Epilogue II

20 1 0
                                    

Ayesha's epilogue

Bukit Fraser

Beberapa tahun sebelum mereka dipertemukan kemudiannya.
Ayesha berumur 2 tahun,
Rezuan berumur 13 tahun

" Aish, suka tak tempat Ni? Sejuk ya?"

Encik Zubair berkata seraya mendukung Anak perempuannya. Inilah satu-satunya harta yang bernilai. Walaupun Ayesha bukanlah Anak kandungnya , tetapi dia bersyukur dengan kehadiran Ayesha. Sudah 8 tahun usia perkahwinan mereka, namun Masih Belum dikurniakan Anak. Isterinya, Nurlaila, sepakat untuk mengambil anak angkat, iaitu Ayesha.

Mata yang bundar itu terkelip-kelip memandang sang ayahnya. Begitu suka apabila sang ayah mendukungnya.

"Amboi Anak Bertuah Ni, suka betul ayah dia dukung. Nak Susu tak? Ibu Ada buat Susu . Minum dulu"

Ayesha mengambil botol Susu tersebut dan duduk di atas riba ibunya untuk menyusu Dari botol Susu yang dibuat Oleh Puan Nurlaila. Sesudah habisnya, dia kembali berjalan di sekeliling kawasan permainkan tersebut. Mereka sengaja bercuti ke Bukit Fraser. Encik Zubair ingin Anaknya itu merasai suhu cuaca yang dingin dan mendekati Alam sekitar.

Rancak dan lincah Ayesha berlari n mengejar kucing-kucing yang berada di Taman permainan itu. Tertawa Encik Zubair dan Puan Nurlaila. Bahagia melihatnya. Kemudiannya mereka berdua membawa Ayesha ke litar go cart. Ayesha tersengih melihat kereta-kereta disitu.

"Anak Bertuah ayah nak Naik ke? Tapi tak boleh la Sayang. Nanti Tunggu besar sikit ya. "

Monyok muka Ayesha mendengarkan ujaran sang ayahnya. Dia khusyuk memerhatikan kereta di atas litar tersebut. Secara tiba-tiba matanya terpegun melihat Akan figura seseorang budak lelaki lingkungan 13 tahun yang sedang memandu kereta di Lapangan go kart. Encik Zubair yang perasan Akan pandangan Mata Anak gadisnya yang memerhatikan budak lelaki tersebut.

Terus Encik Zubair berjalan ke arah budak lelaki tersebut yang sudah memberhentikan kereta go kart tu di tepi sudut.

"Adik. Anak Pak cik Ni suka tengok Kau Bawa kereta. Boleh Bawa Kan dia sekali? Dia duduk di atas riba Kau. Teringin sangat dia"

Encik Zubair menunjukkan Anak gadis kepada budak lelaki tersebut. Terus budak lelaki itu menoleh ke kanak-kanak cilik tersebut. Terlibat Mata bundar itu memerhatikannya Tanpa kelip. Dia tersenyum dan mengangguk. Encik Zubair lega apabila budak Lelaki itu bersetuju.

" Alhamdulillah. Terima kasih adik. Nama siapa Kau Ni? "

Budak lelaki tu tersengih memerhatikan Encik Zubair.

" Saya Rezuan, Pak cik. Anak Pak cik tu Nama nya apa? Dia tak kisah ke Saya Bawa?

Mereka berdua mendekati Ayesha yang sedang memegang botol Susunya di tangan. Tercuit Hari Rezuan memerhatikan gadis comel tersebut.

" Ayesha. Dari tadi dia tengok Kau Bawa kereta. Tak berkelip matanya"

Tergelak Encik Zubair mengingatinya. Tersengih Rezuan mendengarkan.

"Ni abang Ni Akan Bawa Aish ronda-ronda ya. Duduk atas riba , Nanti dia Bawa ok"

Laju sahaja anggukan Ayesha Berikan. Kesemua disitu tertawa. Rezuan memimpin tangan Ayesha untuk dibawa duduk di atas ribanya untuk memulakan pemanduan kereta go kart tersebut.

"Duduk elok-elok tau. Abang Nak Bawa kereta Ni ok adik."

Laju Ayesha mengangguk dan memerhatikan Mata Rezuan Lama. Tersenyum dia memerhatikan gadis comel ini. Dia mengusap lembut rambut Ayesha. Setelah memastikan keadaan selamat, dia memulakan perjalanannya. Betapa gembiranya hati Ayesha apa yang dia inginkan tercapai.

Usai sahaja mereka berdua habis, Rezuan menurunkan Ayesha Dari ribanya. Kemudian dia memimpin tangan Ayesha ke arah ibu dan dan ayah Ayesha.
Encik Zubair tersenyum dan mendukung Anak gadisnya.

" Suka tak Naik kereta tu dengan abang Ni?."

Laju anggukan Ayesha. Rezuan tersenyum dan mencuit pipi gebu gadis itu.

" Terima kasih adik, Bawa Anak Pak cik jalan-jalan. Dia teringin sangat tadi."

Tersenyum Rezuan mendengar. Dia memerhatikan gadis comel itu yang tidak lepas Dari merenung matanya Tanpa berkelip. Dia merenung kembali Ayesha.

" Suka tengok Mata abang ke? Mata abang menarik perhatian ke Si comel?."

Tersipu-sipu Malu Ayesha apabila ditegur sebegitu. Encik Zubair dan Puan Nurlaila tertawa mendengarkan. Alahai Anak gadisnya tertangkap cintun pada Rezuan. Dia mengusap lembut rambut Ayesha dan berharap Akan berjumpa kembali dengan gadis comel itu.

Rezuan meminta izin untuk beredar Dari keluarga tersebut kerana kakaknya memanggilnya. Dia melambai ke arah Ayesha yang Masih memerhatikan dirinya. Dia tersenyum lembut dan lebar buat gadis comel itu.


Ayesha, My Regina 🦋Where stories live. Discover now