📌• Bab 20

2.8K 275 24
                                    

          Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari di mana dia bergelar seorang isteri. Majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz sahaja, Darlina sah menjadi isteri kepada Hendriyan. Ahli keluarga dan teman-teman turut hadir berkongsi rasa gembira.

"Kau cari apa?" Soal Daria yang perasan Darlina asyik memandang ke arah lain.

Seolah-olah sedang mencari sesuatu. Matanya meliar memerhatikan ruang tamu.

Gadis itu kelihatan anggun jelita mengenakan pakaian pengantin berwarna putih. Make up pada wajahnya menambahkan lagi seri wajah. Beberapa orang pekerja Dato' Marzuki tidak lepas memandang Darlina. Termasuklah Dato' Marzuki sendiri.

"Aku cari suami akulah. Kau ada nampak dia ke? Tadi dia ada dekat sana." Darlina menggigit jari. Gelisah tak tentu arah.

"Nanti-nantilah kau jumpa dia. Lepas ni kau boleh tengok dia 24 jam. Peluk boleh nak buat apa-apa pun boleh. Halal!"

Darlina terkejut. Ditekup mulut Daria sambil matanya memandang ke arah tetamu. Suara temannya bukan main kuat lagi. Saja nak buat aku gemuruh!

"Kau jangan macam siaklah, Daria. Cakaplah benda yang bermanfaat sikit." Bisik Darlina. Daria tertawa dan menepis tangan Darlina.

"Aku cakap benda bermanfaatlah ni. Kau ni pun. Tak lari ke mana pun lah laki engkau tu." Daria mencebik. Dari ekor matanya, dia ternampak Dato' Marzuki sedang melangkah mendekati mereka. Disikunya lengan Darlina.

"Bapak mertua kau." Bisiknya sebelum memeluk tubuh. Daria tetap berdiri di samping Darlina. Senyuman diberikan kepada Dato' Marzuki.

"Menantu papa cantik sangat hari ni. Papa tak sangka yang Lina pilih Hendri untuk dijadikan suami." Ujar Dato' Marzuki dengan senyuman.

"Kenapa? Saya tak boleh pilih dia jadi suami saya ke?" Darlina menyoal balik.

"Bukan macam tu. Hendri tu kan tak nampak apa-apa. Kenapa-"

"Sebab saya sayang dia. Saya tak kisah pun apa kekurangan dia. Saya ni yang jadi pelengkap hidup dia. Ada apa-apa lagi yang Dato' nak tanya?"

Dato' Marzuki membuka mulut hendak bertanya lagi. Namun Darlina pantas memintas laju.

"Tak ada? Okey! Saya nak cari suami saya. Ergh, I miss him so much!" Kata Darlina seraya melimpasi Dato' Marzuki dan Daria.

Daria menghadiahkan senyuman kepada Dato' Marzuki. Dato' Marzuki pula tersenyum tipis. Dihantar susuk tubuh Darlina hingga hilang dari pandangan.

Bibir kemerahan Darlina mengukirkan senyuman manis tatkala ternampak Hendriyan sedang berbual dengan Elmo. Segera dia merapati mereka. Hezriyaz juga berada di situ mendengar apa yang keluar dari mulut Elmo.

"And one more thing, akak alergi kacang tau. Dan satu lagi..." Elmo mendekati telinga Hendriyan.

"Akak aku tu pemalas sikit."

Hendriyan tersengih.

Namun sengihannya mati apabila tangannya digenggam lembut oleh seseorang. Seluruh tubuhnya kaku. Lidah kelu. Apabila haruman yang tidak lagi asing padanya masuk ke dalam hidung, Hendriyan menarik nafas lega.

Dia ingatkan orang manalah yang pegang tangannya tadi.

Rupa-rupanya Darlina. Degupan jantungnya mula berdegup kencang. Lemah seluruh tubuhnya. Gemuruh.

"Awak dekat sini rupanya." Tegur Darlina.

"Ark!" Elmo terus membuat bunyi pelik apabila melihat Darlina menggenggam tangan Hendriyan.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now