerja dekat kedai depan ni mesti dia suruh ot , taknak lah , bunga tk suka balik lambat , nanti kang jadi apa apa camne" balas bunga laju .
"haih , dahtu bunga nak kerja apa ?" tanya puan widad .
YOU ARE READING
Mikael's Angel
Romanceseorang jejaka yang telah jatuh cinta kepada maid di rumah mamanya. membuat ke keputusan untuk mengorat gadis itu dan menjadikan dia sebagai isterinya. "comel gile dimples dia" Hayyat Mikael seorang gadis yang menyukai anak kepada majikannya. membua...