Chapter 17

12 0 0
                                    

IPD BUKIT AMAN

"Boleh Aku masuk dan cakap dengan Kau Rez?."

Mikhail mengetuk pintu dan meminta izin Rezuan untuk bercakap dengannya.

Rezuan yang Sedang menaip report di komputer berpaling ke arah pintu.

"Masuklah. Kenapa Kau nak jumpa aku?".

Rezuan melihat Mikhail berjalan ke arah kerusi dan duduk di situ.

"Aku tengok Aish rapat dengan Kau. Ada masa Kau datang salon dia . Ajak dia keluar Makan . Dia ok ke? Aku tak sempat nak tanya khabar adik baby Aku sorang tu. Aku busy ada ops." Tanya Mikhail kepada Rezuan. 

Rezuan memandang muka Mikhail dan menghela nafas.

"Dia ok.Kadang angin dia datang macam api, kadang elok. Ada masa Aku nampak dia termenung. Bila Tanya , dia diam je. Mungkin nak pulih Dari break up kot."

Mikhail bangun dan membuang pandangan ke arah luar tingkap. Lama dia berfikir. Adik sepupunya nampak liar, suka tersenyum tapi dalam diam dia menyimpan rahsia.

"Aku risau Cuma Aku tak tau macam mana nak bentuk dia. Kalau kau nak tau, dia mabuk banyak Kali aku nampak, kadang esok pagi jumpa aku hangover . masuk clubbing jangan cakap la and gaduh lepas tu banyak Kali. Aku risau je Jadi bukan-bukan. Puas juga Aku pujuk jangan terjebak sangat. Aku risau yelah manusia Ni janji manis banyak akhirnya terperangkap dengan pemerdangan manusia." Rezuan sedar Akan Hal tersebut.
 
"Kau tak suruh dia berhenti clubbing? Kau Kan abang sepupu dia".Rezuan menanyakan kembali.

"Macam mana Aku nk halang sedangkan dia tu degil sangat. Aku penat dah cakap. Lagipun Ada rahsia yang Aku simpan Dari dia juga. Aku takut dia tak boleh terima kenyataan ." Menghela nafas Mikhail apabila berbicara Akan perihal Ayesha.

"Maksud Kau apa? Kenyataan yang takut untuk diterima?"

Mikhail terdiam Lama Akan soalan Rezuan. Dia takut Akan rahsia yang dia pegang. Apakah yang Akan berlaku sekiranya rahsia tersebut terbongkar.

Rezuan hanya memerhatikan wajah Mikhail yang sunggul.

"Kita doakan dia berubah. Inshallah yang terbaik untuk dia. Aku Cuba sedaya upaya Aku untuk Bantu dia. Inshallah."
Dia akui Ayesha memerlukan bantuan dari segi emosi. 

"Jap Aku nak Tanya Kau. Apahal Kau concerned dengan adik sepupu aku? Bukan main lagi Kau jumpa dia, Bawa dia Makan?." Mikahil Tajam memerhatikan Rezuan.

Terdiam Rezuan dan mengurut belakang leher yang tiba-tiba terasa sakit.

"Siapa bagitau Kau? Aish ke?."
Tanya Rezuan.

"Kau call cakap tayar kereta aish pancit and volunteer tukar and Nak hantar balik. Sah la pelik. Aish boleh call Aku atau dia sendiri bole tukar tayar sendiri. budak tu tau je tukar. Aku ajar dan prepared barang emergency untuk repair tayar." Memincing Mata Mikhail memandang Rezuan.

     
"Kau Ni apahal? Aku Cuma tolong aish time tu. Lagipun kat parking lot.  Cuma...." Rezuan terdiam seketika dan lama.

"Kau cerita sekerat. Kang dengan Kau Aku kerat. Aku tak kisah la Kau tua setahun Dari Aku pon." Garang sahaja Mikhail menanyakan. Rezuan terdiam dan teringat Akan janjinya dengan Ayesha.

"dia Cuba tukar tapi terkial-kial. Kebetulan Aku Masih lagi kat Sana so Aku tolong la. Kau pahal nak kerat Aku? Nak gaduh? Jom gelanggang lah." Rezuan mengangkat kening. Tertawa Mikhail mendengar.

      
"Zaki bagitau Aku, Kau suruh dia ambil Kau? Kesian mat sorang tu. Member barai Baru habis Ops dah Kau suruh dia kutip Kau. Lepas tu kena sidai setengah jam .Hahaha." Tertawa Mikhail mendengar cerita Zaki yang tidak puas hati.

"ahh Bila lagi dia nak berkhidmat untuk kawan baik dia. Bukan selalu." Rezuan ketawa mengingatkan muka cemberut Zaki.

"Hi u. Busy ke? Rezuan. Bos panggil untuk masuk meeting."

Salah seorang anggota Bernama Amira.
Berpaling mereka berdua ke arah Amira. Rezuan Terus menayangkan muka yang dingin kerana dia tidak suka Akan perempuan ini. 

       
" You all borak apa?."

Tanya perempuan yang Bernama Amira . Dia berjalan mendekati Mereka berdua.

"Aku bincang pasal bakal tunang Aku dengan bakal abang ipar Aku Ni ,Mikhail."

Rezuan menjawab sambil bangun dan berlalu keluar. Mikhail terkejut Akan Hal tersebut tetapi dia mengekalkan riak wajah yang dingin terhadap Amira dan keluar.

"What? Dia nak tunang? Tipu je kot." Amira yang tidak berpuasa hati ingin menanyakan soalan tetapi masa dia terpaksa membatalkannya kerana perlu menghadiri perjumpaan dengan ketuanya.

Ayesha, My Regina 🦋Where stories live. Discover now