Aku di mana...Gelap. Itu yang dapat aku rasakan di persekitaranku. Tiada satu pun makhluk hidup yang berada disini. Semuanya gelap gelita sehinggalah seorang gadis yang tidak dapat aku lihat wajahnya kini menghiasi pandangan.
" Tidak... Jangan... Jangan seksa aku lagi... Mama... Tolong Dee... " Tangisan mulai bergema di setiap ruangan tersebut.
Aku bagaikan tiada daya untuk bergerak. Tubuhku seakan dikunci. Dalam fikiran penuh dengan tanda tanya tentang keberadaan diriku sekarang ini.
" Find me "
Terasa ada suara yang berlagu di sebalik telinga. Janganlah hantu kot. Mahu aku terkencing dek kerana terlalu terkejut.
" Who are you? And why me? " Tanyaku dengan berani sambil mata melilau sekeliling mencari pemilik empunya suara tersebut.
Tiba-tiba muncul susuk tubuh seorang gadis yang tidak dapat dilihat wajahnya kerana pelitup muka yang dikenakan pada wajah itu. Hanya sepasang anak mata hazel yang kini merenung kearah diriku dengan penuh minat.
Aku juga turut membalas renungan mata itu. Seakan mencabar diri gadis tersebut untuk menjawab pertanyaanku.
" I'm your destiny... " Ucap gadis itu perlahan sebelum aku kembali ke alam nyata.
Aku bangun dari perbaringan sambil menarik nafas panjang. Bunyi alarm dari telefon pintarku berjaya mengejutkan aku dari tidur. Jam kini menunjukkan pukul 5:46 pagi. Lagi 10 minit akan masuk waktu subuh. Aku meraup wajahku saat mengingati mimpi tersebut.
" Ya allah, sudah tiga bulan aku bermimpi benda yang sama. " Kataku perlahan sambil mata memejam kembali mengenangkan gadis yang bermata hazel tersebut.
" I'm your destiny "
Gila! Dia ni tak belajar ke kat sekolah dahulu. Sepatutnya apabila diajukan soalan, haruslah dibalas balik dengan jawaban yang kena dengan soalan. Ini tidak, buat aku lagi pening. Haih dasar hantu mata hazel. Nasib mata kau cantik je kalau tak memang dah lama aku mandi bunga.
Dan tak pasal-pasal aku jadi gila di pagi hari. Gaduh dengan mimpi punye pasal, memang tak pernah dibuat orang.
Tetapi persoalan itu tetap menjadi tanda tanya kepada diriku.
Kerana tidak mahu panjangkan hal, aku bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Lebih baik aku siapkan diri untuk menunaikan solat subuh. Setidaknya bolehlah mengadu dekat Allah tentang mimpi yang aku alami sepanjang 3 bulan ini. Mungkin aku dapat petunjuk? Wallahualam hanya allah yang tahu sama ada mimpi itu permainan syaitan mahupun petunjuk buat diriku.
Mungkin
Aku menilik diriku dihadapan cermin. Memastikan tiada cacat cela yang ada pada diriku.
Sebagai seorang lelaki yang amat menjaga penampilan diri ahaks, wajiblah keatas diri mereka untuk lebih cerewet soal pemakaian. Terutamanya sekiranya hendak ke sekolah mahupun keluar berjalan. Barulah awek usya. Ini tidak, selekeh je aku tengok budak-budak sekolah aku.
Tetapi, aku bukanlah seseorang yang sukakan perhatian. Malah, aku tidak cukup sempurna untuk sampai ke tahap itu. Aku cumalah seorang pengawas yang amat mementingkan disiplin. Bagi aku, disiplin mencerminkan keperibadian seseorang. Dalam islam pun kata begitu.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐥𝐞
Romance𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚 | 𝐀𝐫𝐝𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐢𝐬𝐬 ִֶָ♡ִֶָ ࣪ 𑊢𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐥𝐚𝐰𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐩𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐞 ִֶָ♡ִֶָ ࣪ 𑊢 " who are you? " - Hans Arjuna Gadis itu... Gadis yang dia tidak pernah kenali tetapi seringkali muncul dalam mimpi ma...