Epilogue I

26 1 0
                                    

" Sierra 1, Scorpio disini.  Ada lima tango dalam bangunan di jam 11." 

Jeff menekan ear bud untuk memaklumkan kepada pasukannya. Dia memerhatikan sekeliling Dari atas bangunan.Rakannya Ariffin di sebelah melihat Dari sudut lain.

" Sierra 1, storm disini , Ada dua tango di jam dua di luar "

Haziq atau dikenali sebagai Storm memerhatikan mereka melalui night vision senjata Rifflenya di sudut lain. Dia, Jeff dan Ariffin ditugaskan untuk pasukan Sierra 1 menjaga pergerakan musuh Dari sudut atas.

" Copy that . Perhatikan mereka Jika Ada pergerakan yang pelik."

Rezuan atau King ialah ketua bagi operasi ini. Di bawahnya Ada 3 pasukan. Mereka diberi arahan untuk membuat Serbuan di rumah Usang ini kerana terdapat penculikan perempuan, senjata Haram dan sindiket dadah dijalankan Oleh kumpulan Cobra.

" Sierra 2, tornado disini. King Aku nampak perempuan yang mereka culik di jam 9. Ada 3 tango jaga mereka "

Baisar atau tornado memerhatikan menggunakan teropong night vision di suatu sudut tersembunyi. Begitu Rakannya lagi dua di belakangnya.

" Copy that ! Sierra 3 , korang standby untuk ambush sekarang. Aku nampak tujuh tango di dalam. Serang diorang. Kalau perlu shoot to kill. "

Rezuan memberikan arahan dan dia berjalan masuk melalui sudut lain .

" Copy that king."

Ghazi atau black merupakan ketua bagi kumpulan Sierra 3 memberikan arahan melalui tangannya untuk masuk sekarang. Mereka bergerak masuk secara senyap-senyap.

Perlahan-lahan mereka berjalan masuk ke rumah Usang itu. Sampai sahaja di depan pintu masuk tersebut. Ghazi menendang masuk dan diikuti pasukannya yang lain

" Down! Down!. Tempat korang dah dikepung. Tunduk sekarang!."

Ada yang cuba melompat keluar tetapi telah ditembak Oleh pasukan Ghazi dan Ada yang berlawan menggunakan senjata pisau. Akhirnya mereka semua duduk meniarap setelah ditumpaskan oleh pasukan Ghazi.

" Sierra 3. This is Black , All secured here king."

Rezuan tersenyum puas. Dia perlu habiskan operasi ini dengan segera

" Copy that! Sekarang ikut Aku untuk Serang lagi 3 manusia tu. Aku Serang Dari belakang. Sierra 2 jaga di jam 4. Aku akan masuk di jam 8 . Serang sekarang. "

Mereka bergerak masuk dan menyerang penjenayah yang Masih berada di dalam bangunan tersebut.

Ada yang cubaan melarikan diri, Ada yang tersungkur, Ada yang ditembak Mati. Rezuan puas melihat kesemuanya meniarap.

" Sierra 1. Korang check Ada lagi tango di dalam bangunan? "

Rezuan menekan ear bud untuk menghubungi pasukannya diketuai Jeff.
Dia mengerutkan wajahnya apabila tiada jawapan. Sekali dia menekan untuk menghubungi pasukannya.

" Sierra 2, tornado, check situasi sekarang. Dan mana pasukan Sierra 1? "

Kedengaran suara talian bersangkut-sangkut. Dia berasa tidak sedap hati Akan perkara tersebut. Rezuan kemudian mendapatkan Ghazi yang kebetulan Sedang memerhatikan wajah-wajah penjenayah.

Manakala perempuan yang diculik diarahkan duduk di suatu tempat dan ditenangkan Oleh sebahagian pasukan lain.

" Black.  Sierra 1 dengan sierra 2. Terputus talian. Aku Akan pergi check keadaan kejap. Korang jaga-jaga. Sekejap lagi pasukan bantuan datang".

Ghazi terdiam seketika dan mengangguk kepalanya. Dia memerhatikan sekelilingnya dan berasa tidak sedap hati. Hanya pada Allah dia berserah. 

Rezuan keluar bersama dua orang Dari pasukannya untuk memerhatikan keadaan di sudut lain bangunan.

Telefon khas Milik Rezuan Berbunyi. Dia terdiam kerana telefon ini jarang digunakan melainkan kecemasan.

"Code name Tornado down , DTA! "

Tergamam Rezuan. DTA iaitu Don't trust Anyone. Maksudnya Ada pengkhianat dalam pasukannya. Secara tiba-tiba Ghazi menanyakan dirinya melalui earbud mereka.

" King Kau Kat mana? Aku jumpa Ariffin dah ni. Dia cakap yang lain dah ditembak Oleh seseorang secara hendap. Hanya Jeff dengan haziq hilang. " 

Rezuan terdiam seketika. Dia menghala senjata Rifflenya dan dua orang pengikut di belakangnya bergerak berhati-hati mencari dalang.

" Sayang . Jangan dekat. "

Tergamam Rezuan melihat tunangnya, Sarah diikat. Jeff tersenyum di Sisi. Mereka bertiga dikelilingi lelaki-lelaki berpakaian hitam . Dua orang anggota nya secara tiba-tiba rebah. Rezuan memerhatikan terkejut kerana mereka berdua ditembak.

" Apa semua Ni? ".

Jeff hanya tertawa. Haziq juga Mati dia belah kanannya. Dia tersenyum senget dan sinis.

" Surprise? Memang Kan. Aku yang dalang semua Ni. Aku memang benci Kau. Semuanya Kau dapat sehingga Kan perempuan Ni pun Kau dapat. Tapi Nanti Aku Ada suprise lagi untuk Kau "

Secara tiba-tiba bunyi letupan Bom di dalam bangunan terdapat pasukan Ghazi dan pasukannya. Terbeliak Mata Rezuan memerhatikan.

" Tak Guna Kau. Kau tau Kan tu pasukan Kau sial!. "

Rezuan menggeletar dan menempik. Jeff hanya tergelak sinis.

" Kau Sayang tunang Kau Kan? Tapi Aku nk bagi Kau Rasa lagi Sayang."

Dia kemudiannya mendekati Sarah yang Sedang diikat itu, dia menggelar Leher wanita tu Tanpa menunggu jawapan Rezuan. Rezuan terkedu melihat Sarah terkulai.

Jeff dengan segera menarik pemicu pistol dan menembak Rezuan yang Sedang tergamam di bahagian kakinya dan berlalu keluar Dari situ dengan ketawa jahatnya. Rezuan terjatuh tertiarap Akan tembakan tersebut. Dia memerhatikan Jeff keluar dari bangunan tersebut.

Rezuan mengesot mendekatinya Tunangnya dan membuka ikatan.Dia mengalir air Mata dan memangku Cinta hatinya.

ASP Azlan yang Sampai bersama pasukan bantuan terkedu dan diam melihat anggotanya terkorban dan Rezuan yang menangisi pemergian tunangnya.

***

Upacara penghormatan kematian diberikan sepenuhnya untuk pasukan yang terkorban. Rezuan yang duduk di kerusi roda memerhatikan kosong melihat pasukan terkorban dan tunangnya. Dia mengenggam erat tangannya. 

" Rez. Kita balik. Tak Kan Nak stay sini . Dah lama Kau duduk sini. Umi Kau risau tu. Kakak-kakak Kau pun risau. Jom balik. Kau kena kuat . Cari keadilan buat mereka."

Rezuan terdiam Akan ujaran Zaki. Dia mengangguk dan bersetuju untuk balik. Dia memandang Tanah perkuburan tersebut sebelum berlalu keluar.






Ayesha, My Regina 🦋Where stories live. Discover now